Archive for 11 April 2009

Rumah rosak selepas dihempap pokok!

April 11, 2009

 

knk

by Ibrahim Tabir KUNAK : Sebuah rumah papan milik seorang penduduk tempatan di Kampung 1Kadazan dekat sini rosak teruk selepas dihempap pokok durian akibat angin puting beliung yang secara tiba-tiba berlaku di kawasan itu , baru-baru ini . Dalam kejadian waktu malam itu, pemilik rumah berkenaan Marcus Jacob, 40-an, bersama beberapa ahli keluarga berada di dalam rumah. “Nasib menyebelahi kami kerana pokok yang tumbang itu hanya mengenai bahagian dapur dan sebahagian sebuah lagi bilik di rumah”, katanya kepada wartawan ketika ditemui bersama Pengerusi JKKK, Valentine Sebastian meninjau kawasan tersebut pada Sabtu (hari ini). Menurut Marcus, sebelum itu, berlaku tiupan angin yang kencang dan beberapa pokok buah-buahan berhampiran rumahnya bergoyang . Beliau juga terkejut apabila mendengar bunyi dentuman yang kuat di bahagian dapur dan berada kelam-kabut ketika itu. Hanya sepohon pokok durian yang ada berdekatan di situ tumbang dan menyebabkan zink serta barangan lain di dapur rosak… Ahli Parlimen (MP) Silam, Hj.Salleh Kalbi yang melawat kawasan itu turut menyampaikan bantuan keperluan seperti barang makanan kepada mangsa kejadian. Salleh juga mengarahkan supaya rumah penduduk itu diperbaiki dengan segera melalui bantuan khas. Caption: Salleh (tengah) ketika meninjau rumah berkenaan pada Sabtu . rumah rosak.jpg 90K Lihat Muat Turun

Najib perjelas peranan Khairy

April 11, 2009

MOHD NAJIB TUN ABDUL RAZAK

PATTAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, tidak diberi jawatan dalam senarai Kabinet baru kerana memberi kerjasama kepada Khairy untuk menjalankan tugasnya.

“Dia faham keadaannya dan tak ada masalah bagi dia,” kata Najib apabila ditanya mengenai pendapat setengah pihak bahawa Ketua Pemuda Umno patut diberi peranan dalam Kabinet.

Pada sidang akhbar dengan media Malaysia di sini malam tadi, Najib berkata adalah mustahil untuk memuaskan hati semua orang.

“Saya pilih untuk memuaskan hati masyarakat awam, paling utama rakyat,” katanya ketika ditanya mengenai perasaan tidak puas hati di kalangan sesetengah ahli Umno, termasuk mereka yang menang pada pemilihan parti itu baru-baru ini.

Bagaimanapun, Najib berkata beliau akan juga meneliti struktur parti dari sudut politik dan kedudukan kerajaan pada masa akan datang dalam usaha memperkemaskan parti. – Bernama

KJ AKUI PROGRAM PEMUDA ‘SYOK SENDIRI’?

April 11, 2009

kj

KJ AKUI PROGRAM PEMUDA ‘SYOK SENDIRI’? Written by Admin Saturday, 11 April 2009 11:05 Oleh: MUDA MOHD NOOR (MKINI) Ketua Pemuda Umno yang baru, Khairy Jamaluddin berkata pihaknya kini menyedari bahawa program-program yang dianjurkan oleh pergerakan itu sebelum ini adalah ‘program syok sendiri’. “Kita buat program untuk orang yang sama, orang yang sudah totok sokong Umno dan BN,” katanya ketika melancarkan program exco turun padang di Rawang malam tadi. Walaupun hujan lebat, majlis tersebut mendapat sambutan hebat dengan dihadiri kira-kira 500 ahli Pemuda Umno bahagian Selayang. Selain Khairy, hadir sama ialah Naibnya, Datuk Razali Ibrahim dan bebaterapa exco pergerakan itu. Sehubungan itu, Khairy berkata, fokus utama pergerakan itu untuk memperkuatkan parti ialah dengan mendekati golongan muda dan yang tidak berparti. “Jadi kita kena keluar dari kepompong untuk menemui mereka yang selama ini tidak bersama dengan kita. “Kerana dalam pilihanraya umum saluran anak muda iaitu saluran empat, lima dan enam tidak mengundi BN,” katanya. Khairy berkata, beliau akan mewujudkan satu hal ehwal khas untuk orang muda terutama di Lembah Kelang. Katanya, jawatankuasa itu akan memberi perhatian terhadap ekonomi, jenayah, perumahan, penjaja kecil dan keselamatan mereka. “Kepada rakyat yang terpinggir, yang tidak ada masa depan sebagai pelanggan utama kita,” katanya. Sementara itu, Khairy berkata, beliau akan melantik ketua Pemuda Umno negeri tidak berapa lama lagi. “Minggu depan saya akan melantik setiausaha, bendahari dan ketua penerangan Pemuda Umno sebelum pelantikan ketua Pemuda negeri dibuat,” katanya. Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Khairy yang juga ahli Parlimen Jerlun berkata pelantikan naibnya, Datuk Razali Ibrahim dan Datuk Mukhriz Mahathir dalam kabinet sebagai satu pengiktirafan kepada Pemuda Umno. Mukriz yang mencabarnya bagi jawatan ketua Pemuda, dilantik sebagai timbalan menteri perdagangan antarangbangsa dan industri, manakala Razali dilantik sebagai timbalan menteri belia dan sukan. Program pertama Ditanya mengenai dirinya yang tidak dilantik dalam kabinet, Khairy berkata: “Kalau semua pemimpin berada dalam kerajaan, siapa yang hendak jaga parti. “Saya meminta ahli Pemuda menerimanya dan jangan membuat spekulasi dan cerita yang bukan-bukan,”katanya. Khairy juga mengulangi bahawa beliau tidak dipilih menganggotai kabinet kerana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memerlukan beliau memimpin pergerakan Pemuda sepenuh masa. Katanya, ini pendekatan yang baik kerana bukan semua pemimpin perlu berada dalam kerajaan. Khairy sekali lagi menegaskan bahawa beliau tidak kecewa kerana tidak dipilih dalam kabinet Najib walaupun memenangi jawatan ketua Pemuda Umno. Difahamkan program anjuran Pemuda Umno bahagian Selayang itu merupakan yang pertama selepas Khairy memenangi jawatan ketua Pemuda Umno akhir bulan lalu. Dalam ucapannya juga, Khairy menjelaskan bahawa Najib telah memanggilnya Rabu lalu untuk memintanya memberi tumpuan khas kepada usaha meningkatkan sokongan kepada parti dan BN. Katanya, beliau mengucapkan terima kasih kepada perdana menteri kerana memberi kepercayaan kepadanya. “Sayaakan bekerja keras untuk kebaikan parti. Saya buat ikrar depan presiden bahawa Pemuda akan bersama saya. Bukan mudah hendak menawan pengundi muda dan pengundi atas pagar. Kita kena buktikan Umno boleh memimpin bukan sahaja orang Melayu tetapi juga orang Cina dan India. “Bukan setakat jaga ahli parti (Umno) tetapi juga yang tidak berparti dan pengundi atas pagar,” katanya.

EKONOMI DUNIA KIAN TENAT?

April 11, 2009

mahathir

EKONOMI DUNIA KIAN TENAT? Written by Admin Saturday, 11 April 2009 11:12 Malaysia perlu bersiap sedia untuk menghadapi keadaan ekonomi dunia yang semakin tenat, kata mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad malam tadi. “Malaysia tetap akan terkena kesan ekonomi dunia sebab kita negara perdagangan dan ekonomi kita bergantung kepada eksport. Sekiranya rakan dagang kita menghadapi masalah ekonomi, eksport akan terjejas,” katanya semasa berucap di majlis Malam Anugerah Keusahawanan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Kuala Lumpur. Beliau berkata Malaysia tidak boleh mendabik dada yang ia tidak mengalami kesan seteruk negara lain, lapor Bernama “Jika mereka miskin, kita juga miskin,” katanya, sambil mengingatkan para hadirin tentang pergantungan Malaysia terhadap negara lain. Bagi menghadapi masalah ekonomi sekarang, beliau berkata Malaysia boleh menggunakan kaedah yang sama seperti ketika krisis kewangan 1997. Pada masa itu, semua maklumat dan data dikaji dengan teliti dan dilihat perubahannya setiap hari, dan cara yang terbaik dipilih untuk mengatasinya. ‘Belum pulih’ Beliau juga mengingatkan rakyat Malaysia supaya jangan leka kerana negara sebenarnya belum pulih dari krisis kewangan 1997. Untuk pulih dari krisis ekonomi, katanya akan mengambil masa yang lama. “Kita belum betul-betul pulih dari krisis 1997 walaupun sesudah 10 tahun,” katanya, yang merujuk kepada nilai ringgit yang sekarang berada pada sekitar RM3.60 untuk setiap dolar AS berbanding dengan RM2.50 pada sebelum krisis 1997. “Demikianlah. Walau pun sesudah lebih 10 tahun, keadaan (nilai) ringgit masih belum kembali seperti keadaan sebelum serangan mata wang 1997,” katanya. Beliau menjangka negara barat seperti Amerika Syarikat juga tidak akan pulih walaupun (untuk) 10 tahun akan datang. Beliau berkata pendapatan per kapita mereka yang tinggi bukan menggambarkan keadaan yang sebenar dan merupakan penipuan besar-besaran oleh peniaga matawang mereka. (MKINI)