Kes influenza A (H1N1) seluruh dunia meningkat 1,490 kes

 
KUALA LUMPUR: Wabak influenza A (H1N1) meningkat kepada 1,490 kes sehingga semalam dengan 30 kematian dicatat.

Tiada pertambahan pada bilangan negara yang terbabit dengan jangkitan wabak berkenaan.

Menerusi satu kenyataan hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam laporannya semalam memaklumkan 29 kes kematian berlaku di Mexico dan satu kes di Amerika Syarikat (AS).

 

Mexico dilaporkan dijangkiti 822 kes sehingga semalam berbanding 590 kes pada hari sebelumnya, manakala AS melaporkan 403 kes positif ujian makmal.

Negara yang melaporkan peningkatan kes positif ujian makmal tetapi tiada kes kematian setakat semalam berbanding pada hari sebelumnya, ialah Kanada dengan 140 kes daripada 39 kes, Jerman meningkat kepada lapan kes daripada satu kes, Itali kepada lima kes daripada tiga kes, Korea Selatan kepada dua kes daripada satu kes.

Sepanyol mencatatkan 57 kes daripada tiga kes dan United Kingdom kepada 27 kes daripada sembilan kes.

Statistik di negara lain adalah sama seperti hari sebelumnya.

WHO masih mengekalkan tahap amaran Influenza Pandemik pada Fasa 5 sehingga semalam.

Ia juga belum menyarankan sebarang tindakan sekatan dari segi kesihatan, perjalanan dan perdagangan serta penutupan sempadan oleh mana-mana negara.

Dr Ismail berkata, sehingga kini, Malaysia masih belum melaporkan sebarang kes selepas kesemua sembilan pesakit yang dimasukkan ke wad pengasingan bagi tujuan siasatan dan pemerhatian, iaitu tujuh di Hospital Sungai Buloh, satu di Hospital Sultanah Aminah di Johor Bahru dan satu di Hospital Umum Sarawak, disahkan negatif.

Katanya, saringan kesihatan di semua pintu masuk negara yang menerima kemasukan pelawat dari negara yang dilanda wabak serta kepulangan rakyat Malaysia dari negara berkenaan juga dipertingkat.

“Sehingga semalam, 46 penerbangan dan 5,019 penumpang yang tiba di negara ini melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang sudah disaring dan tiada antara mereka yang dirujuk ke hospital,” katanya.

Kementerian Kesihatan menasihati orang ramai supaya seboleh-bolehnya menangguhkan perjalanan ke negara yang dikesan mempunyai wabak.

Mereka yang baru balik dari luar negara terutama dari negara berkaitan perlu membuat pemeriksaan sendiri dan sekiranya mempunyai tanda demam, batuk atau tanda jangkitan pada saluran pernafasan, diminta supaya mendapat rawatan. – Bernama

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: