Archive for 4 Mei 2009

TRANSFORMASI 1BELIA : PENGGERAK KETERBILANGAN NEGARA

Mei 4, 2009

Belia yang selalu dilaung-laungkan sebagai Belia Harapan Negara kini semakin mendapat perhatian pemimpin negara kita apabila menamakan belia sebagai 1Belia selaras dengan konsep YAB Perdana Menteri Malaysia yang baru. Kejayaan untuk mentafsir keunggulan Belia sebagai penyumbang utama dalam menggerakkan keterbilangan negara merupakan langkah yang paling tepat sekali.

Kebanjiran Belia dalam negara kita perlu dipandang serius dan kajian semula dengan perlaksanaan Persatuan-Persatuan Belia,Program-Program Belia dan lain-lain lagi.Saya Sebagai Belia berpendapat kejayaan Belia di setiap Parlimen di semua kawasan di seluruh negeri di Malaysia perlu di anjakkan ketahap gemilang dengan mewujudkan Biro Belia Parlimen di setiap pejabat Parlimen Ahli Dewan Rakyat.Kewujudan Biro yang di taja oleh Kementerian Belia saya yakin Belia yang masih tercari-cari kemana arah akan kembali ke pangkal jalan kerana mereka memikirkan nasib mereka amat diperlukan oleh pemimpin-pemimpin tempatan.

Berdasarkan kajian dikalangan belia, mereka mengharapkan pandangan,penglibatan dan ke aktifan mereka di angkat di landasan Terbilang dengan memudahkan urus tadbir yang lebih besar.Saya yakin jika Belia yang kini mengharap di angkat martabat mereka dengan menyedia peluang dalam menembusi 1Belia akan lebih cepat tercapai jika Belia di didampingkan dengan pemimpin tempatan.

Belia memerlukan kasih kasih pemimpin tempatan untuk mewarnai hidup mereka dengan suasana kekeluargaan dan setiakawan.Sokongan dan dorongan adalah harapan mereka kerana jiwa dan gerak pantas belia sukar ditandingi.Kemaskini program-program yang berselerak,maklumat yang tidak sampai ke sasaran,penglibatan program Belia dengan kerjasama pemuda,dan Puteri UMNO di setiap peringkat kampung-kampung. Sebagai Kerajaan Barisan Nasional anjakan gerak langkah Belia perlu di lonjakkan dengan merobah kokus ke arah pembinaan sahsiah belia,pembangunan keusahawanan Belia,Pembangunan Modal Insan Belia,1Belia 1Parlimen yang diwakili setiap kampung-kampung seorang Belia sebagai penghubung silaturrahim,Anugerah Belia Peringkat Parlimen dipengerusikan oleh Ahli Parlimen setiap Parlimen di seluruh negeri di Malaysia,Program Tradisional di martabatkan,dan lain-lain lagi.

Harapan Pembinaan Belia Ke arah Terbilang akan tercapai dengan inisiatif mengkaji semula perlaksanaan dan dasar-dasar Belia dengan meletakkan semangat,jiwa,kepantasan 1Belia di rencanakan demi 1Belia Harmoni,Berdisiplin,Berperaturan dan Cerdas serta Berakhlak dan mermoral

ikhlas,

Biro Belia Parlimen Silam

Selesema babi: Kadar kematian di Mexico meningkat 22 kes

Mei 4, 2009

BANDAR MEXICO: Kadar kematian di Mexico akibat daripada virus influenza A (H1N1) meningkat kepada 22 mangsa daripada 568 kes jangkitan yang dikesan sehingga kini, kata Menteri Kesihatan Mexico, Jose Angel Cordova, lewat semalam.

Kadar kematian sebelum ini, iaitu semalam adalah 19 kematian daripada 487 kes jangkitan yang dikesan.

“Terdapat 590 kes positif, di mana 568 orang masih hidup dan 22 lagi malangnya meninggal dunia,” katanya dalam satu sidang media di sini, semalam.

 

Beliau berkata, angka yang dicatatkan itu adalah hasil daripada ujian makmal terhadap 1,523 kes yang disyaki sejak merebaknya selesema babi itu.

Katanya, kira-kira 15 kematian yang dicatatkan adalah wanita dan tujuh lelaki, di mana semuanya mati di bandar Mexico.

Tambahnya lagi, kadar pesakit yang dimasukkan ke hospital berkurangan dan kes terbabit kurang serius.

Awal semalam, Menteri Kesihatan negara itu berkata, epidemik sudah sampai ke kemuncaknya antara 23 hingga 28 April dan kini berada pada penurunan fasa itu, dan menggesa orang ramai untuk sentiasa memerhatikan larangan bagi mengehadkan pembiakan virus terbabit.

Cordova berkata, semalam kerajaan sudah membentuk senarai saranan awam, khususnya bagi restoran, pengangkutan awam dan tempat lain yang dilampirkan, untuk dipatuhi bagi memastikan standard anti-selesema dilaksanakan.

“Ia adalah instrumen untuk semua penduduk, bagi memastikan diri sendiri sentiasa sihat,” katanya dengan menambah ia akan sentiasa dikaji semula dalam laman web kementerian berkenaan. – AFP

Najib tiba di Sabah untuk lawatan dua hari

Mei 4, 2009

 
KOTA KINABALU: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, tiba di sini hari ini untuk melakukan lawatan kerja dua hari ke Sabah.

Beliau yang diiringi isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, tiba dengan pesawat khas di Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, disambut Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman dan isteri Datin Faridah Tussin, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Raymond Tan Shu Kiah, anggota Kabinet dan pegawai kanan kerajaan negeri dan persekutuan serta pemimpin masyarakat tempatan.

Mengiringi Perdana Menteri ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

 

Najib dijangka menghadiri Majlis Makan Malam Bersama Pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN) negeri di sini sebelum menghadiri persembahan “Mystical Sabah” sempena Sabah Fest 2009.

Pagi esok, Najib akan menghadiri Majlis Perhimpunan Rakyat di Padang Merdeka dan Majlis Makan Tengah Hari Bersama Anggota-anggota Dewan Perniagaan Sabah.

Sebelum mengakhiri lawatannya ke Sabah, beliau dijangka melawat kawasan pengusaha tempatan di Jalan Tun Fuad Stephens di sini. – Bernama

“Kerana Mu Malaysia Maju”

Mei 4, 2009

“Kerana Mu Malaysia Maju”
Thursday, 30 April 2009

Apabila kerajaan memperkenalkan Hari Pekerja beberapa dekad yang lalu, ia adalah tentang aspirasi negara. Dan saya bersetuju. Hari ini ia adalah tentang masa hadapan negara kita yang megah ini. Ia adalah tentang kita semua bangkit kepada cabaran memberi nafas baru kepada Malaysia.

Kini ia juga tentang mengiktiraf sumbangan semua rakyat Malaysia yang telah memberikan kekuatan, kemakmuran dan harmoni kepada negara kita. Para pekerja biasa yang menjadikan Malaysia seperti apa yang ada masa ini.

Oleh itu saya ingin mendedikasikan Hari Pekerja ini, 1 Mei 2009 kepada pencapaian sosial dan ekonomi para pekerja Malaysia. Terima kasih – hasilnya adalah luar biasa. Apa yang telah dibina sejak kali pertama para pekerja Malaysia dihargai adalah luar biasa.

Kini kita mesti membangkitkan semangat generasi muda Malaysia untuk meneruskan perjuangan kita. Kita mesti memastikan bahawa kita memberikan pendidikan kepada generasi muda agar mereka menjadi yang paling bijak dan terbaik, seterusnya berupaya bersaing di pasaran global. Kita mesti memastikan, dalam waktu krisis ekonomi ini, kita menyediakan pekerjaan untuk para pekerja dan lepasan pengajian tinggi.

Oleh sebab itulah baru-baru ini saya telah mengumumkan langkah-langkah agresif untuk menghasilkan peluang pekerjaan, merangsang ekonomi dan meliberalisasikan sektor-sektor perkhidmatan dan kewangan.

Pada waktu yang tidak menentu ini, kita jangan sekali-kali lupa bersatu menjadikan kita lebih kuat. Kepelbagaian etnik dan kepercayaan agama di Malaysia telah menjadi asas kejayaan ekonomi dan sosial kita. Itu mesti dikekalkan.

Saya dapat merasakan satu kekuatan dan optimisme baru. Bersama-sama sebagai 1 Malaysia, kita mampu mencapai kemajuan dan kemakmuran untuk semua.

Selamat menyambut Hari Pekerja.

Silam bumi bertuah

Mei 4, 2009

 
pepohon dedaun merimbun
menghijau bugar
diselaputi embun pagi
nyaman suasana
menghirup udara segar
khatulistiwa,
hutan hujan tropika
menghijau di Silam
dipahat, disulam dalam memori perjalanan
namamu Lembah Danum
tempatnya istimewa
jadi kunjungan
pelawat, pelancong
penggemar flora sejadi
pencinta alam
berjuang,
mempertahan,
mereka berdiri teguh
memastikan kelestarian
terus terpelihara
Silam,
kupahat namamu
dalam bait puisi
terungkai dalam kalbu suci
berisi segunung harapan
generasi zaman-berzaman
terus mapan menongkah arus
khazanah alam
lestari dikekal,
bestari glokal,
lahirnya insan
di bumi bertuah
Silam,
punya sejarah
punya entiti
punya komuniti
upaya berbakti
demi ibu pertiwi
untuk nusa dan bangsa.
hasil karya,
IBRAHIM TABIR
catatan : puisi berjudul ‘Silam bumi bertuah’ ini dihasilkan pada 28 April 2009 . Diadaptasikan untuk tatapan pembaca yang melayari blog silamgemilang. Penulis pernah menghasilkan beberapa karya puisi dan cerpen sekitar tahun 1998 – 2003. Ketika itu, hasil karyanya mendapat tempat di hati editor-editor akhbar tempatan dan pernah disiarkan menerusi akhbar Watan, Utusan Borneo, Berita Sabah dan Harian Ekspres (Daily Express).
     Pernah mengikuti kursus dalam bidang Perhubungan Awam (Public Relation Officer – PRO) dan Kursus Kewartawanan dan Fotografi di Sabah .
Ketika ini, penulis berkhidmat sebagai Pemberita di sebuah syarikat akhbar tempatan di Sabah .

ibrahim-tabir

Gambar kecil : penulis