Sabah & Sarawak: Sarawak kawal pintu masuk elak virus H1N1 merebak

Sabah & Sarawak: Sarawak kawal pintu masuk elak virus H1N1 merebak
KUCHING: Meskipun negara ini masih bebas daripada wabak ‘Swine Influenza’ namun Sarawak perlu meneruskan langkah berjaga-jaga untuk menghadapinya dengan mengadakan saringan tanda-tanda jangkitan penyakit berkenaan terutama di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) serta di semua pintu masuk utama lain di negeri ini.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Yong Khoon Seng, berkata langkah itu penting untuk memastikan orang ramai terutama pelancong yang akan masuk ke negeri ini tidak membawa virus H1N1 yang menggabungkan virus babi, burung dan manusia.

Beliau berkata Bahagian Kawalan Penyakit, Jabatan Kesihatan dan Jabatan Imigresen perlu terus memantau di 12 pintu masuk ke negeri iaitu melalui udara dan laut.

 

Katanya, semua penumpang yang tiba dari Singapura, Macau dan Hong Kong termasuk penduduk tempatan perlu melalui saringan selain mengisi borang bagi memastikan sama ada mereka sebelum ini pernah berkunjung ke negara yang telah dijangkiti wabak itu.

“Pelancong yang datang menggunakan pesawat dari Pontianak dan Jakarta, juga perlu melalui saringan dan mengisi borang serupa.

“Saringan ketat itu penting kerana setakat ini tidak terdapat vaksin bagi selesema terbaru itu,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Derma Darah anjuran Unit Belia Persatuan Chung Hua Batu Kawa, di sini, semalam.

Yong yang juga Ahli Parlimen Stampin, berkata daripada maklumat yang disebarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), tanda-tanda H1N1, menyamai selesema biasa dengan demam, batuk, hidung berair dan lenguh anggota badan.

Katanya, selesema terbaru itu dikatakan lebih mudarat berbanding sebelum ini kerana ia menggabungkan virus burung, manusia dan babi.

Setakat ini, wabak baru itu di Mexico itu sudah meragut 62 nyawa dan WHO berkata sesetengah kematian itu disahkan disebabkan oleh virus H1N1 yang tidak pernah dikesan sebelum ini yang menggabungkan virus babi, burung dan manusia.

Beliau juga menasihatkan penduduk di negeri ini agar tidak panik dan kerajaan melalui Kementerian Kesihatan sudah mengambil langkah perlu bagi menyekat penyakit itu daripada merebak di negara ini.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: