KAPAL SELAM TLDM SABAH,DEMI KESELAMATAN RAKYAT

silam8peta-sabah

KAPAL SELAM PERTAMA BERPANGKALAN DI SEPANGGAR? Written by Admin Thursday, 09 April 2009 18:12 Kapal Selam Scorpene pertama negara, Kapal Diraja (KD) Tunku Abdul Rahman yang dijangka tiba dari Toulon, Perancis penghujung Julai ini akan ditempatkan di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Sepanggar, Sabah, kata Panglima TLDM, Laksamana Datuk Seri Abdul Aziz Jaafar. Beliau berkata, krew KD Tunku Abdul Rahman sedang menjalani latihan kemahiran di Toulon dan dijangka belayar pulang ke Malaysia pada penghujung Mei ini. “Semuanya berjalan mengikut apa yang dijadualkan. Malah pangkalan TLDM Sepanggar dijangka siap sepenuhnya Jun ini dan ia mampu untuk menampung kapal selam yang akan tiba. “Dengan adanya kapal selam ini, kita harap dapat mempertingkatkan lagi nama Malaysia dan dapat melindungi keselamatan laut negara dari ancaman musuh,” katanya selepas majlis penyampaian hadiah pertandingan mencipta pelaka dan lambang rasmi kapal selam TLDM di sini, hari ini. TUANKU MIZAN ZAINAL ABIDINbagusbagus1bagus5bagus3Katanya, perkembangan itu adalah sejajar dengan keperluan serta tanggungjawab yang diamanahkan kepada TLDM bagi memastikan perairan negara termasuk Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) dikawal dan dipertahankan pada setiap masa Abdul Aziz berkata, kerajaan sudah membuat keputusan untuk menggunakan kapal selam itu secara timbal balas dengan mana-mana negara yang berhasrat untuk meminjam kapal selam tersebut. “TLDM sudah berbincang dengan Kementerian Pertahanan dan kementerian bersetuju dengan cadangan tersebut asalkan ia boleh mendatangkan kebaikan kepada kedua-dua pihak,” katanya. Scorpene, kapal selam jenis tempur konvensional yang dibina di Cherbourg, Perancis oleh DCNS dan syarikat pengeluar kapal selam, Navantia itu mampu mengawasi perairan negara pada kedalaman 100 hingga 200 meter. Ia antara lain dilengkapi dengan enam tiub peluru berpandu yang boleh dilancarkan serentak, peluru berpandu antikapal permukaan dan torpedo antikapal selam. Kapal selam berkuasa diesel dan elektrik dengan kelajuan 20 knot itu berkemampuan membawa 10 torpedo dan 30 periuk api, manakala pengisian peluru berpandu menggunakan sistem automatik sepenuhnya. Malaysia turut menempah sebuah lagi kapal selam yang dinamakan ‘KD Tun Razak’ sempena nama perdana menteri kedua negara. Sementara itu, pereka grafik di Tourism Malaysia, Rosli Hassan dinobatkan pemenang hadiah utama mencipta pelaka dan lambang rasmi dua kapal selam Scorpene dan membawa pulang hadiah wang tunai RM2,500. TLDM menerima sebanyak 121 penyertaan bagi pertandingan itu yang merangkumi 61 penyertaan untuk KD Tunku Abdul Rahman dan 60 untuk KD Tun Razak. – Bernama

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: