Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam Perpaduan,Salam Ukhwah dan salam untuk rakyatku 1Silam 1Unity 1 Love 1Malaysia.
Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Pekerja kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Haji Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia Merangkap Menteri Kewangan,YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin Timbalan Perdana Menteri Malaysia,YAB Datuk Seri Musa Aman Ketua Menteri Sabah,Menteri-Menteri dan Timbalan Menteri-Menteri Kabinet Persekutuan dan Negeri,Datuk-Datuk,Datin-Datin,Tuan-Tuan, Puan-Puan, Encik-Encik,Cik-Cik,Sahabat,Saudara Saudari Kaum Muslimin dan Muslimat yang di Rahmati Allah dan dikagumi sekalian.
Saya berdoa Semoga Hari yang penuh makna ini dapat memberi sejuta makna dan memberi suntikan kesungguhan,keprihatinan dan ketabahan dalam meningkatkan qualiti kerja yang menyeronokkan di samping kesibukan persekitaran ditempat kerja. Insyallah di doakan kesihatan, kekuatan sukses cemerlang dalam apa jua bidang diceburi. Amin. Amin. Amin Ya Robbulalamin.
Kerja yang ikhlas dan jujur serta hati yang bersih dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab dalam kerja seharian akan mendapat rahmat dan pahala yang berlipat ganda daripada Allah SWT dan ini merupakan satu ibadah dalam ajaran Islam dan agama lain pun mentafsirkan kerja yang baik akan mendapat pertolongan daripadanya kelak.Saya ingin menggariskan qualiti kerja yang dituntut oleh agama ialah :
a. Niat Bekerja Kerana allah SWT – Kerja yang dijalankan dan dilaksanakan kerana Allah SWT akan membuahkan hasil yang baik.Segala kerja akan mendatangkan hasil yang halal dan kehidupan akan dirahmati Allah.
b. Sumber Halal -Jika kita bekerja secara jujur dan ikhlas kerana amanah yang dipertanggungjawabkan kita akan bekerja dengan rajin dan tekun supaya sumber yang kita perolehi kelak adalah sumber yang benar-benar halal.
c. Kerja Bersungguh-Sungguh – Amalan Budaya Kerja Cemerlang bermula dengan kerja yang bersungguh-sungguh bagi mencapai misi dan visi sesebuah jabatan atau sektor swasta dan lain-lain.
d. Menjaga Norma-Norma – Sebagai seorang kakitangan atau pekerja satu perkara yang perlu diambil perhatian ialah menjaga norma-norma atau nilai-nilai murni yang baik, sentiasa bersifat peramah,mesra rakyat,mudah senyum,bekerja rajin,tekun,sabar,iklhas dan sebagainya.
e. Tidak Menghalang Dari Tugas – Dalam menjalankan amanah dan perintah setiap pekerja yang cemerlang tidak akan bercakap tidak dalam menjalankan tugas malahan akan berkata YA atau Benar sebagai prasyarat sebagai amanah Allah SWT.
Saya ingin memetik kata-kata Dr. Robiah K. Hamzah Pakar Motivasi Negara katanya; Hidup satu tanggungjawab, setiap individu perlu bekerja demi survival bangsa dan negara.Setiap yang lahir telah ditetapkan rezekinya.Perlu berusaha dan terus berusaha bagi mencapai matlamat dan demi kelangsungan rezeki yang berlipat ganda bukan mengharap bulan jatuh keriba.Bekerja juga sebagai prasyarat sebagai hamba Allah dimuka bumi.
Tugas dan tanggungjawab kita sebagaai umat Islam ibadah terbahagi kepada 2 yang pertama ibadah Khusus iaitu solat,puasa,zakat,dan lain-lain lagi.Ibadah yang kedua ialah ibadah Umum iaitu tuntutan untuk bekerja dengan rajin,tekun,berilmu,proaktif,cemerlang,gemilang,terbilang dengan hati suci bersih demi amanah dan tugas yang dipikul supaya hasil titik peluh lahir satu sumber yang halal dan diredhai dan dirahmati Allah SWT.
Saya juga teringat kata-kata Ustaz Zakaria dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dalam Forum Perdana Semalam katanya Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Bagi menghasilkan kerja yang cemerlang kita perlu optimistik dan fokus kerja tidak terikat dan terbatas dengan hanya melihat jam 8.00 pagi hingga jam 5.00 petang.Kerja berkualiti perlu disertai niat ikhlas dan sabar dengan bekerja tanpa mengira masa dan waktu. Saya teringat kata-kata 2 orang yang berbeza pendapat katanya; Orang pertama berkata ;Saya telah ditakdirkan miskin dan akan hidup begini kerana inilah rezeki saya. Orang kedua pula berkata;Saya ingin nasihatkan kepada anda rezeki anda sebenarnya boleh keluar dari kemiskinan jika budaya kerja anda selama ini hanya 2jam ditambah kepada 10 jam.saya yakin anda akan berjaya.Saya bekerja bermula selepas solat subuh sehingga selepas solat isyak. jika belum siap kerja saya akan sambung sehingga berjaya.Jangan letakkan sikap dan sifat pemalas menguasai diri kerana sikap inilah yang menjadi faktor kepada kegagalan dalam mencapai kejayaan hidup.
Marilah kita meneroka dan menerawang ke alam realiti dengan bekerja bersungguh-sungguh.Tun Dr. Mahathir Mantan Perdana Menteri Malaysia telah memfokus agar budaya kerja kita melihat Dasar Pandang ke Timur sebagai contoh negara jepun yang rajin,tekun dan tidak mengira masa untuk bekerja dan membaca.
Yang Berhormat Kolonel Kehormat Tuan Haji Salleh Haji Kalbi
Ahli Parlimen P188 Silam merangkap
Duta Keamanan PBB
Tinggalkan Jawapan