Archive for 19 April 2009

REGATTA LEPA KUKUHKAN PERPADUAN?

April 19, 2009

Written by Admin Sunday, 19 April 2009 18:33 SEMPORNA: Acara tahunan Regatta Lepa telah membuktikan berjaya mengukuhkan semangat kekitaan, setiakawan, perpaduan dan keharmonian masyarakat pelbagai kaum di negeri ini menerusi toleransi dan menghormati budaya masing-masing, kata Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman. “Perayaan Regatta Lepa bukan sahaja menjadi platform untuk kita mengenengahkan kebudayaan tradisi masyarakat Bajau Semporna yang unik. Ia juga pemangkin pengukuhan perpaduan dan keharmonian dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum di negeri ini,” katanya pada majlis pelancaran Pesta Regatta Lepa ke-6 yang disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri Tun Ahmadshah Abdullah kelmarin. Musa berkata Sabah bukan sahaja dianugerahkan kekayaan hidupan marin, flora dan fauna serta keunikan alam semulajadi yang bertaraf dunia, tetapi juga kepelbagaian budaya dan warisan dengan keharmonian dan perpaduan lebih 32 etnik menjadikan negeri di bawah bayu ini bumi yang bertuah. Rakyat, katanya perlu menunjukkan kepada dunia bahawa dalam mengejar kemajuan, adat dan budaya tetap dipertahankan. “Dalam kita rancak membangunkan prasarana pelancongan, kita tetap komited mengekalkan keindahan alam semulajadi dan memelihara kekayaan khazanah biodiversiti,” kata Musa. Musa juga meminta rakyat khususnya penduduk Semporna terus gigih menghasilkan produk-produk tempatan yang berkualiti, kreatif dan dilengkapi pakej yang menarik sebagai tarikan utama pelancongan. Katanya selain mempromosi keindahan seni kreatif tempatan, pelancongan juga merupakan platform terbaik untuk menambah pendapatan dan meningkatkan taraf sosio-ekonomi penduduk. Turut hadir isteri Yang Dipertua Negeri Sabah Toh Puan Hajjah Dayang Masuyah Awang Japar,Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Patinggi Abang Muhammad Salahuddin dan Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Senator Heng Seai Kei. YB. Kolonel Kehormat Tn. Hj. Salleh Hj. Kalbi, Ahli Parlimen P188 Silam merangkap Duta Keamanan UPF.Beliau berkata;Program ini mampu mengangkat nama 1Malaysia di mata dunia khususnya kedatangan pelancong-pelancong ke negara kita.

REGATTA LEPA SABAH,SEMPORNA: PATIPUNAN(berkumpul) 1MALAYSIA 1DUNIA

April 19, 2009

Tarikh 17,18 dan 19hb April 2009 merupakan hari-hari yang penuh bersejarah dalam kalendar Regatta Lepa Peringkat Negeri Sabah di daerah Semporna sungguh meriah dengan kehadiran rakyat 1Malaysia dan 1dunia. Pelbagai acara dan program diadakan antaranya Lepa-Lepa Semporna yang mendapat perhatian rakyat 1Malaysia pelancong 1Dunia.

Lepa Malam dihias lampu-lampu memantul ke air laut.

Lepa Malam dihias lampu-lampu memantul ke air laut.Lepa berlabuh di dataran Pulau Bajau Sambulayang,Tipas-Tipas maka Tajjuk ma Lepa

 

pakaian tradisional Bajau Semporna

pakaian tradisional Bajau SempornaTradisional Memartabatkan 1Malaysia di 1Dunia

kawasan Pesta Lepa di Pulau bajau

kawasan Pesta Lepa di Pulau bajau

p41805191
p41805361
p41805591
p4180539p4180538
p4180542
p4180544p4180551
p4180566
p4180565
p4180567p4180563
p4180564
p4180555p4180556p4180557p4180515
p4180516p4180553p4180549p4180547p4180520
p4170503

8 Nilai-nilai 1 Malaysia – Bahagian 4: Penerimaan

April 19, 2009

Ucapan dari blog 1malaysia, Perdana Menteri Malaysia

8 Nilai-nilai 1 Malaysia – Bahagian 4: Penerimaan Thursday, 16 April 2009 Saya ingin memperkenalkan nilai utama 1 Malaysia yang seterusnya, iaitu Penerimaan. Anda boleh menyaksikan video di sini, atau baca terjemahan transkrip di bawah. PENERIMAAN Tentang kepentingan penerimaan berbanding toleransi Saya rasa terdapat perbezaan yang agak ketara di antara keduanya (toleransi dan penerimaan). Apabila anda menyebut toleransi, anda tidak berapa sukakannya, tetapi tetap menerimanya kerana anda tiada pilihan. Tetapi jika anda bercakap dari segi penerimaan, ia memperlihatkan keadaan pemikiran bahawa anda menerima sepenuhnya sesuatu itu secara positif. Pada saya adalah penting bagi kita untuk beralih dari konsep toleransi semata-mata ini kepada penerimaan. Penerimaan dari segi anda bersedia untuk menerima sebarang perkara. Jika anda sanggup menerima sebarang perkara, anda mengambil perkara tersebut dengan kerelaan, maka saya rasa kapasiti anda untuk melihat kepada semua perkara secara lebih positif adalah lebih baik berbanding toleransi semata-mata. Pada saya itu adalah penting kerana selepas itu anda tidak lagi merasa terbeban dan anda tidak dipengaruhi oleh sebarang tanggapan melulu yang negatif dan mahu pula melihat kepada kemampuan terbaik yang boleh diberikan oleh seseorang itu. Inilah yang kita perlukan untuk Malaysia. Kita perlu mendapatkan yang terbaik daripada bangsa Melayu, terbaik daripada bangsa Cina, bangsa India, semua kaum lain dan mengadun semua ini agar secara terkumpulnya kita akan menjadi jauh lebih besar berbanding bilangan kelompok kaum secara individu. Tentang peranan kerajaan dalam memupuk penerimaan Saya rasa kita perlu memulakan polisi yang kelihatan adil dan dilaksanakan dengan cara yang mencerminkan komitmen kita. Sebagai contoh, apabila kita bercakap tentang membantu mereka yang miskin, kita mesti membantu mereka yang miskin dalam semua golongan masyarakat. Dan pada saya golongan miskin dalam semua golongan masyarakat wajar dibantu. Maka semua program dan peruntukan kewangan kita wajib mencerminkan keperluan untuk mengatasi masalah golongan miskin merentasi semua lapisan etnik dan kaum.Itu adalah sebagai satu contoh polisi di peringkat tersebut. Terdapat juga pertimbangan lain, contohnya membangunkan bakat di Malaysia. Pada saya setiap rakyat Malaysia sepatutnya berupaya untuk memenuhi sepenuhnya dari segi pembangunan diri mereka tanpa mengira jantina. Sistem sedia ada kita, sistem pendidikan, biasiswa, bantuan kewangan, semua peluang tersebut hendaklah mencerminkan semua ini, bahawa tidak terdapat sebarang had. Had tidak ditentukan kerana latar belakang etnik anda. Had ditentukan adalah kerana keupayaan peribadi anda sendiri.