EKONOMI DUNIA KIAN TENAT?

mahathir

EKONOMI DUNIA KIAN TENAT? Written by Admin Saturday, 11 April 2009 11:12 Malaysia perlu bersiap sedia untuk menghadapi keadaan ekonomi dunia yang semakin tenat, kata mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad malam tadi. “Malaysia tetap akan terkena kesan ekonomi dunia sebab kita negara perdagangan dan ekonomi kita bergantung kepada eksport. Sekiranya rakan dagang kita menghadapi masalah ekonomi, eksport akan terjejas,” katanya semasa berucap di majlis Malam Anugerah Keusahawanan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Kuala Lumpur. Beliau berkata Malaysia tidak boleh mendabik dada yang ia tidak mengalami kesan seteruk negara lain, lapor Bernama “Jika mereka miskin, kita juga miskin,” katanya, sambil mengingatkan para hadirin tentang pergantungan Malaysia terhadap negara lain. Bagi menghadapi masalah ekonomi sekarang, beliau berkata Malaysia boleh menggunakan kaedah yang sama seperti ketika krisis kewangan 1997. Pada masa itu, semua maklumat dan data dikaji dengan teliti dan dilihat perubahannya setiap hari, dan cara yang terbaik dipilih untuk mengatasinya. ‘Belum pulih’ Beliau juga mengingatkan rakyat Malaysia supaya jangan leka kerana negara sebenarnya belum pulih dari krisis kewangan 1997. Untuk pulih dari krisis ekonomi, katanya akan mengambil masa yang lama. “Kita belum betul-betul pulih dari krisis 1997 walaupun sesudah 10 tahun,” katanya, yang merujuk kepada nilai ringgit yang sekarang berada pada sekitar RM3.60 untuk setiap dolar AS berbanding dengan RM2.50 pada sebelum krisis 1997. “Demikianlah. Walau pun sesudah lebih 10 tahun, keadaan (nilai) ringgit masih belum kembali seperti keadaan sebelum serangan mata wang 1997,” katanya. Beliau menjangka negara barat seperti Amerika Syarikat juga tidak akan pulih walaupun (untuk) 10 tahun akan datang. Beliau berkata pendapatan per kapita mereka yang tinggi bukan menggambarkan keadaan yang sebenar dan merupakan penipuan besar-besaran oleh peniaga matawang mereka. (MKINI)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: