Archive for 21 April 2009

‘Usah utamakan protokol jumpa rakyat’

April 21, 2009

JOHOR BAHRU: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menasihatkan semua pemimpin Barisan Nasional (BN) supaya tidak terlalu mengutamakan protokol serta majlis sambutan besar-besaran ketika turun bertemu dengan rakyat.

“BN mesti berani berubah dan melihat persekitaran politik pada masa kini, kita janganlah datang dengan bunga manggar, kompang dan sebagainya, ketika hendak bertemu rakyat.

“Lebih elok, kita bersama-sama dengan rakyat dan berdamping dengan mereka tanpa sebarang protokol, ia lebih mesra rakyat,” katanya pada Majlis Makan Malam Bersama Pemimpin Komponen BN Johor, malam tadi.