Assalamualaikum dan salam Sejahtera
Saya bersyukur kehadrat Allah SWT selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW,para sahabat dan kaum muslimin dan muslimat.Sebagai manusia biasa yang menjadi khalifah dimuka bumi suci ini, kita perlu muhasabah kendiri,taat perintah dan ukhwah antara sesama manusia tanpa mengira warna kulit hitam putih,bekerja,bekerja,bekerja demi kemaslahatan manusia dimuka bumi ini.
Kawasan Parlimen Silam meliputi Tungku,Lahad Datu dan Kunak mempunyai daftar pemilih seramai lebih kurang 43 ribu orang.P188 Silam merupakan pengundi yang paling ramai dikawasan luar bandar.Kawasan saya amat kaya dengan rahmat Allah SWT.Kawasan Silam merupakan penempatan awal manusia. Ini dapat dibuktikan dengan kedatangan Islam yang bermula disini.Kita yang tinggal dikawasan silam ini amat bertuah dan perlu memelihara kekayaan silam yang dianugerahkan Allah SWT.
Ybhg Salim Bacho pernah berkata kepada saya banyak cakap banyak salah,kurang bercakap kurang silap dan tidak bercakap tiada salah.Sebagai generasi masakini perlu mengkaji dan merenung semula agar nilai murni dan budaya dkkekalkan.
365 hari genap setahun pejabat perkhidmatan P188 Silam beroperasi dengan jayanya.1silam.1unity1love akan dapat mengeratkan silaturrahim dan perpaduan kelak.Terima kasih.
YANG BERHORMAT KELONOL KEHORMAT TUAN HJ. SALLEH HJ. KALBI
AHLI PARLIMEN P188 SILAM
DUTA KEAMANAN PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU