Archive for 29 April 2009

TRANSFORMASI 1SILAM:MISI DAN VISI 2009-2034 [ GO-Q2-STORM-UP7 ]

April 29, 2009

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

MISI DAN VISI

GO – Q2 – STORM – UP7

G – GEMILANG

O- OPERASI

Q-GUALITI DAN KUANTITI

 

S-STRATEGI

T-TERBILANG

O-OREINTASI

R-RANGSANGAN

M-MINDA

U-UNTUNG

P1-PERPADUAN

P2-PENDIDIKAN

P3-PERHUBUNGAN

P4-PEREKONOMIAN

P5-PELANCONGAN

P6-PEMODENAN

P7-PERBANDARAN

Misi dan Visi yang saya perkenalkan khususnya dalam membangunkan modal insan ke arah keterbilangan sebagai 1bangsa yang berdaya saing,proaktif,optimistik,dinamik,kreatif dan berinovatif. Saya merancang,menelaah,berfikir dan melihat jauh kehadapan apakah perubahan-perubahan yang telah saya bawa,kecapi,warnai dan ole- ole untuk rakyatku yang inginkan perubahan dan inginkan kendiri mereka diberi suntikan paradigma dalam mengharungi kehidupan yang lebih mencabar ini.

p4250014p3220093gambar-yb-1p7130369

Saya telah di pilih dan di pinjamkan amanah untuk rakyatku di dahulukan dalam pembangunan melibatkan kampung-kampung,kemudahan asas masjid,dewan,padang,bekalan elektrik,air,jalan raya berturap mahupun gravel,kemudahan boat dan enjin bagi persediaan banjir,mesin jahit dan pengisar bagi kegunaan wanita sebagai nadi kejayaan sesebuah keluarga dan institusi,melawat kampung-kampung dengan mengenalpasti masalah rakyatku untuk dimasukan dalam rekod perancangan dan pembangunan Parlimen Silam.

Sepanjang 1tahun berkhidmat sebagai wakil rakyat Parlimen Silam saya telah masuk dari sebuah kampung ke sebuah kampung bagi melihat sendiri masalah rakyatku yang sememangnya masih ada lagi dalam kelompok miskin tegar dan miskin sehingga untuk makan pagi kais pagi makan petang kais petang dan lebih memeritkan mata memandang masih terdapat sekumpulan kecil masyarakat masih dibelenggu kemiskinan sehingga makan tengahari hanya berlauk kelapa tua.Saya mesti membuat perubahan dengan menyenaraikan penama ini dalam kalendar projek rumah PPRT.Alhamdullillah setelah hampir sebulan 2 akhirnya rakyatku telah menerima rumah PPRT dan saya gembira kerana mereka dapat hidup dengan aman,selesa dan bahagia dengan pembinaan rumah ini kelak kehidupan mereka akan bertambah baik.Pemberian PPRT kepada masyarakat Cina adalah kerana mereka rakyatku warganegara Malaysia layak diberi bantuan sama seperti sukukaum yang lain.Jangan ada di antara kita merasa tersisih dalam arus pembangunan dikawasan yang saya jaga.Saya bercita-cita untuk memperkayakan rakyatku dengan pelbagai pembangunan samada pembangunan di kawasan Laut,udara mahupun darat.Perjuangan harus diteruskan bagi pembelaan dan pembangunan modal insan terbilang 1silam,1unity 1love.

8 Nilai 1Malaysia – Bahagian 7: Pendidikan

April 29, 2009
copy dari 1malaysia

 

Visi saya tentang 1Malaysia termasuk juga tentang negara yang rakyatnya telah mengayakan kehidupan mereka melalui usaha mendapatkan dan menggunakan pengetahuan secara positif. Proses pendidikan seumur hidup yang dilakukan di dalam dan luar bilik darjah akan membentuk rakyat Malaysia yang berupaya berfikir dan bertindak tanpa terlalu mementingkan diri sendiri, malah lebih mementingkan masyarakat setempat mereka.

Klik di sini untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang pandangan saya terhadap Pendidikan sebagai satu nilai 1Malaysia. Anda juga boleh membaca transkrip di bawah.

PENDIDIKAN

Pendidikan dan pengetahuan adalah prasyarat penting untuk mana-mana negara mencapai kejayaan dan disepanjang sejarah kita telah melihat hanya empayar yang berteraskan akal yang terus wujud, khususnya dalam konteks semasa. Sebuah empayar yang terbina daripada kekuatan tentera tidak bertahan dan tidak mampu bertahan. Maka apabila anda bercakap tentang pendidikan dan pengetahuan, ia mesti dilihat dalam konteks holistik. Ia juga mesti disepadukan dengan nilai. Anda mesti memiliki masyarakat yang menempatkan pendidikan dan pengetahuan di mercu segala yang lain. Bukan saja kerajaan, tetapi juga masyarakat sebagai satu nilai. Sebagai contoh, budaya membaca. Jika anda hanya berharap kepada buku teks formal, anda tidak akan menimba ilmu sebagaimana sepatutnya. Tetapi jika diri anda berbudaya membaca, tabiat membaca ini sama ada melalui buku atau pun internet, maka anda akan berupaya membuka minda masyarakat Malaysia. Dan saya ingin melihat minda rakyat Malaysia berterusan terbuka.

Kita dikekang oleh kenyataan bahawa kita mempunyai aliran (pendidikan) yang berbeza di dalm negara. Kita tidak mempunyai aliran tunggal dan dengan demikian, kita tidak mempunyai aliran kebangsaan. Sedangkan aliran kebangsaan sendiri telah ditakrifkan semula untruk memasukkan sekolah vernakular. Ia menjadi kedua-duanya kekuatan dan masaalah dan cabaran kepada kita kerana kita tidak berpeluang untuk membolehkan rakyat Malaysia membesar bersama melalui satu saluran pendidikan dari segi fizikalnya, sebaliknya mereka akan diasingkan. 95 peratus daripada bangsa China akan memasuki sekolah China dan 97 peratus daripada bangsa Melayu akan memasuki sekolah kebangsaan. Maka kita akan kehilangan peluang. Namun apa yang boleh kita lakukan ialah memastikan terdapatnya peluang untuk kita berinteraksi dengan melihat kepada kurikulum dan menekankan kepada nilai bersama, agar walau pun kita terpisah secara fizikalnya, tetapi jika dipenuhi dengan nilai sistem yang serupa, pada satu peringkat masa diharap kita akan bertemu pada satu titik persamaan. Apabila kita bertemu dalam erti kata fizikalnya, kita akan berupaya untuk menghargai satu sama lain dengan lebih baik lagi.