SUKARELAWAN ISLAM
UNTUK KERJA-KERJA DAKWAH DI KEMBOJA
Majls Muafakat Dakwah Malaysia Kemboja (MMDMK) adalah suatu majlis kerjasama yang dibentuk oleh beberapa NGO Islam Malaysia yang bergiat aktif dalam kerja-kerja dakwah di Kemboja dan Yayasan Pembangunan Islam Kemboja. Tujuan pembentukan MMDMK adalah untuk menyelaras dan mempertingkatkan lagi program dakwah Islam di sana. Buat masa ini beberapa program utama sedang ditaja dan diselaraskan oleh MMDMK. Antaranya adalah:
- Program Masjid Angkat (membantu mengimarah masjid)
- Program Latihan Jatidiri dan Kepimpinan Belia Islam Kemboja
- Pembentukan Institusi Pengurusan Zakat dan Waqf Kemboja
- Pembentukan Institusi Pengurusan Haji Kemboja
- Pembentukan Institusi Pengurusan Halal Kemboja
- Penerbitan Bahan dan Media Dakwah (Multimedia)
- Pembangunan Jihad Ekonomi Agro Industri
- Dakwah Penyediaan Air Bersih
- Penajaan Kolej Islam dan Kolej Teknikal
- Pembangunan Sistem Pendidikan Islam PraSekolah dan Rendah
Bagi menjayakan segala program yang telah diatur, MMDMK memerlukan tenaga sukarela yang dapat menyumbang :
- Tenaga,
- Akal fikiran,
- Masa,
- Kewangan dan juga
- Kemudahan yang berkaitan.
Yang berminat untuk menyumbang boleh menghubungi Saudara Mohd Nasir Ismail (019 2607591 / 016 2021471) atau menghubungi:
Urusetia MMDMK
Suite A, Tingkat 6, Bangunan PERKIM,
Jalan Ipoh, 51200 Kuala Lumpur .
Tel: 603 4044 7571
Fax: 603 4044 7582
maklumat ini kiriman daripada emil dibawah ;
email : urusetiammdmk@gmail.com.
Tinggalkan Jawapan