Archive for 7 Mei 2009

10 RIBU RAKYAT BERSAMA MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH MALAYSIA

Mei 7, 2009

pmtpm1shafie2amansalleh9

sempornasemporna2semporna5semporna4shafieshafie3

Majlis Rakyat Di Dahulukan akan di adakan di Padang Pekan Semporna pada hari sabtu bertarikh 09hb / Mei / 2009. Perhimpunan ini di jangka dihadiri 10 ribu rakyat daerah Semporna.Majlis dijangka bermula dengan kehadiran rakyat bermula jam 7.00 pagi.Merujuk protokol utama majlis dijangka akan dimulakan pada jam 09.00 pagi.Kanak-kanak Tabika KEMAS seramai 1,245 orang akan menyambut kehadiran Yang Berhormat Dato’ Seri Mohd Shafie bin Hj. Apdal Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah Malaysia dan akan menyampaikan lagu koir bertajuk KEMASĀ  dan 2JAM 3JAM.Dibawah kementerian ini,Ketua Pengarah KEMAS Malaysia,Pengarah KEMAS Negeri,Kakitangan KEMAS hadir bagi menyambut kedatangan Menteri baru Jabatan KEMAS.

p5070472p5070475p5070474

Syabas,syabas,syabas,syabas,syabas,syabas,syabas dan tahniah kepada Yang Berhormat Dato’ Seri Mohd Shafie bin Hj. Apdal di atas perlantikan sebagai Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Malaysia. Amanat sulung YB. Dato’ Seri di padang Pekan Semporna akan menjadi tumpuan rakyat di seluruh negeri di Malaysia amnya dan khasnya daerah semporna dan negeri Sabah.

Transformasi 1RAKYAT MALAYSIA dalam membasmi kemiskinan tegar dan miskin menjadi tajuk perbualan utama agar dasar kerajaan menjadi kenyataan menjelang tahun 2010 miskin tegar sifar berjaya dilaksanakan. Saya yakin di bawah pengalaman dan kepimpinan YB Dato Seri yang gemilang dalam membawa perubahan khususnya di kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna dan Kementerian Kesenian,Kebudayaan dan Perpaduan sebelum ini proaktif menjadikan anjakan paradigma menterbilangkan 1RAKYAT MALAYSIA.

p5070473p4220611p4220615p4250357p4250046

Saya juga menyeru kepada 1RAKYAT MALAYSIA marilah kita bekerja,bekerja dan terus bekerja demi melahirkan rakyat yang berkerja dan keluar dari kepompong kemiskinan.Kerjasamapadu dan perubahan pada kendiri dengan meletakkan kualiti kerja yang rajin dan bermatlamat akan membuahkan hasil dalam menterjemahkan memperkayakan rakyat 1a MALAYSIA.