Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Dan Salam Perjuangan
Saya ingin mengucapkan Syabas,Syabas,Syabas,Syabas,Syabas,Syabas,Syabas dan tahniah kepada rakan-rakan dari Sabah yang menerajui KABINET BARU dibawah kepimpinan YAB Dato’ Seri Mohd Najib Bin Tun Abd. Razak Perdana Menteri Malaysia,Menteri Kewangan.Kepercayaan yang menggunung ini,menunjukkan kepada rakyat Sabah khasnya bahawa peranan pemimpin kita telah diberi peluang yang sangat luas untuk kebaikan semua rakyat di Malaysia.
Dengan keyakinan tinggi kepada rakan-rakan saya yang dipilih akan dapat mengemudi dan merencana Transformasi besar ke arah melestarikan keterbilangan agama,bangsa dan tanahair tercinta.Saya berdoa semoga jemaah menteri kabinet yang baru ini akan dapat membuat satu perubahaan yang drastik dan optimistik bagi mengembalikan hati rakyat kepada pentadbiraan Barisan Nasional.
Memang tepat pada masanya perlantikan Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah, Naib Presiden UMNO, Datuk Mohd Shafie Apdal.Ini merupakan penghargaan yang besar buat negeri sabah kerana masalah yang masih membelenggu rakyat Sabah khususnya di Parlimen Silam keadaan jalan-jalan kampung yang tidak boleh dilalui.Presiden UPKO sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi; Datuk Anifah Aman sebagai Menteri Luar Negeri di samping mengekalkan Datuk Dr Maximus Ongkili sebagai Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi membuktikan Najib melestarikan konsep 1 Malaysia di dalam Kabinet Barunya. Penyusunan Potfolio Luar Bandar & Wilayah dan Perusahaan Perladangan dan Komoditi kepada Ahli Parlimen Sabah menunjukkan Najib ingin mengembalikan kecemerlangan Sabah sebagai salah satu negeri terkaya di Malaysia yang selama ini terketinggalan jauh di belakang negeri lain di Malaysia. Perlantikan Datuk Rosnah Rashid Shirlin sebagai Timbalan Menteri Kesihatan.
Kepada rakan-rakan yang lain marilah kita bekerja dalam satu pasukan bersama YAB Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abd. razak Perdana Menteri Malaysia. Tumpuan kerajaan untuk memulihkan semula kegawatan ekonomi negara kesan kemerosotan ekonomi dunia perlu di beri perhatian setelah selesai perlantikan Jemaah menteri dalam kabinet baru ini demi mencapai misi dan visi perubahan yang benar-benar realiti.
Sekian,terima kasih
YANG BERHORMAT TUAN HAJI SALLEH BIN HAJI KALBI
AHLI PARLIMEN P188 SILAM
DUTA KEAMANAN PBB (UPF)
KOLONEL KEHORMAT RELA
Tinggalkan Jawapan