Wabak Influenza A jangkiti mangsa ke-1,000

Wabak Influenza A jangkiti mangsa ke-1,000
NEW YORK: Jumlah mangsa dijangkiti Wabak Influenza A (H1N1) hari ini mencecah angka ke-1,000 dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran gelombang kedua virus itu dijangka lebih buruk.

Ketika Mexico, berkira-kira untuk membuka semula premis perniagaan, pejabat dan restorannya, bilangan mangsa yang dijangkiti virus ini, terus meningkat.

Mexico mengumumkan mereka yang maut akibat H1N1 ialah 26 orang dengan 776 kes dijangkiti tetapi mengesahkan penularan wabak itu semakin perlahan.

 

Namun, amaran terbaru terhadap wabak itu apabila tujuh orang yang tidak pernah ke Mexico dijangkiti virus itu di Britain.

Pemangku Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Keiji Fukuda berkata, kini terdapat 1,025 kes yang disahkan akibat H1N1, termasuk 26 kematian dan menular ke 20 negara.

“Dalam keadaan kritikal seperti ini, kita akan terus menguatkan lagi tahap amaran mengenai wabak ini dan tumpuan menanganinya tetap berterusan,” katanya. – Reuters

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: