Masalah disiplin pelajar perlu penyelesaian bersama: MP

Laporan Oleh Ibrahim Tabir
KUNAK : Ahli Parlimen (MP) Silam, Hj.Salleh Kalbi menyeru agar sebarang masalah disipilin dikalangan murid atau pelajar sekolah dapat diselesaikan menerusi perbincangan bersama oleh guru dan ibubapa yang mana melalui pertemuan bersemuka itu boleh memberi respon ke arah pembentukan nilai-nilai kendiri seterusnya pertukaran maklumat atau idea untuk mencari penyelesaiannya dapat dirungkai bersama secara positif.
    Beliau berkata, apabila berlaku masalah disiplin pelajar, tindakan yang diambil secara bersendirian atau melulu dan terburu-buru dengan menyalahkan satu pihak dan pihak yang lain bukanlah kaedah yang berkesan. Oleh sebab itulah kata beliau, penwujudan Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) di sekolah-sekolah bukan sahaja sebagai platform untuk menarik penglibatan ibubapa dan guru dalam usaha pembentukan insan yang berilmu dan cemerlang dalam akademik, tetapi ia melangkaui banyak aspek termasuk juga membina generasi pelajar yang berdisiplin tinggi, menghormati ibubapa, pendidiknya dan masyarakat sekeliling.
    Salleh berkata demikian semasa merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke-9 Sekolah Kebangsaan (SK) Madai di sini pada Sabtu (minggu lepas). Hadir sama di majlis itu Pegawai Pelajaran Daerah, Zamri Pehakan, Guru Besar SK Madai, Syed Jaafarullah Habib Jaafar, Pengerusi PIBG SK Madai, Basri Tunggul dan Pengerusi USBO Kunak, Abdul Rahim Wahab.  Lebih 200 orang hadir di majlis itu termasuk ibubapa pelajar dan guru-guru. 
    Menurut Salleh, beliau bersyukur kerana tahap disiplin dikalangan pelajar di daerah itu masih terkawal walaupun terdapat beberapa laporan sebelum ini melibatkan sebilangan pelajar terbabit dengan masalah sosial.  Ibubapa sebagai orang paling rapat dengan anak-anak seharusnya peka terhadap tingkah-laku anak mereka dan perlu mengambil tahu siapa rakan pelajar apabila berada di luar rumah serta memastikan adakah anak-anak yang ke sekolah itu benar-benar datang ke sekolah atau sebaliknya. 
    “Tuturcara ketika berinteraksi dengan anak-anak seperti penggunaan kata-kata positif merupakan nilai terbaik dalam mendidik, menegur dan bersapa dengan anak-anak kita”, katanya.
Jangan kerana seseorang pelajar atau anak kita tidak menunjukkan prestasi yang baik dalam pelajaran menyebabkan kita mengherdik dengan mengeluarkan kata-kata pasif atau perkataan yang boleh menyinggung perasaan si anak tadi.
Sebaliknya, ibubapa perlu berinteraksi secara positif dan berkesan yang boleh membina minda anak-anak agar mereka boleh berubah sikap daripada kurang bijak kepada pandai, lalai kepada rajin dan berjaya kepada lebih cemerlang. 
    Salleh berkata, dalam lawatan ke Kenya, di negara Afrika baru-baru ini, beliau turut melihat situasi pembelajaran murid-murid sekolah di sana yang jauh berbeza dengan Malaysia. Pelajar di negara ini cukup bertuah berada dalam keadaan harmoni dan mempunyai kemudahan pembelajaran yang baik berbanding negara lain yang masih mundur.
Katanya, Malaysia mempunyai sistem pendidikan dan kemudahan yang sempurna. Anak-anak di Malaysia berpeluang melanjutkan pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Awam atau swasta dan ada juga yang belajar ke luar negara dengan memasuki universiti-universiti melalui pembiayaan biasiswa atau pinjaman yang ditawarkan oleh kerajaan dan agensi berkaitan. 
    Oleh itu, pergunakanlah kemudahan yang diberi oleh kerajaan dengan sebaik-baiknya”, kata beliau.
Di majlis yang sama, Salleh menyampaikan hadiah kepada beberapa orang bekas murid SK Madai yang telah berjaya dalam akademik. Antara penerimanya ialah adik Mohd.Azrul Suwandi yang kini bersekolah di Sekolah Menengah berasrama penuh di Kota Kinabalu. 
     Salleh yang juga Duta Keamanan Dunia menegaskan bahawa, pendidikan merupakan satu aset penting yang amat bernilai bagi seseorang individu untuk berjaya di masa hadapan. Katanya, faktor kemiskinan bukanlah penghalang bagi seseorang untuk berputus asa ,sebaliknya ketekunan dan sikap boleh mengubah nasib seseorang pelajar itu dan juga keadaan keluarganya apabila mereka sudah dewasa, berjaya dalam akademik dan mendapat pekerjaan yang lebih baik dan mulia.
Beliau juga memetik kenyataan yang pernah disampaikan oleh seorang pemimpin bahawa; “maju, mundurnya sesuatu bangsa itu terletak pada kekuatan pendidikannya”.. yang mana maksud tersebut mempunyai terjemahan yang luas serta menimpletasi bahawa pendidikan itu sangat berharga nilainya.
     “Percayalah, kita boleh mengubah nasib kita dan anak-anak kita kepada yang lebih baik dan sempurna jika kita terus berusaha tanpa mengharapkan sepenuhnya bantuan daripada orang lain kerana ‘tangan yang memberi itu lebih baik daripada tangan yang menerima; 
Bagi mencapai matlamat itu, didiklah anak-anak kita dan generasi pelajar masa kini dengan penerapan nilai disiplin yang tinggi , hormat kepada guru, ibubapa dan rakan mereka.
     “Sebagai pelajar, hormatlah guru kita kerana mereka seperti permata yang boleh memberi sinar kepada kehidupan di masa hadapan”, katanya.  Di majlis yang sama , beliau turut melawat Surau sekolah tersebut yang memerlukan peningkatan infrastruktur dan kemudahan asas .
Caption: Salleh (tengah) menyampaikan hadiah kepada salah seorang pelajar SK Madai yang berjaya dalam 
               akademik. 
 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: