Sabah contoh terbaik konsep 1Malaysia: PM

KOTA KINABALU: Datuk Seri Najib Razak menyifatkan Sabah sebagai contoh terbaik yang menepati konsep 1Malaysia berikutan keupayaan 45 etnik dan subetniknya hidup harmoni sejak sekian lama tanpa jurang perbezaan ketara.

Perdana Menteri berkata, warna-warni kehidupan rakyat di Sabah yang mampu hidup bersama dalam lingkungan pelbagai kaum mewujudkan suasana `tiada sempadan’.

“Di Sabah inilah letaknya contoh terbaik konsep 1 Malaysia apabila kita saling menghormati tetapi boleh dikatakan ‘seamless’ (tiada sempadan) antara sesama etnik, seolah-tiada tiada sekatan antara mereka.
“Malah, sukar bagi kita membezakan satu dengan lain. Dalam Umno sendiri ada ahli etnik Kadazandusun yang ada masanya memakai pakaian tradisional masyarakatnya dan ada kalanya menyarung baju Melayu.

“Apa yang penting bukan dari mana asal kumpulan etnik ini, tetapi hakikat mereka adalah rakyat Malaysia, orang Barisan Nasional (BN) dan inilah yang akan menjadikan kita bertaut lebih kukuh,” katanya pada majlis makan malam bersama pemimpin BN Sabah di Pacific Sutera Harbour Resort di sini, malam tadi.

Hadir sama isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dan Ketua Menteri merangkap Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Musa Aman serta barisan pemimpin Kerajaan Persekutuan dan negeri.

Lawatan dua hari itu adalah kunjungan rasmi pertama Najib sejak dilantik sebagai Perdana Menteri pada 3 April lalu.

Sambil merakamkan penghargaan atas sokongan rakyat dan BN Sabah terhadapnya selama ini, Najib melahirkan keyakinannya untuk terus menerima sokongan dalam menggalas tanggungjawab sebagai Perdana Menteri dan Pengerusi BN.

“Sabah memang negeri penting bagi BN terus memegang tampuk pemerintahan negara. Beberapa tahun lalu, saya menyifatkan BN Sabah sebagai ‘simpanan tetap’ BN dan hari ini saya datang untuk melihat nilai simpanan tetap ini sama ada kekal atau menurun.

“Saya percaya nilainya kekal, insya-Allah. Melihat air muka ahli Yang Berhormat yang masih senyum, saya yakin rakyat Sabah masih terus memberi kepercayaan dan keyakinan terhadap BN.

“Ini adalah kekuatan BN dan kita akan beri suntikan baru supaya ia sentiasa segar,” katanya.

Pada masa sama, Perdana Menteri mengingatkan pemimpin pelbagai peringkat supaya tidak mengambil mudah sokongan rakyat dengan menganggap ia bakal kekal selama-lamanya.

Sebaliknya, Najib berkata, sokongan sedemikian hanya berterusan jika pemimpin melaksanakan tanggungjawab dengan sempurna, baik atas kapasiti jawatan parti, wakil rakyat atau anggota pentadbiran.

Bersandarkan kepada kesedaran ini, katanya, beliau melontarkan konsep 1Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.

Menyentuh pendekatan ‘tinjauan mesra’ (walkabout) yang diamalkannya sejak mengambil alih pentadbiran negara sebulan lalu, Najib berkata, kaedah itu membolehkan pemimpin memupuk kemesraan dengan rakyat pada akar umbi.

“Ada banyak bezanya kalau kita mendengar taklimat di pejabat berhawa dingin, berbanding kita turun dan melihat sendiri apa yang dirasai rakyat biasa.

“Kita mesti tahu apa masalah rakyat. Kita mesti ingat untuk mencapai kemenangan Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti, kerjanya bukan masa kempen.

“Kerjanya bermula hari ini hinggalah hari mengundi. Rakyat semakin terdidik dan ingin melihat pendekatan yang disenangi mereka, maka kita perlu turun padang dan dengar suara rakyat… bantu mereka selesaikan masalah,” katanya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: