Program Basmi Kemiskinan Malaysia Berjaya : Shafie

Program Basmi Kemiskinan Malaysia Berjaya : Shafie

LANGKAWI, 28 April (Bernama) — Perkembangan pesat ekonomi negara sejak beberapa dekad lepas telah membantu Malaysia mengurangkan kadar kemiskinan daripada 58.7 peratus pada 1970 kepada 7.1 peratus sahaja pada 2007 manakala kadar kemiskinan tegar kini hanyalah 1.4 peratus.

Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Mohd Shafie Apdal berkata Malaysia berazam menghapuskan kemiskinan tegar menjelang tahun depan.

“Cabaran utama ialah membina asas dan infrastuktur yang kukuh untuk meletakkan sosio-ekonomi golongan itu pada landasan yang betul,” katanya ketika berucap pada dialog serantau mengenai pembasmian kemiskinan di luar bandar di sini, Selasa.

Shafie berkata tindakan itu dilaksanakan berasaskan tiga konsep iaitu memastikan mereka mendapat pendidikan berkualiti termasuk latihan vokasional dan memperbanyakan peluang latihan semula.

Konsep kedua ialah dengan melihat cara lebih inovatif bagi menggalakkan aktiviti ekonomi untuk menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan, dan ketiga, ialah memperluaskan skim bantuan termasuk bidang kecil yang sensitif khususnya berkaitan pinjaman kewangan.

Shafie berkata pelaksanaan program secara bersepadu dan mempelbagaikan bidang sosio-ekonomi untuk lebih 30,000 golongan miskin tegar menjadi pilihan kerajaan bagi menangani krisis ekonomi global.

Bernama

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: