Archive for 10 April 2009

TRANSFORMASI 1MALAYSIA, Khas Buat Perdana Menteri Malaysia Baru

April 10, 2009

buku-sayang-malaysia-11

GARISAN MATA PENA BERDAKWAT MEMACU,
MENJENAMA RAKYAT 1MALAYSIA DIPETA GLOKAL,
REKOD WIKIPEDIA BUKTI RENCANA HIDUP MU,
LEMBARAN BARU SEJARAH TANAH AIR BANGSA BERAKAL.

DITENGAH-TENGAH KEMELESETAN EKONOMI DUNIA,
KAU RELA BERKORBAN MEMIKUL AMANAH,
RINTANGAN PERIT MEMIKUL MEMARTABAT BANGSA,
TERCALAR PEDIH BERGELOMBANG TSUNAMI POLITIK MARUAH.

AKU NUN JAUH DI DAERAH KECIL SILAM,
AMAT KAGUM DENGAN SEMANGAT KEPERWIRAAN MU,
BANGUNKAN ANAK-ANAK DENGAN ILMU PENGETAHUAN,
RIANG GEMBIRA KE SEKOLAH DEMI MEWARISI NEGARA.

BELIA-BELIA MENGANGGUR DI KAMPUNG-KAMPUNG,
BERLUMBA-LUMBA REBUT PELUANG,
MENIMBA ILMU DAN PELUANG PEKERJAAN,
DULU KAMI TAK DAPAT, SEKARANG BARU DATANG..TERIMA KASIH.

DITENGAH-TENGAH EKONOMI MERUDUM,
KAU BANTU YANG PERNAH BANTU KERAJAAN,
SWASTA,USAHAWAN,PENIAGA,PEKEBUN KECIL DIMANA-MANA,
GEMBIRA DENGAN ILHAMMU BERTRANSFORMASI MARA.

AKU YAKIN, AKU BERDOA, AKU MELIHAT WAWASANMU,
1MALAYSIA AKAN BERUBAH WAJAH,
RAKYAT DI DAHULUKAN MISKIN TEGAR ANGKA SIFAR MAJU,
WALAU DIMANA JUA DI LUAR BANDAR MAHUPUN DI BANDARAYA GAGAH.

AKU BERFIKIR, AKU BERSYUKUR KEHADRAT ALLAH SWT,
KAU BARISANKAN PEJUANG-PEJUANG NEGARA,
MENGEMUDI KABINET BARU DENGAN BUKU MERIT,
YANG LESTARI,PROAKTIF,OPTIMISTIK DAN ANJAKAN PARADIGMA.

1MALAYSIA BERDOA ANGKA 2020,
ILHAM TUN DR. MAHATHIR NEGARA MAJU,
1MALAYSIA BERDOA ISLAM HADHARI,
ILHAM TUN ABDULLAH NEGARA GEMILANG,
1MALAYSIA BERDOA HEBAT BANGSA GLOKAL, TERBILANG MALAYSIA,
ILHAM KEPIMPINAN TRANSFORMASI BARUMU KHAS BUAT RAKYAT.

Najib Tiba Di Pattaya Untuk Sidang Kemuncak Asean

April 10, 2009

dato-najib2

<!–

By: Ramjit

–>

 

Daripada Yong Soo Heong dan D.Arul Rajoo

PATTAYA, 10 April (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di sini Jumaat untuk menghadiri Sidang Kemuncak Asean ke-14 dan sidang kemuncak berkaitan, lawatan rasmi beliau yang pertama ke luar negara setelah dilantik menjawat jawatan itu pada 3 April.

Jet kerajaan yang membawa perdana menteri dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, mendarat di Lapangan Terbang Utapao dekat sini pada pukul 4.05 petang.

Ketibaan mereka disambut oleh Ketua setiausaha Kementerian Luar Tan Sri Rastam Mohd Isa dan Duta Malaysia ke Thailand, Datuk Husni Zai Yaakob.

Perjalanan dalam kawalan ketat, kenderaan yang membawa Najib dan delegasi Malaysia dibawa ke Dewan Pameran dan Konvensyen Pattaya (Peach) di mana lebih 1,000 penunjuk perasaan anti-kerajaan menyekat laluan ke resort mewah itu di mana kebanyakan ketua-ketua negara dan kerajaan yang menyertai sidang kemuncak ini, menginap.

Terdahulu, pemimpin penunjuk perasaan didakwa memberitahu beribu-ribu penyokong perdana menteri yang diguling Thaksin Shinawatra pada rapat umum besar-besaran berhampiran Rumah Kerajaan bahawa Najib dan beberapa pemimpin lain tidak hadir pada sidang kemuncak itu untuk menunjukkan bantahan mereka.

Penunjuk perasaan yang memakai kemeja-T merah, yang melumpuhkan beberapa jalan utama di Bangkok dengan menghalang laluan, mendesak Perdana Menteri Abhisit Vejjajiva meletak jawatan dan membubarkan Parlimen.

Walaupun kehadiran penunjuk perasaan anti-kerajaan dekat dengan tempat sidang kemuncak itu, beberapa pemimpin negara telah tiba di sini, termasuk Perdana Menteri Kemboja Hun Sen, rakan sejawatnya dari Vietnam Nguyen Tan Dung dan dari Singapura, Lee Hsien Loong.

Para pemimpin dari 10 negara Asean akan menyertai rakan dialog mereka dari China, Jepun, Korea Selatan, Australia, New Zealand dan India pada sidang kemuncak tiga hari itu.

Najib mempunyai jadual yang sibuk semasa berada di sini, dengan dijadual mengadakan beberapa mesyuarat dua hala termasuk dengan Sultan Brunei Hassanal Bolkiah.

Esok, beliau akan mengadakan perbincangan berasingan dengan Abhisit, Perdana Menteri China Wen Jiabao, Perdana Menteri Jepun Taro Aso, Lee dan dari Australia Kevin Rudd.

Pada Ahad, Najib dijadual mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Korea Selatan Lee Myung-Bak, New Zealan John Key dan Hun Sen.

Rastam berkata kerajaan Thai telah memberikan jaminan kepada semua ketua-ketua negara asing mengenai kawalan keselamatan dan pelan sesuatu yang tidak dijangka untuk menangani penunjuk perasaan.

Beliau berkata kira-kira 8,000 polis dan askar dikerah di Pattaya untuk menyediakan kawalan keselamatan kepada 16 pemimpin negara dan beratus-ratus pegawai dan media menghadiri sidang kemuncak itu.

Beberapa kapal tentera laut Thai diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga di Teluk Thailand yang menghadap hotel hotel itu.

Menurut beliau, pemimpin dari Australia, Singapura dan New Zealand meminta untuk mengadakan pertemuan dengan Najib.

“Ini merupakan peluang baik untuk Perdana Menteri mengadakan pertemuan dengan pemimpin lain,” kata beliau.

Beliau berkata Menteri Luar Datuk Anifah Aman dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mustapa Mohamed juga tiba di sini hari ini untuk menghadiri sidang kemuncak itu.

Katanya Mustapa akan menyertai menteri ekonomi Asean lain untuk menandatangani Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dengan China, serta perjanjian pengiktirafan bersama mengenai Amalan Pengilangan Baik (GMP) produk perubatan.

— BERNAMA

KAPAL SELAM TLDM SABAH,DEMI KESELAMATAN RAKYAT

April 10, 2009

silam8peta-sabah

KAPAL SELAM PERTAMA BERPANGKALAN DI SEPANGGAR? Written by Admin Thursday, 09 April 2009 18:12 Kapal Selam Scorpene pertama negara, Kapal Diraja (KD) Tunku Abdul Rahman yang dijangka tiba dari Toulon, Perancis penghujung Julai ini akan ditempatkan di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Sepanggar, Sabah, kata Panglima TLDM, Laksamana Datuk Seri Abdul Aziz Jaafar. Beliau berkata, krew KD Tunku Abdul Rahman sedang menjalani latihan kemahiran di Toulon dan dijangka belayar pulang ke Malaysia pada penghujung Mei ini. “Semuanya berjalan mengikut apa yang dijadualkan. Malah pangkalan TLDM Sepanggar dijangka siap sepenuhnya Jun ini dan ia mampu untuk menampung kapal selam yang akan tiba. “Dengan adanya kapal selam ini, kita harap dapat mempertingkatkan lagi nama Malaysia dan dapat melindungi keselamatan laut negara dari ancaman musuh,” katanya selepas majlis penyampaian hadiah pertandingan mencipta pelaka dan lambang rasmi kapal selam TLDM di sini, hari ini. TUANKU MIZAN ZAINAL ABIDINbagusbagus1bagus5bagus3Katanya, perkembangan itu adalah sejajar dengan keperluan serta tanggungjawab yang diamanahkan kepada TLDM bagi memastikan perairan negara termasuk Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) dikawal dan dipertahankan pada setiap masa Abdul Aziz berkata, kerajaan sudah membuat keputusan untuk menggunakan kapal selam itu secara timbal balas dengan mana-mana negara yang berhasrat untuk meminjam kapal selam tersebut. “TLDM sudah berbincang dengan Kementerian Pertahanan dan kementerian bersetuju dengan cadangan tersebut asalkan ia boleh mendatangkan kebaikan kepada kedua-dua pihak,” katanya. Scorpene, kapal selam jenis tempur konvensional yang dibina di Cherbourg, Perancis oleh DCNS dan syarikat pengeluar kapal selam, Navantia itu mampu mengawasi perairan negara pada kedalaman 100 hingga 200 meter. Ia antara lain dilengkapi dengan enam tiub peluru berpandu yang boleh dilancarkan serentak, peluru berpandu antikapal permukaan dan torpedo antikapal selam. Kapal selam berkuasa diesel dan elektrik dengan kelajuan 20 knot itu berkemampuan membawa 10 torpedo dan 30 periuk api, manakala pengisian peluru berpandu menggunakan sistem automatik sepenuhnya. Malaysia turut menempah sebuah lagi kapal selam yang dinamakan ‘KD Tun Razak’ sempena nama perdana menteri kedua negara. Sementara itu, pereka grafik di Tourism Malaysia, Rosli Hassan dinobatkan pemenang hadiah utama mencipta pelaka dan lambang rasmi dua kapal selam Scorpene dan membawa pulang hadiah wang tunai RM2,500. TLDM menerima sebanyak 121 penyertaan bagi pertandingan itu yang merangkumi 61 penyertaan untuk KD Tunku Abdul Rahman dan 60 untuk KD Tun Razak. – Bernama