Archive for 12 April 2009

Lahad Datu Selamat, Aman, Makmur Di Kunjungi

April 12, 2009

 

ld1

ld8ld17ld13Sekumpulan kecil yang mengadakan perarakan dengan membakar bendera Sabah di daerah Lahad Datu,Sabah merupakan tindakan yang sepatutnya tidak berlaku dan tidak dilakukan apatah lagi mereka adalah rakyat tempatan.Sedar atau tidak,tindakan ini sebenarnya menyebabkan pandangan orang ramai daerah Lahad Datu tidak baik dari segi kedatangan pelabur-pelabur,pelancong-pelancong,urusniaga dan orang ramai mungkin berpandangan tidak baik.

Saya berharap kepada anda yang ingin ke daerah Lahad Datu,Sabah tidak perlu risau,resah atau merasa takut kerana saya melihat orang ramai menjalankan urusniaga,pelancong-pelancong,pelabur-pelabur datang ke Daerah ini tanpa merasa takut atau risau kesan kejadian sebelum ini.

Mereka juga berpendapat,kes ini telah pun diselesaikan dengan bijak dan cepat oleh pihak polis mengikut undang-undang kerajaan Malaysia.Saya berharap tidak ada lagi pihak-pihak tertentu yang membawa khabar angin berhubung Daerah lahad Datu yang sememangnya Selamat,Aman dan makmur untuk dikunjungi.

Saya ketika ini berada dikawasan bandar melihat dan meninjau sendiri Bandar ini nampaknya dipenuhi oleh orang ramai untuk membeli-belah,minum di kedai kopi,kedai-kedai menjual seperti biasa. Setakat ini tiada lagi isu ini ditimbulkan.Kepada anda yang ingin berkunjung ke Daerah ini saya ucap selamat datang.

Daerah Lahad Datu Selamat, Aman dan Makmur di Kunjungi.

Pattaya dan Kabinet Rakyat – Pandangan Anda (blog 1Malaysia)

April 12, 2009

 

pm1

Saya baru saja pulang dari Pattaya di mana saya seharusnya menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN mulai semalam secara rasminya.  Anda mungkin telah melihatnya daripada media bagaimana penunjuk perasaan ‘berbaju merah’ menjadikannya mustahil untuk kami meneruskan persidangan.  Agak malang sekali pertemuan-pertemuan saya dibatalkan satu per satu selepas pemimpin-pemimpin lain juga tidak dapat meninggalkan atau masuk ke tempat persidangan diadakan.  Nasib baik, dengan bantuan angkatan bersenjata dan polis Thai, kami telah sampai ke lapangan terbang dalam perjalanan pulang dengan selamat.  Sebaik saja kami terbang, saya merenung kembali dengan penuh keprihatinan bagaimana cabaran politik dalam negara seperti ini boleh menghalang kerja-kerja baik kelompok negara serantau seperti ASEAN – dan melambatkan manfaat daripada integrasi yang lebih erat kepada beratus-ratus juta penduduk yang tinggal dan bekerja di Asia Tenggara.

Hari Khamis yang lalu saya telah mengumumkan senarai ahli kabinet baru Malaysia yang akan dipertanggungjawabkan untuk memajukan negara dalam semangat 1 Malaysia.  Beberapa faktor telah dipertimbangkan untuk memastikan bahawa kabinet ini benar-benar satu Kabinet Rakyat, mampu berkhidmat untuk rakyat secara saksama dan berkesan, dan akan berusaha untuk membawa negara ke hadapan tanpa meminggirkan sesiapa.

Maklum balas daripada komen yang dihantar ke blog saya sejak pengumuman barisan kabinet dibuat adalah melegakan bagi sesetengah pihak dan menimbulkan persoalan bagi yang lain. Berdasarkan perkembangan ini, saya mempelawa anda semua untuk berkongsi pandangan terhadap barisan baru ini dan pendekatan baru yang berasaskan kemajuan yang saya akan kuat kuasakan dengan menghantar komen anda. Saya juga sangat berminat untuk mengetahui harapan anda terhadap pentadbiran baru ini demi memastikan kebajikan dan pembangunan untuk semua golongan masyarakat akan terbela.

Memandangkan sebahagian daripada anda mungkin terlalu ghairah dengan barisan kabinet ini, saya menyeru semua agar menghormati tata cara menyampaikan pandangan anda terhadap pandangan orang lain dan berharap kita akan terus berdialog dengan berhemah dan dalam semangat sebenar 1Malaysia.