Silam bumi bertuah

 
pepohon dedaun merimbun
menghijau bugar
diselaputi embun pagi
nyaman suasana
menghirup udara segar
khatulistiwa,
hutan hujan tropika
menghijau di Silam
dipahat, disulam dalam memori perjalanan
namamu Lembah Danum
tempatnya istimewa
jadi kunjungan
pelawat, pelancong
penggemar flora sejadi
pencinta alam
berjuang,
mempertahan,
mereka berdiri teguh
memastikan kelestarian
terus terpelihara
Silam,
kupahat namamu
dalam bait puisi
terungkai dalam kalbu suci
berisi segunung harapan
generasi zaman-berzaman
terus mapan menongkah arus
khazanah alam
lestari dikekal,
bestari glokal,
lahirnya insan
di bumi bertuah
Silam,
punya sejarah
punya entiti
punya komuniti
upaya berbakti
demi ibu pertiwi
untuk nusa dan bangsa.
hasil karya,
IBRAHIM TABIR
catatan : puisi berjudul ‘Silam bumi bertuah’ ini dihasilkan pada 28 April 2009 . Diadaptasikan untuk tatapan pembaca yang melayari blog silamgemilang. Penulis pernah menghasilkan beberapa karya puisi dan cerpen sekitar tahun 1998 – 2003. Ketika itu, hasil karyanya mendapat tempat di hati editor-editor akhbar tempatan dan pernah disiarkan menerusi akhbar Watan, Utusan Borneo, Berita Sabah dan Harian Ekspres (Daily Express).
     Pernah mengikuti kursus dalam bidang Perhubungan Awam (Public Relation Officer – PRO) dan Kursus Kewartawanan dan Fotografi di Sabah .
Ketika ini, penulis berkhidmat sebagai Pemberita di sebuah syarikat akhbar tempatan di Sabah .

ibrahim-tabir

Gambar kecil : penulis

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: