Najib Tiba Di Pattaya Untuk Sidang Kemuncak Asean

dato-najib2

<!–

By: Ramjit

–>

 

Daripada Yong Soo Heong dan D.Arul Rajoo

PATTAYA, 10 April (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di sini Jumaat untuk menghadiri Sidang Kemuncak Asean ke-14 dan sidang kemuncak berkaitan, lawatan rasmi beliau yang pertama ke luar negara setelah dilantik menjawat jawatan itu pada 3 April.

Jet kerajaan yang membawa perdana menteri dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, mendarat di Lapangan Terbang Utapao dekat sini pada pukul 4.05 petang.

Ketibaan mereka disambut oleh Ketua setiausaha Kementerian Luar Tan Sri Rastam Mohd Isa dan Duta Malaysia ke Thailand, Datuk Husni Zai Yaakob.

Perjalanan dalam kawalan ketat, kenderaan yang membawa Najib dan delegasi Malaysia dibawa ke Dewan Pameran dan Konvensyen Pattaya (Peach) di mana lebih 1,000 penunjuk perasaan anti-kerajaan menyekat laluan ke resort mewah itu di mana kebanyakan ketua-ketua negara dan kerajaan yang menyertai sidang kemuncak ini, menginap.

Terdahulu, pemimpin penunjuk perasaan didakwa memberitahu beribu-ribu penyokong perdana menteri yang diguling Thaksin Shinawatra pada rapat umum besar-besaran berhampiran Rumah Kerajaan bahawa Najib dan beberapa pemimpin lain tidak hadir pada sidang kemuncak itu untuk menunjukkan bantahan mereka.

Penunjuk perasaan yang memakai kemeja-T merah, yang melumpuhkan beberapa jalan utama di Bangkok dengan menghalang laluan, mendesak Perdana Menteri Abhisit Vejjajiva meletak jawatan dan membubarkan Parlimen.

Walaupun kehadiran penunjuk perasaan anti-kerajaan dekat dengan tempat sidang kemuncak itu, beberapa pemimpin negara telah tiba di sini, termasuk Perdana Menteri Kemboja Hun Sen, rakan sejawatnya dari Vietnam Nguyen Tan Dung dan dari Singapura, Lee Hsien Loong.

Para pemimpin dari 10 negara Asean akan menyertai rakan dialog mereka dari China, Jepun, Korea Selatan, Australia, New Zealand dan India pada sidang kemuncak tiga hari itu.

Najib mempunyai jadual yang sibuk semasa berada di sini, dengan dijadual mengadakan beberapa mesyuarat dua hala termasuk dengan Sultan Brunei Hassanal Bolkiah.

Esok, beliau akan mengadakan perbincangan berasingan dengan Abhisit, Perdana Menteri China Wen Jiabao, Perdana Menteri Jepun Taro Aso, Lee dan dari Australia Kevin Rudd.

Pada Ahad, Najib dijadual mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Korea Selatan Lee Myung-Bak, New Zealan John Key dan Hun Sen.

Rastam berkata kerajaan Thai telah memberikan jaminan kepada semua ketua-ketua negara asing mengenai kawalan keselamatan dan pelan sesuatu yang tidak dijangka untuk menangani penunjuk perasaan.

Beliau berkata kira-kira 8,000 polis dan askar dikerah di Pattaya untuk menyediakan kawalan keselamatan kepada 16 pemimpin negara dan beratus-ratus pegawai dan media menghadiri sidang kemuncak itu.

Beberapa kapal tentera laut Thai diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga di Teluk Thailand yang menghadap hotel hotel itu.

Menurut beliau, pemimpin dari Australia, Singapura dan New Zealand meminta untuk mengadakan pertemuan dengan Najib.

“Ini merupakan peluang baik untuk Perdana Menteri mengadakan pertemuan dengan pemimpin lain,” kata beliau.

Beliau berkata Menteri Luar Datuk Anifah Aman dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mustapa Mohamed juga tiba di sini hari ini untuk menghadiri sidang kemuncak itu.

Katanya Mustapa akan menyertai menteri ekonomi Asean lain untuk menandatangani Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dengan China, serta perjanjian pengiktirafan bersama mengenai Amalan Pengilangan Baik (GMP) produk perubatan.

— BERNAMA

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: