Malaysia komited sampai mesej Islam

yang-dipertuan-agung

 

ABDUL AZIZ menyampaikan plak kepada Seri Paduka sambil diperhatikan Rais pada majlis pelancaran Kuala Lumpur Kota Kebudayaan Islam di Kuala Lumpur, semalam.

 

KUALA LUMPUR: Malaysia yang terpilih sebagai Kota Kebudayaan Islam mewakili rantau Asia, komited menyampaikan mesej kepada masyarakat antarabangsa khususnya dunia Barat, bahawa Islam bukan penyumbang kepada keganasan dan berimej kasar.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata pihaknya akan mengubah persepsi negatif itu menerusi aktiviti bersifat pendidikan, saintifik dan kebudayaan yang dianjurkan bersama negara Asia lain.

Beliau berkata, pemilihan Kuala Lumpur sebagai kota kebudayaan Islam bersama tiga bandar raya utama dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Islam (Isesco) memberi peluang dan ruang kepada Malaysia untuk menangkis anggapan serong terhadap umat Islam.

 

“Apabila Kuala Lumpur terpilih sebagai kota raya kebudayaan Islam, ia mencerminkan Islam itu mempunyai dunia seni dan budaya yang tersendiri selain kegiatan ibadah yang mengisi tuntutan agama.

“Islam mempunyai cara hidup, yang seharusnya dilihat Barat dan tamadun lain bahawa umat Islam kenal keindahan, mempunyai kesenian dan cara budaya menarik, bukannya budaya kasar, ganas,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Kuala Lumpur Kota Kebudayaan Islam 2009, di sini, semalam.

Majlis itu disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin. Turut hadir, Setiausaha Agung Isesco, Dr Abdul Aziz Othman Altwaijri.

Program itu berlangsung mulai semalam hingga Disember ini membabitkan 215 aktiviti, termasuk pameran, penerbitan, keilmuan dan pendidikan, seni persembahan, program penyiaran dan penyebaran maklumat.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: