KEBAKARAN RUMAH BATU 21: SEORANG KANAK-KANAK MATI

Lahad Datu,Sabah-Kebakaran rumah Puan Rapiah Binti Salleh di jalan Batu 21 kawasan Sabahan Lahad Datu, berlaku sekitar jam 11 pagi.Berdasarkan maklumat tuan rumah,kebakaran berlaku bermula dari depan rumah.Puan Rapiah sempat menyelamatkan diri dengan melompat dari arah dapur.

P5080509

Puan Rapiah Salleh, menunggu janji pemimpin yang belum sampai-sampai pun yang hulur bantuan

Puan Rapiah Salleh, menunggu janji pemimpin yang belum sampai-sampai pun yang hulur bantuan

P5080515

Rosle Amin-Sempat menyelamatkan nyawa seorang budak.Terima kasih diatas pengorbananmu

Rosle Amin-Sempat menyelamatkan nyawa seorang budak.Terima kasih diatas pengorbananmu

P5080505Ketika kejadian 2 orang cucu puan Rapiah berada di rumah.Kebetulan seorang pemamndu lori Tong Lin melalui jalan besar ini sempat menyelamatkan seorang budak lelaki dan seorang adiknya tidak dapat diselamatkan dan mati di tempat kebakaran.Ketika kejadian anak-anak Puan ini berada di tempat kerja.Antara nama anak-anaknya ialah Baharuddin Yusof,Selamat,Hajri,Fatimah,Ramle,Delaila.Cucunya yang tidak dapat diselamatkan ialah Nur Shafika.Pemandu lori yang membantu menyelamatkan cucu puan Rapiah bernama Rosle Amin.

Berdasarkan temu bual saya dengan pengerusi JKKK Amil Niju katanya mereka sekarang menunggu pemimpin tempatan yang berjanji untuk datang memberi bantuan kepada mangsa.Sehingga petang ini tidak juga muncul-muncul.Walaubagaimanapun beliau akan berjumpa sekali lagi kepada pemimpin ini pada esok iaitu hari sabtu.Seorang pemuda anak kepada puan Rapiah berharap agar Pergerakan Pemuda UMNO Silam sudi menghulurkan bantuan kepada mereka bagi meringkan beban yang ditanggung mereka.

Puan Rapiah dan Pengerusi JKKK ucap terima kasih kepada wakil Yang Berhormat Tuan Haji Salleh Haji Kalbi Ahli Parlimen P188 Silam yang kebetulan melalui jalan ini, sudi menyampaikan maklumat kebakaran ini kepada YB. Silam.Pengerusi memaklumkan beliau belum memaklumkan perkara ini ke pejabat Parlimen P188 Silam tentang kejadian ini.

Tinggalkan komen