Jangan berhimpun dan pakai baju hitam esok: Musa

 
KUALA LUMPUR: Penyokong parti politik diingatkan supaya tidak menimbulkan suasana tegang dengan berkumpul beramai-ramai serta memakai baju hitam ketika berlangsungnya persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, esok.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, menasihatkan mereka supaya tidak melayan saranan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) supaya memakai baju hitam dan berhimpun sebagai tanda membantah persidangan itu yang dianggap oleh NGO itu sebagai tidak mengikut perlembagaan.

“Polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan termasuk menahan mereka yang berhimpun atau menghalang ahli dewan bagi menggagalkan persidangan tersebut.

 

“Kami akan memastikan tiada sesiapa pun boleh membuat kacau dengan menggagalkan sesuatu yang sudah diluluskan undang-undang,” katanya selepas pelancaran Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan di sini, hari ini.

Beliau menasihati orang ramai supaya berhati-hati dengan tindak tanduk individu tertentu yang menyebarkan hasutan itu melalui Internet dan khidmat pesanan ringkas (SMS) bagi tujuan mencetuskan kekecohan dan menghasut mereka supaya membenci kerajaan.

Semalam, seorang aktivis Bersih ditahan kerana menyiarkan kenyataan yang dianggap berbaur hasutan dalam laman blognya.

“Tugas kami adalah untuk menjaga keamanan, justeru kita tidak mahu ada pihak yang cuba menimbulkan sesuatu masalah yang boleh menggugat keamanan.

“Perbuatan aktivis terbabit jelas menunjukkan dia sengaja menghasut orang ramai untuk terbabit dalam perhimpunan haram dan menghalang sidang dijalankan,” katanya. – Bernama

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: