“Kerana Mu Malaysia Maju”

“Kerana Mu Malaysia Maju”
Thursday, 30 April 2009

Apabila kerajaan memperkenalkan Hari Pekerja beberapa dekad yang lalu, ia adalah tentang aspirasi negara. Dan saya bersetuju. Hari ini ia adalah tentang masa hadapan negara kita yang megah ini. Ia adalah tentang kita semua bangkit kepada cabaran memberi nafas baru kepada Malaysia.

Kini ia juga tentang mengiktiraf sumbangan semua rakyat Malaysia yang telah memberikan kekuatan, kemakmuran dan harmoni kepada negara kita. Para pekerja biasa yang menjadikan Malaysia seperti apa yang ada masa ini.

Oleh itu saya ingin mendedikasikan Hari Pekerja ini, 1 Mei 2009 kepada pencapaian sosial dan ekonomi para pekerja Malaysia. Terima kasih – hasilnya adalah luar biasa. Apa yang telah dibina sejak kali pertama para pekerja Malaysia dihargai adalah luar biasa.

Kini kita mesti membangkitkan semangat generasi muda Malaysia untuk meneruskan perjuangan kita. Kita mesti memastikan bahawa kita memberikan pendidikan kepada generasi muda agar mereka menjadi yang paling bijak dan terbaik, seterusnya berupaya bersaing di pasaran global. Kita mesti memastikan, dalam waktu krisis ekonomi ini, kita menyediakan pekerjaan untuk para pekerja dan lepasan pengajian tinggi.

Oleh sebab itulah baru-baru ini saya telah mengumumkan langkah-langkah agresif untuk menghasilkan peluang pekerjaan, merangsang ekonomi dan meliberalisasikan sektor-sektor perkhidmatan dan kewangan.

Pada waktu yang tidak menentu ini, kita jangan sekali-kali lupa bersatu menjadikan kita lebih kuat. Kepelbagaian etnik dan kepercayaan agama di Malaysia telah menjadi asas kejayaan ekonomi dan sosial kita. Itu mesti dikekalkan.

Saya dapat merasakan satu kekuatan dan optimisme baru. Bersama-sama sebagai 1 Malaysia, kita mampu mencapai kemajuan dan kemakmuran untuk semua.

Selamat menyambut Hari Pekerja.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: