Archive for 14 April 2009
Masalah disiplin pelajar perlu penyelesaian bersama: MP
April 14, 2009Rendah Diri Pupuk Setiakawan Dengan Rakyat
April 14, 20091.Saya membaca blog 1malaysia milik Perdana Menteri Malaysia YAB Dato Seri Mohd Najib Bin Tun Abd. Razak, yang memperkatakan tentang sikap rendah diri. Rakyat yang tinggal dikawasan luar bandar amat menitikberatkan sikap seorang pemimpin yang mudah mesra,tidak sombong,rendah diri samada ketika turun padang kekampung-kampung,program mesra rakyat mahupun ketika berada di pejabat.Masalah yang sering berlaku ketika berurusan di pejabat,amat sukar untuk menghapuskan sikap rendah diri sehingga menyebabkan amalan Birokrasi menjadi tradisi di jabatan-jabatan kerajaan.
2.Saya teringat kata-kata Menteri Pertahanan Malaysia baru,katanya;pasukan askar wataniah akan diwujudkan disetiap parlimen dan tidak melalui pejabat daerah kerana terlalu banyak masalah birokrasi.Ini jelas menunjukkan sikap rendah diri perlu diterapkan kepada jabatan-jabatan kerajaan supaya rakyat tidak merasa benci kepada kerajaan yang memerintah sekarang.Satu lagi masalah yang dihadapi oleh rakyat ialah ketika berurusan dengan jabatan pendaftaran,untuk mendapatkan pengesahan salinan fotostat mykad mengambil masa hampir1 hingga 2 jam.Persoalannya sampai bila isu ini akan selesai.
3.Rakyat juga mengeluh dengan pihak yang mengeluarkan lesen RM25.00 untuk kegunaan perniagaan.Rakyat juga amat sedih kerana terlalu sukar,terlalu lama untuk mendapatkan lesen samada lesen baru mahupun untuk memperbaharui lesen.Rata-rata penduduk mengatakan untuk mendapatkan lesen perniagaan ini memakan masa sebulan dan kadang-kadang tidak dilayan sama sekali.Apakah sikap tidak mahu merendah diri dengan masyarakat menyebabkan mereka tidak mahu untuk mengurus dengan baik dan cepat?.Rakyat terpaksa menanggung masalah ini sehingga mereka yang berminat besar untuk berniaga tidak mahu meneruskan kerana sikap tidak mahu merendah diri pihak yang dipertanggungjawabkan ini.Saya berharap masalah Birokrasi yang sangat tebal ini agar dapat di bincang,dirancang dan di suusun semula supaya rakyat tidak mempersalahkan kerajaan penyayang dan prihatin 1malaysia ini.
4.Marilah kita bersama-sama bekerja dalam satu pasukan dengan mengamalkan sikap rendah diri supaya rakyat memandang kita sebagai kakitangan yang mendahulukan rakyat.
8 Nilai-nilai 1 Malaysia – Bahagian 3: Rendah Hati
April 14, 2009Tuesday, 14 April 2009
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut pandangan saya mengenai nilai rendah hati sebagai satu nilai utama 1 Malaysia, sila klik disini untuk menyaksikan video atau baca terjemahan transkrip di bawah.
RENDAH HATI
Rasa rendah hati adalah satu sifat yang penting untuk dimiliki. Dalam konteks – contohnya katakanlah jika anda seorang ahli politik. Begitu juga jika anda seorang ahli parlimen. Bersikap rendah diri pada dasarnya adalah satu aset kerana di dalam masyarakat kita, terutamanya masyarakat tradisional, mereka cenderung menghargai orang yang memperlihatkan sifat merendah diri. Dalam Islam, ia adalah konsep Tawaddu`, yakni rendah hati. Sebagaimana yang anda ketahui di dalam masyarakat Melayu, seseorang itu tidak boleh menunjuk-nunjuk. Contohnya, apabila anda keluar melakukan tugas sebagai seorang ahli parlimen, anda mestilah boleh menyesuaikan diri dengan masyarakat. Saya sangat menyedari akan keadaan bahawa apabila saya melakukan tugas saya sebagai ahli parlimen, saya sangat selesa dengan keadaan tersebut. Sebagai contoh, jika saya berada di dalam surau atau pergi ke rumah penduduk miskin di dalam kawasan saya, saya memastikan tingkah laku saya tidak akan membuatkan mereka berasa tidak selesa, dan pemergian saya ke sana bukanlah bertujuan memandang rendah atau bersikap menghina mereka. Maka itu pada saya ia adalah satu aset. Namun begitu, bersikap rendah diri bukanlah sebagai satu petanda kelemahan. Dalam masyarakat tertentu, ia cenderung disalah ertikan sebagai satu petanda kelemahan. Apabila berurusan dengan orang luar contohnya, adakalanya anda perlu menunjukkan kekuatan anda. Anda perlu memperlihatkan keyakinan kerana apabila anda dilihat sebagai rendah diri pada sudut pandangan mereka, ia dianggap sebagai satu petanda kelemahan. Maka itu saya merasakan ia juga adalah mengikut keadaan, anda mesti sedar bahawa dalam lingkungan masyarakat Malaysia, ia adalah satu aset, tetapi ada waktunya apabila anda berurusan dengan dunia luar anda perlu memperlihatkan kekuatan dan kejayaan anda, tetapi bukanlah dengan cara penindasan.