HOMESTY: KAMPUNG MENARIK DAN MENGUNTUNGKAN 1SILAM

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah syukur kehadrat Allah SWT yang maha kaya lagi maha mengetahui,selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW,para sahabat,kaum muslimin dan muslimat.

Sebelum saya meneruskan ucapan saya ingin memohon maaf kepada kaum muslimin dan muslimat,sepatutnya program ini diadakan pada 24 April 2009.Oleh sebab jemputan daripada Ketua Menteri Sabah bagi meraihkan kemenangan Majlis Tertinggi maka saya telah berbincang agar tarikh ini ditunda pada malam ini.

p4250357p4250306p4250388p4250390p4250416p4250269p4250293p4250296

Masjid atau Surau merupakan tempat ibadah yang diamalkan oleh umat Islam sedunia.Masjid memainkan peranan dalam pengembangan ajaran Islam dan pusat ilmu dan dakwah.Namun berbeza dengan apa yang berlaku hari ini,masjid hanya digunakan untuk sembahyang sahaja,sepatutnya diperluaskan fungsi sebagai pusat ilmu,aktiviti-aktiviti seperti dilaksanakan dikampung ini pertandingan Azan,Hafazan surah Al-Fatihah dan lain-lain lagi.Saya ucap Syabas dan tahniah kepada kampung ini yang komited menyemarahkan masjid atau surau demi melahirkan generasi yang cintai perpaduan,muafakat,bersatupadu dan amalan gotong royong.

Saya berbangga kerana terdapat anak kita dari kawasan Tungku yang akan bertolak ke Beijing untuk melanjutkan pelajaran.Ini merupakan satu kebanggan kita bersama.Marilah kita sama-sama mempastikan agar pendidikan sempurna dikalangan anak-anak tercapai dengan cemerlang supaya generasi masa akan datang dapat merobah dan berubah demi keagungan dan kesucian agama Islam yang melihat umatnya cemerlang dalam hidup dan wujud satu kampung yang bersih,bergotong-royong dan bersatuadu dalam merencana keterbilangan rakyat.Kampung ini juga mempunyai potensi luas dalam industri pelancongan yang berasaskan homesty.Amalan hormat-menghormati antar satu dengan lain masih kukuh dan kuat berpegang dengan tradisi kampung.

Saya berdoa semoga kampung ini menjadi contoh sehingga boleh membawa pelancong menginap dirumah-rumah tradisi kita dan ini adalah peluang penjanaan ekonomi dalam keluarga malahan kepada Parlimen Silam,Sabah dan negara kita.

 

YANG BERHORMAT KOLONEL KEHORMAT TUAN HAJI SALLEH BIN HAJI KALBI

AHLI PARLIMEN P188 SILAM

DUTA KEAMANAN PBB

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: