Archive for 26 April 2009

PELAJAR TERBILANG: USAHA DAN YAKIN CEMERLANG

April 26, 2009

Assalamualaikum Dan Salam sejahtera

p4220108

Saya ingin mengucapkan sejuta kalung penghargaan dan terima kasih kepada ke tiga-tiga sekolah menangah kebangsaan yang telah berjaya menganjurkan program ini yang menjadi teras dalam pembentukan sahsiah dan pembangunan modal insan. Tindakan kerajaan mengadakan program ini akan dapat mempertajamkan minda kita bagi mengenalpasti masalah dan diatasi dengan kadar segera.

Kita amat berbangga tinggal di negara yang mempunyai penduduk pelbagai suku kaum,ethnik dan agama.Keunikan ini menyebabkan dunia memandang negara kita sebagai sebuah negara destinasi pelancongan bertaraf antarabngsa.

Kejayaan yang cemerlang merupakan satu hadiah kepada kendiri kita untuk menggapai kejayaan di masa akan datang.Marilah kita berazam agar peranan guru yang mendidik anak-anak merupakan sati tanggungjawab yang harus dipikul bagi membentuk kanak-kanak yang proaktif dan dinamik.

p4220141p4220048p4220076p4220031p4220043p4220156p4220103

8 Nilai-nilai 1Malaysia – Bahagian 6: Meritokrasi

April 26, 2009

 

Sepertimana yang diterangkan dalam nilai-nilai 1Malaysia yang telah saya perkenalkan sebelum ini, Meritokrasi harus difahami dan dibentuk mengikut faktor-faktor sosial dan ekonomi di Malaysia. Untuk mendalami nilai ini, klik di sini untuk video pandangan saya mengenai Meritokrasi atau baca terjemahan transkrip di bawah.

MERITOKRASI

Pada dasarnya semua orang tahu makna perkataan ini dan prinsip meritrokrasi, tetapi ia tidak boleh dilaksanakan dalam erti kata yang sebenar kerana ada masanya anda perlu mempertimbangkan faktor-faktor tertentu yang lain. Contohnya, mereka yang kekurangan, atau masyarakat yang tinggal di kawasan pedalaman, estet-estet dan perkampungan baru yang berada di luar arus perdana masyarakat yang lebih dinamik. Sudah tentunya mereka ini memerlukan pertimbangan khas. Namun pada dasarnya, meritrokrasi bukan saja satu prinsip yang mulia, tetapi satu prinsip yang diperlukan untuk memacu Malaysia ke arah kejayaan yang lebih hebat. Sejak awal lagi saya telah membincangkan tentang budaya kecemerlangan dan satu daripada prinsip budaya kecemerlangan adalah prinsip meritrokrasi. Jika anda memberikan penghargaan berasaskan kerana mereka adalah terbaik, sama ada orang yang terbaik untuk tugasan tersebut atau syarikat terbaik untuk mendapatkan kontrak, maka semua pihak akan menyedari bahawa mereka perlu berada di tahap tersebut. Mereka perlu memberikan yang terbaik. Pada saya setelah menyedari bahawa mereka perlu memberikan yang terbaik, maka semua itu akan menyerlahkan yang terbaik daripada semua orang. Maka itu kita tidak mahu Malaysia tidak memberikan sebaik mungkin sebagai sebuah negara. Melihat kepada Malaysia, menggunakan terma sukan tinju, saya mahu melepaskan tumbukan melebihi had kategori berat badannya. Jika anda menggunakan budaya kecemerlangan dan prinsip meritrokrasi ini, pada saya ia akan menjadi adunan yang diperlukan untuk kita memaksimakan potensi Malaysia.

Tentang langkah kerajaan ke arah meningkatkan meritrokrasi

Ia memang bermakna bahawa kepelbagaian aspek perkhidmatan kerajaan dan masyarakat secara keseluruhannya sewajarnya dibentuk berdasarkan meritrokrasi. Sebagai contoh, pemerolehan kerajaan. Sewajarnya kita memperkenalkan satu polisi yang memastikan persaingan pembidaan kerana melalui persaingan pembidaan, peluang kita memilih syarikat terbaik untuk tugasan tersebut pada harga terendah dan pada masa yang sama mempunyai kemahiran yang diperakui adalah lebih besar berbanding pemilihan berasaskan tender perundingan, contohnya. Prinsip penswastaan sekali pun, sebahagian daripada permasalahan yang dihadapi tentang asas pengswastaan di masa lalu, ketika kita terlalu kurangnya pengetahuan tentang bagaimana untuk melaksanakan pengswastaan, pada permulaannya kita telah menggunakan prinsip siapa dulu dia dapat. Makanya jika anda mempunyai gagasan anda akan diberi peluang tersebut. Tetapi kenyataannya, memandang kebelakang adalah lebih baik untuk kita mengenal pasti perkhidmatan atau lapangan tertentu yang kita hendak swastakan dan membukanya untuk pembidaan. Seterusnya cadangan terbaik boleh dipertimbangkan oleh kerajaan. Jelaslah terdapat contoh-contoh khusus tentang bagaimana meritrokrasi boleh digunakan.

 

HOMESTY: KAMPUNG MENARIK DAN MENGUNTUNGKAN 1SILAM

April 26, 2009

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah syukur kehadrat Allah SWT yang maha kaya lagi maha mengetahui,selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW,para sahabat,kaum muslimin dan muslimat.

Sebelum saya meneruskan ucapan saya ingin memohon maaf kepada kaum muslimin dan muslimat,sepatutnya program ini diadakan pada 24 April 2009.Oleh sebab jemputan daripada Ketua Menteri Sabah bagi meraihkan kemenangan Majlis Tertinggi maka saya telah berbincang agar tarikh ini ditunda pada malam ini.

p4250357p4250306p4250388p4250390p4250416p4250269p4250293p4250296

Masjid atau Surau merupakan tempat ibadah yang diamalkan oleh umat Islam sedunia.Masjid memainkan peranan dalam pengembangan ajaran Islam dan pusat ilmu dan dakwah.Namun berbeza dengan apa yang berlaku hari ini,masjid hanya digunakan untuk sembahyang sahaja,sepatutnya diperluaskan fungsi sebagai pusat ilmu,aktiviti-aktiviti seperti dilaksanakan dikampung ini pertandingan Azan,Hafazan surah Al-Fatihah dan lain-lain lagi.Saya ucap Syabas dan tahniah kepada kampung ini yang komited menyemarahkan masjid atau surau demi melahirkan generasi yang cintai perpaduan,muafakat,bersatupadu dan amalan gotong royong.

Saya berbangga kerana terdapat anak kita dari kawasan Tungku yang akan bertolak ke Beijing untuk melanjutkan pelajaran.Ini merupakan satu kebanggan kita bersama.Marilah kita sama-sama mempastikan agar pendidikan sempurna dikalangan anak-anak tercapai dengan cemerlang supaya generasi masa akan datang dapat merobah dan berubah demi keagungan dan kesucian agama Islam yang melihat umatnya cemerlang dalam hidup dan wujud satu kampung yang bersih,bergotong-royong dan bersatuadu dalam merencana keterbilangan rakyat.Kampung ini juga mempunyai potensi luas dalam industri pelancongan yang berasaskan homesty.Amalan hormat-menghormati antar satu dengan lain masih kukuh dan kuat berpegang dengan tradisi kampung.

Saya berdoa semoga kampung ini menjadi contoh sehingga boleh membawa pelancong menginap dirumah-rumah tradisi kita dan ini adalah peluang penjanaan ekonomi dalam keluarga malahan kepada Parlimen Silam,Sabah dan negara kita.

 

YANG BERHORMAT KOLONEL KEHORMAT TUAN HAJI SALLEH BIN HAJI KALBI

AHLI PARLIMEN P188 SILAM

DUTA KEAMANAN PBB