Archive for April 2009

PEMBANGUNAN: PENCAPAIAN DI UTAMAKAN

April 20, 2009

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Pembangunan Modal Insan sebagai satu anjakan minda rakyat 1Malaysia adalah penting bagi merobah dan melihat perubahan yang lebih besar. Usaha ini mampu mengangkat ketahap tetingkat yang proaktif dan aktif bagi melahirkan pelapis-pelapis yang profesional,intelektual,doktor dan lain-lain lagi.

 

dscn4505dscn4624program-yb-kunak-171dscn4859

Kerajaan Malaysia juga telah meletakkan keutamaan kepada aspek pembangunan modal insan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (2006-2010) dengan menyediakan peruntukan yang agak besar bagi menjayakannya. Di bawah rancangan pembangunan lima tahun itu, kerajaan Malaysia telah memperuntukkan sejumlah RM15,594 juta bagi membangunkan sektor perkhidmatan sosial dengan RM8,483 juta daripadanya dikhususkan bagi tujuan membangunkan sektor pendidikan dan latihan.

Di bawah program pembangunan modal insan tersebut kerajaan Malaysia telah menggariskan beberapa tindakan yang cuba dijadikan teras bagi perlaksanaan program berkenaan.

Tindakan-tindakan yang dimaksudkan terdiri daripada berikut;

* Melaksanakan penambahbaikan terhadap sistem penyampaian pendidikan dan latihan supaya ianya berkualiti dan releven dengan keperluan semasa;

* Memperkasakan sekolah kebangsaan sebagai sekolah pilihan utama rakyat Malaysia yang berbilang kaum bagi meningkatkan perpaduan negara;

* Melaksana langkah bagi merapatkan jurang prestasi antara sekolah luar bandar dan bandar, termasuk mempertingkatkan kualiti pengajaran, prasarana dan kemudahan serta menempatkan guru berpengalaman di sekolah luar bandar;

* Membangunkan universiti bertaraf antarabangsa dan memastikan pendidikan dan latihan di peringkat tertiari memenuhi keperluan pasaran;

* Menyediakan lebih banyak peluang dan akses kepada pendidikan latihan dan pembelajaran sepanjang hayat yang berkualiti di semua peringkat;

* Membangunkan masyarakat inovatif dan kreatif, yang mempunyai pengetahuan dan keupayaan sains dan teknologi yang kukuh serta memiliki kemampuan memperoleh dan menggunakan pengetahuan;

* Memperkukuhkan perpaduan nasional dan membangunkan masyarakat yang mempunyai perspektif progresif, budaya prestasi tinggi, sistem nilai-nilai murni serta menghargai tradisi dan warisan; dan

* Memperluaskan dan memperkemaskan forum perbincangan dan perundingan antara kerajaan, sektor swasta, ibu bapa dan masyarakat dalam pembangunan modal insan.

Bagi menjayakan program pembangunan modal insan tersebut, kerajaan Malaysia telah menetapkan beberapa aspek yang akan diberikan tumpuan.

Aspek-aspek berkenaan terdiri daripada;

* Pendidikan – meliputi dua perancangan iaitu, pertama, melaksanakan Pelan Induk Pembangunan Pelajaran, 2006-2010 untuk merealisasikan satu sistem pendidikan yang holistik, progresif dan bertaraf dunia; dan kedua, melaksanakan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara bertujuan menetapkan matlamat untuk meningkatkan kualiti pelajar, keupayaan pensyarah, infrastruktur institusi pengajian tinggi dan membina rangkaian dengan institusi-institusi pendidikan tinggi ternama dunia.

* Ekonomi – meliputi beberapa perancangan seperti melancarkan Wilayah Pembangunan Ekonomi Iskandar (WPI) sebagai sebuah kawasan untuk menjana pertumbuhan ekonomi, mewujudkan Wilayah Ekonomi Koridor Utara dan Wilayah Ekonomi Koridor Timur (kedua-duanya sebagai kawasan yang berupaya membentuk modal insan dan pertumbuhan ekonomi yang baik), dan melaksanakan Program Transformasi Syarikat-syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC).

* Sains, teknologi dan inovasi – meliputi dua penekanan iaitu pertama kepada usaha bagi membangunkan institusi latihan yang berupaya melahirkan tenaga kerja berpengetahuan khususnya dalam bidang teknologi maklumat, dan kedua, mewujudkan program yang mampu meningkatkan kemahiran penyelidikan.

* Politik – bermatlamat untuk melahirkan barisan pemimpin Melayu yang berketrampilan, dikagumi, dihormati dan dipercayai.

* Perkhidmatan – bermatlamat untuk menyediakan satu perkhidmatan awam kelas pertama menerusi Komitmen Perkhidmatan Awam Malaysia 2008. Sehubungan ini, kerajaan juga telah menubuhkan Institut Integriti Nasional bertujuan membina upaya modal insan untuk membenteras rasuah di samping menubuhkan Pasukan Petugas Pemudah Cara Kerajaan (Permudah) bagi meningkatkan kecekapan system penyampaian oleh jentera kerajaan.

* Kerohanian – melaksanakan program Islam Hadhari bertujuan mengutamakan aspek ketamadunan umat seimbang atau apa yang dikatakan ‘ummatan wasatan’.

Datuk Hishamuddin Hussein dalam ucapannya ketika merasmikan Konvensyen Nasional Kedua, Pelan Induk Pendidikan Negara pada pertengahan november lalu ada mengatakan bahawa Malaysia tidak boleh lagi bergantung kepada sumber asli dan bahan mentah dalam usaha untuk mencapai status negara maju, sebaliknya perlu meningkatkan keupayaan modal insan menerusi pelaksanaan sistem pendidikan berkualiti serta bertaraf dunia. Menurut beliau juga, negara maju kini bergantung kepada aset modal insan yang cemerlang yang lahir dari sistem pendidikan yang baik, berkesan dan bertaraf dunia, bukannya sumber asli atau bahan mentah.

Sehubungan dengan perbicaraan menyentuh aspek modal insan ini juga, teringat saya akan kata-kata Datuk Seri Najib ketika menyampaikan ucapannya di Perhimpunan Pemuda dan Wanita UMNO beberapa tahun lalu di mana beliau antara lain, mengutarakan pandangan bahawa perubahan zaman telah menukarkan penekanan terhadap faktor modal tanah, bangunan dan wang kepada faktor yang lebih utama iaitu modal insan. Kita, menurut beliau, ingin membina generasi yang disebut Allah SWT dalam Al-Quran surah Al-Maidah ayat 100, sebagai ‘Ulul Al-Bab’ iaitu generasi yang mempunyai pemikiran bernas, menggunakan akal fikiran, cerdik dan bijaksana untuk membina kehidupan.

Generasi ini, menurut beliau lagi, adalah insan yang terampil dengan pekerti dan akhlak mulia, lengkap dengan ilmu dan kefahaman agama malah dalam masa yang sama, mahir dalam pelbagai bidang. Mereka adalah graduan pelbagai jurusan – doktor pakar, akauntan bertauliah, pentadbir profesional, jurutera, arkitek, peguam dan usahawan tulen, sedang jiwa dan pekerti mereka sentiasa dipenuhi dengan keimanan dan ketakwaan, kata Datuk Najib lagi.

Perdana Menteri lawat Johor

April 20, 2009

najib-video

JOHOR BAHRU: Lawatan rasmi pertama Datuk Seri Najib Razak ke negeri ini, selepas memegang jawatan Perdana Menteri bulan lalu, menyaksikan seramai 2,000 orang akan menyambut beliau bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor di Lapangan Terbang Sultan Ismail (LTSI), Senai, hari ini. Najib dan isteri akan turut diiringi Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Ketua Umno Bahagian Pagoh mempunyai jadual kerja padat sejurus tiba di LTSI, kira-kira jam 9 pagi. Setiausaha Umno negeri, Datuk Ali Hassan, berkata walaupun ramai yang bekerja pada hari ini, berdasarkan maklum balas diterima daripada 26 Umno bahagian di negeri ini, ramai yang menyatakan persetujuan untuk menyambut rombongan Perdana Menteri. “Najib bukan asing di kalangan rakyat Johor kerana beliau adalah sebahagian anak Johor, disebabkan ibunya, Toh Puan Rahah Mohd Noah adalah anak kelahiran Johor sehingga berkahwin dengan Tun Abdul Razak Hussein. “Justeru, Umno negeri amat berbangga kerana beliau menjadikan Johor, negeri pertama yang dilawatinya sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno selain status Johor sebagai kubu kuat Umno parti serta Barisan Nasional,” katanya ketika dihubungi Berita Harian di sini, semalam. Sumber : Berita Harian

REGATTA LEPA KUKUHKAN PERPADUAN?

April 19, 2009

Written by Admin Sunday, 19 April 2009 18:33 SEMPORNA: Acara tahunan Regatta Lepa telah membuktikan berjaya mengukuhkan semangat kekitaan, setiakawan, perpaduan dan keharmonian masyarakat pelbagai kaum di negeri ini menerusi toleransi dan menghormati budaya masing-masing, kata Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman. “Perayaan Regatta Lepa bukan sahaja menjadi platform untuk kita mengenengahkan kebudayaan tradisi masyarakat Bajau Semporna yang unik. Ia juga pemangkin pengukuhan perpaduan dan keharmonian dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum di negeri ini,” katanya pada majlis pelancaran Pesta Regatta Lepa ke-6 yang disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri Tun Ahmadshah Abdullah kelmarin. Musa berkata Sabah bukan sahaja dianugerahkan kekayaan hidupan marin, flora dan fauna serta keunikan alam semulajadi yang bertaraf dunia, tetapi juga kepelbagaian budaya dan warisan dengan keharmonian dan perpaduan lebih 32 etnik menjadikan negeri di bawah bayu ini bumi yang bertuah. Rakyat, katanya perlu menunjukkan kepada dunia bahawa dalam mengejar kemajuan, adat dan budaya tetap dipertahankan. “Dalam kita rancak membangunkan prasarana pelancongan, kita tetap komited mengekalkan keindahan alam semulajadi dan memelihara kekayaan khazanah biodiversiti,” kata Musa. Musa juga meminta rakyat khususnya penduduk Semporna terus gigih menghasilkan produk-produk tempatan yang berkualiti, kreatif dan dilengkapi pakej yang menarik sebagai tarikan utama pelancongan. Katanya selain mempromosi keindahan seni kreatif tempatan, pelancongan juga merupakan platform terbaik untuk menambah pendapatan dan meningkatkan taraf sosio-ekonomi penduduk. Turut hadir isteri Yang Dipertua Negeri Sabah Toh Puan Hajjah Dayang Masuyah Awang Japar,Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Patinggi Abang Muhammad Salahuddin dan Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Senator Heng Seai Kei. YB. Kolonel Kehormat Tn. Hj. Salleh Hj. Kalbi, Ahli Parlimen P188 Silam merangkap Duta Keamanan UPF.Beliau berkata;Program ini mampu mengangkat nama 1Malaysia di mata dunia khususnya kedatangan pelancong-pelancong ke negara kita.

REGATTA LEPA SABAH,SEMPORNA: PATIPUNAN(berkumpul) 1MALAYSIA 1DUNIA

April 19, 2009

Tarikh 17,18 dan 19hb April 2009 merupakan hari-hari yang penuh bersejarah dalam kalendar Regatta Lepa Peringkat Negeri Sabah di daerah Semporna sungguh meriah dengan kehadiran rakyat 1Malaysia dan 1dunia. Pelbagai acara dan program diadakan antaranya Lepa-Lepa Semporna yang mendapat perhatian rakyat 1Malaysia pelancong 1Dunia.

Lepa Malam dihias lampu-lampu memantul ke air laut.

Lepa Malam dihias lampu-lampu memantul ke air laut.Lepa berlabuh di dataran Pulau Bajau Sambulayang,Tipas-Tipas maka Tajjuk ma Lepa

 

pakaian tradisional Bajau Semporna

pakaian tradisional Bajau SempornaTradisional Memartabatkan 1Malaysia di 1Dunia

kawasan Pesta Lepa di Pulau bajau

kawasan Pesta Lepa di Pulau bajau

p41805191
p41805361
p41805591
p4180539p4180538
p4180542
p4180544p4180551
p4180566
p4180565
p4180567p4180563
p4180564
p4180555p4180556p4180557p4180515
p4180516p4180553p4180549p4180547p4180520
p4170503

8 Nilai-nilai 1 Malaysia – Bahagian 4: Penerimaan

April 19, 2009

Ucapan dari blog 1malaysia, Perdana Menteri Malaysia

8 Nilai-nilai 1 Malaysia – Bahagian 4: Penerimaan Thursday, 16 April 2009 Saya ingin memperkenalkan nilai utama 1 Malaysia yang seterusnya, iaitu Penerimaan. Anda boleh menyaksikan video di sini, atau baca terjemahan transkrip di bawah. PENERIMAAN Tentang kepentingan penerimaan berbanding toleransi Saya rasa terdapat perbezaan yang agak ketara di antara keduanya (toleransi dan penerimaan). Apabila anda menyebut toleransi, anda tidak berapa sukakannya, tetapi tetap menerimanya kerana anda tiada pilihan. Tetapi jika anda bercakap dari segi penerimaan, ia memperlihatkan keadaan pemikiran bahawa anda menerima sepenuhnya sesuatu itu secara positif. Pada saya adalah penting bagi kita untuk beralih dari konsep toleransi semata-mata ini kepada penerimaan. Penerimaan dari segi anda bersedia untuk menerima sebarang perkara. Jika anda sanggup menerima sebarang perkara, anda mengambil perkara tersebut dengan kerelaan, maka saya rasa kapasiti anda untuk melihat kepada semua perkara secara lebih positif adalah lebih baik berbanding toleransi semata-mata. Pada saya itu adalah penting kerana selepas itu anda tidak lagi merasa terbeban dan anda tidak dipengaruhi oleh sebarang tanggapan melulu yang negatif dan mahu pula melihat kepada kemampuan terbaik yang boleh diberikan oleh seseorang itu. Inilah yang kita perlukan untuk Malaysia. Kita perlu mendapatkan yang terbaik daripada bangsa Melayu, terbaik daripada bangsa Cina, bangsa India, semua kaum lain dan mengadun semua ini agar secara terkumpulnya kita akan menjadi jauh lebih besar berbanding bilangan kelompok kaum secara individu. Tentang peranan kerajaan dalam memupuk penerimaan Saya rasa kita perlu memulakan polisi yang kelihatan adil dan dilaksanakan dengan cara yang mencerminkan komitmen kita. Sebagai contoh, apabila kita bercakap tentang membantu mereka yang miskin, kita mesti membantu mereka yang miskin dalam semua golongan masyarakat. Dan pada saya golongan miskin dalam semua golongan masyarakat wajar dibantu. Maka semua program dan peruntukan kewangan kita wajib mencerminkan keperluan untuk mengatasi masalah golongan miskin merentasi semua lapisan etnik dan kaum.Itu adalah sebagai satu contoh polisi di peringkat tersebut. Terdapat juga pertimbangan lain, contohnya membangunkan bakat di Malaysia. Pada saya setiap rakyat Malaysia sepatutnya berupaya untuk memenuhi sepenuhnya dari segi pembangunan diri mereka tanpa mengira jantina. Sistem sedia ada kita, sistem pendidikan, biasiswa, bantuan kewangan, semua peluang tersebut hendaklah mencerminkan semua ini, bahawa tidak terdapat sebarang had. Had tidak ditentukan kerana latar belakang etnik anda. Had ditentukan adalah kerana keupayaan peribadi anda sendiri.

REGATTA LEPA SABAH:JAWATANKUASA SIAPSIAGA BERKAMPUNG DI SEMPORNA

April 16, 2009
konvoi bermotor membawa tipas-tipas lepa

konvoi bermotor membawa tipas-tipas lepa

Assalamualaikum dan Salam sejahtera Saya melihat dan memerhatikan kehadiran jawatankuasa induk dan pelaksana sibuk berkampung dipadang pekan semporna bagi persiap praakhir.

p4160402p4160417

tapak pameran jabatan2
tapak pameran jabatan2

p4160436p4160453

 

 

 

 

 

 

Regatta tahun ini mungkin berlainan sedikit dengan tahun-tahun lepas.Tempat bagi acara pertandingan lepa di laut akan ditempatkan di belakang hotel Seafest bukan lagi di kawasan tapak tahun lalu kerana kawasan itu telah dibangunkan.

p4160448

kawasan lepa di pertandingkan
kawasan lepa di pertandingkan

p4160446p4160399p4160444

hotel di pulau bajau
hotel di pulau bajau

p4160445p4160410p4160435p4160485

sambulayang logo BN
sambulayang logo BN

p4160398p4150351p4160400p4160427

TRANSFORMASI FOTOGHRAPY ALBUM http://rakyatp188silam.wordpress.com

April 16, 2009

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Saya telah membuat Transformasi Fotoghrapy Album dalam blog saya seperti URL di atas.Saya ingin memperbanyakkan gambar-gambar yang mungkin di blog saya yang lain tidak tersiar.Bermula 2 hari lepas saya telah memuatkan gambar-gambar program saya yang dulu,kini dan terbaru.Kepada anda jangan lepaskan peluang melihat album saya.Anda juga akan saya siarkan dalam album ini jika anda terlibat dalam pelbagai program yang saya hadiri.layari :http://rakyatp188silam.wordpress.com berwajah baru selaras dengan transformasi blog saya.Sekian terima kasih.jom…….layari…

REGATTA LEPA SEMPORNA PERINGKAT NEGERI SABAH 09

April 15, 2009

“LEPA KE ARAH LONJAKAN INDUSTRI PELANCONGAN DAN SENI BUDAYA NEGARA”

Silam,Sabah.15/April/2009-Regatta Lepa Semporna merupakan acara tahunan bagi negeri Sabah. Program ini akan diadakan di daerah Semporna dan telah dimasukkan dalam kalendar Pelancongan Sabah sebagai satu lagi daya tarikan tradisi suku kaum Bajau.Kepada anda yang mungkin pernah,tidak pernah mengikuti acara ini mungkin anda tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan program ini khususnya dikawasan rakyat 1Malaysia yang sayang kepada tradisi budaya kita.

Saya bermula hari ini (Rabu,Khamis,Jumaat,Sabtu dan Ahad) akan memaparkan berita bergambar disemua sudut lokasi samada dari segi tarian budaya,nyanyian,konsert artis dari kl dan Sabah,acara pertandingan lepa dilaut,rumah tradisi,pemimpin tempatan,pelancong,masyarakat tempatan dan lain-lain lagi.

Hari ini saya melihat peserta yang terlibat dalam acara Regatta Lepa membuat persediaan pentas bagi memantapkan persembahan kelak.Kebiasannya program ini dihadiri oleh YAB Datuk Seri Panglima Musa Bin Aman Ketua Menteri Sabah,YB Datuk Mohd Shafie Apdal,ADUN-ADUN Sabah,Parlimen,VIP,masyarakat Malaysia dan pelancong yang kini semakin bertambah datang untuk menyaksikan acara tahunan Sabah ini.

p4150335p4150343p4150337p4150362p4150341p4150347p4150331

 

 

 

 

 

 

Setakat ini,persiapan dari segi kanopi,pentas,pa sistem,peralatan dari Kesenian Kebudayaan,persatuan petras,pelbagai sukukaum kini dalam persediaan pra akhir bagi membiasakan diri mereka ketika berada dipentas.Kepada anda yang masih mungkin berteka-teki jom saksikan Regatta Lepa.Berdasarkan tinjauan saya sekitar hotel didaerah Semporna,pengunjung yang dari jauh telahpun menempah hotel-hotel dikawasan ini sejak 15hb/Mac/2009 lagi.Ini bermakna pengunjung yang datang dari jauh samada dari semenanjung,sarawak,kawasan Kota Kinabalu malahan pelancong luar negara turut berkampung di kawasan hotel-hotel berhampiran hotel terapung dan Hotel dikawasan Pulau Bajau daerah Semporna.

p4150370p4150371p4150380p4150368p4150382p4150373p4150385p4150366p3200009p3200005

 

 

 

Keunikan tradisi sukukaum yang terdapat di negeri bawah bayu ini, merupakan satu lagi tarikan kepada industri pelancongan selain daripada pusat peranginan seperti Mabul,Sipadan,Gua Madai,Danum,Felda Sahabat 16,Teluk Dravel dan lain-lain lagi.Sebenarnya banyak lagi kawasan-kawasan di Sabah ini belum dikenali oleh pelancong-pelancong.Melalui cara ini secara realiti, Semporna telah dipilih sebagai Pusat Pelancaran Program Regatta Lepa Peringkat Negeri Sabah.

Kepada anda yang ingin mengetahui perkembangan Regatta Lepa Sabah ini,jangan lepaskan peluang mengikuti berita dari semasa ke semasa.Kepada anda yang ingin mengetahui dengan pantas jom sertakan dalam komen apakah yang ingin anda mahu lihat sempena program ini supaya saya dapat usahakan gambar-gambar menarik sebagai bahan berita yang lengkap. Terima kasih kepada anda yang aktif melayari blog ini.Kehadiran anda sebagai rakan perintis amat diharapkan.

Masalah disiplin pelajar perlu penyelesaian bersama: MP

April 14, 2009
Laporan Oleh Ibrahim Tabir
KUNAK : Ahli Parlimen (MP) Silam, Hj.Salleh Kalbi menyeru agar sebarang masalah disipilin dikalangan murid atau pelajar sekolah dapat diselesaikan menerusi perbincangan bersama oleh guru dan ibubapa yang mana melalui pertemuan bersemuka itu boleh memberi respon ke arah pembentukan nilai-nilai kendiri seterusnya pertukaran maklumat atau idea untuk mencari penyelesaiannya dapat dirungkai bersama secara positif.
    Beliau berkata, apabila berlaku masalah disiplin pelajar, tindakan yang diambil secara bersendirian atau melulu dan terburu-buru dengan menyalahkan satu pihak dan pihak yang lain bukanlah kaedah yang berkesan. Oleh sebab itulah kata beliau, penwujudan Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) di sekolah-sekolah bukan sahaja sebagai platform untuk menarik penglibatan ibubapa dan guru dalam usaha pembentukan insan yang berilmu dan cemerlang dalam akademik, tetapi ia melangkaui banyak aspek termasuk juga membina generasi pelajar yang berdisiplin tinggi, menghormati ibubapa, pendidiknya dan masyarakat sekeliling.
    Salleh berkata demikian semasa merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke-9 Sekolah Kebangsaan (SK) Madai di sini pada Sabtu (minggu lepas). Hadir sama di majlis itu Pegawai Pelajaran Daerah, Zamri Pehakan, Guru Besar SK Madai, Syed Jaafarullah Habib Jaafar, Pengerusi PIBG SK Madai, Basri Tunggul dan Pengerusi USBO Kunak, Abdul Rahim Wahab.  Lebih 200 orang hadir di majlis itu termasuk ibubapa pelajar dan guru-guru. 
    Menurut Salleh, beliau bersyukur kerana tahap disiplin dikalangan pelajar di daerah itu masih terkawal walaupun terdapat beberapa laporan sebelum ini melibatkan sebilangan pelajar terbabit dengan masalah sosial.  Ibubapa sebagai orang paling rapat dengan anak-anak seharusnya peka terhadap tingkah-laku anak mereka dan perlu mengambil tahu siapa rakan pelajar apabila berada di luar rumah serta memastikan adakah anak-anak yang ke sekolah itu benar-benar datang ke sekolah atau sebaliknya. 
    “Tuturcara ketika berinteraksi dengan anak-anak seperti penggunaan kata-kata positif merupakan nilai terbaik dalam mendidik, menegur dan bersapa dengan anak-anak kita”, katanya.
Jangan kerana seseorang pelajar atau anak kita tidak menunjukkan prestasi yang baik dalam pelajaran menyebabkan kita mengherdik dengan mengeluarkan kata-kata pasif atau perkataan yang boleh menyinggung perasaan si anak tadi.
Sebaliknya, ibubapa perlu berinteraksi secara positif dan berkesan yang boleh membina minda anak-anak agar mereka boleh berubah sikap daripada kurang bijak kepada pandai, lalai kepada rajin dan berjaya kepada lebih cemerlang. 
    Salleh berkata, dalam lawatan ke Kenya, di negara Afrika baru-baru ini, beliau turut melihat situasi pembelajaran murid-murid sekolah di sana yang jauh berbeza dengan Malaysia. Pelajar di negara ini cukup bertuah berada dalam keadaan harmoni dan mempunyai kemudahan pembelajaran yang baik berbanding negara lain yang masih mundur.
Katanya, Malaysia mempunyai sistem pendidikan dan kemudahan yang sempurna. Anak-anak di Malaysia berpeluang melanjutkan pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Awam atau swasta dan ada juga yang belajar ke luar negara dengan memasuki universiti-universiti melalui pembiayaan biasiswa atau pinjaman yang ditawarkan oleh kerajaan dan agensi berkaitan. 
    Oleh itu, pergunakanlah kemudahan yang diberi oleh kerajaan dengan sebaik-baiknya”, kata beliau.
Di majlis yang sama, Salleh menyampaikan hadiah kepada beberapa orang bekas murid SK Madai yang telah berjaya dalam akademik. Antara penerimanya ialah adik Mohd.Azrul Suwandi yang kini bersekolah di Sekolah Menengah berasrama penuh di Kota Kinabalu. 
     Salleh yang juga Duta Keamanan Dunia menegaskan bahawa, pendidikan merupakan satu aset penting yang amat bernilai bagi seseorang individu untuk berjaya di masa hadapan. Katanya, faktor kemiskinan bukanlah penghalang bagi seseorang untuk berputus asa ,sebaliknya ketekunan dan sikap boleh mengubah nasib seseorang pelajar itu dan juga keadaan keluarganya apabila mereka sudah dewasa, berjaya dalam akademik dan mendapat pekerjaan yang lebih baik dan mulia.
Beliau juga memetik kenyataan yang pernah disampaikan oleh seorang pemimpin bahawa; “maju, mundurnya sesuatu bangsa itu terletak pada kekuatan pendidikannya”.. yang mana maksud tersebut mempunyai terjemahan yang luas serta menimpletasi bahawa pendidikan itu sangat berharga nilainya.
     “Percayalah, kita boleh mengubah nasib kita dan anak-anak kita kepada yang lebih baik dan sempurna jika kita terus berusaha tanpa mengharapkan sepenuhnya bantuan daripada orang lain kerana ‘tangan yang memberi itu lebih baik daripada tangan yang menerima; 
Bagi mencapai matlamat itu, didiklah anak-anak kita dan generasi pelajar masa kini dengan penerapan nilai disiplin yang tinggi , hormat kepada guru, ibubapa dan rakan mereka.
     “Sebagai pelajar, hormatlah guru kita kerana mereka seperti permata yang boleh memberi sinar kepada kehidupan di masa hadapan”, katanya.  Di majlis yang sama , beliau turut melawat Surau sekolah tersebut yang memerlukan peningkatan infrastruktur dan kemudahan asas .
Caption: Salleh (tengah) menyampaikan hadiah kepada salah seorang pelajar SK Madai yang berjaya dalam 
               akademik. 
 

Rendah Diri Pupuk Setiakawan Dengan Rakyat

April 14, 2009

1.Saya membaca blog 1malaysia milik Perdana Menteri Malaysia YAB Dato Seri Mohd Najib Bin Tun Abd. Razak, yang memperkatakan tentang sikap rendah diri. Rakyat yang tinggal dikawasan luar bandar amat menitikberatkan sikap seorang pemimpin yang mudah mesra,tidak sombong,rendah diri samada ketika turun padang kekampung-kampung,program mesra rakyat mahupun ketika berada di pejabat.Masalah yang sering berlaku ketika berurusan di pejabat,amat sukar untuk menghapuskan sikap rendah diri sehingga menyebabkan amalan Birokrasi menjadi tradisi di jabatan-jabatan kerajaan.

2.Saya teringat kata-kata Menteri Pertahanan Malaysia baru,katanya;pasukan askar wataniah akan diwujudkan disetiap parlimen dan tidak melalui pejabat daerah kerana terlalu banyak masalah birokrasi.Ini jelas menunjukkan sikap rendah diri perlu diterapkan kepada jabatan-jabatan kerajaan supaya rakyat tidak merasa benci kepada kerajaan yang memerintah sekarang.Satu lagi masalah yang dihadapi oleh rakyat ialah ketika berurusan dengan jabatan pendaftaran,untuk mendapatkan pengesahan salinan fotostat mykad mengambil masa hampir1 hingga 2 jam.Persoalannya sampai bila isu ini akan selesai.

3.Rakyat juga mengeluh dengan pihak yang mengeluarkan lesen RM25.00 untuk kegunaan perniagaan.Rakyat juga amat sedih kerana terlalu sukar,terlalu lama untuk mendapatkan lesen samada lesen baru mahupun untuk memperbaharui lesen.Rata-rata penduduk mengatakan untuk mendapatkan lesen perniagaan ini memakan masa sebulan dan kadang-kadang tidak dilayan sama sekali.Apakah sikap tidak mahu merendah diri dengan masyarakat menyebabkan mereka tidak mahu untuk mengurus dengan baik dan cepat?.Rakyat terpaksa menanggung masalah ini sehingga mereka yang berminat besar untuk berniaga tidak mahu meneruskan kerana sikap tidak mahu merendah diri pihak yang dipertanggungjawabkan ini.Saya berharap masalah Birokrasi yang sangat tebal ini agar dapat di bincang,dirancang dan di suusun semula supaya rakyat tidak mempersalahkan kerajaan penyayang dan prihatin 1malaysia ini.

4.Marilah kita bersama-sama bekerja dalam satu pasukan dengan mengamalkan sikap rendah diri supaya rakyat memandang kita sebagai kakitangan yang mendahulukan rakyat.