Majlis Doa Kesyukuran: YB. Dato’ Seri Mohd Shafie Hj. Apdal, Naib Presiden UMNO Malaysia

Assalamualaikum dan Salam Perpaduan Salam Sejahtera

 

 

Jawatan Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah Malaysia, Yang Berhormat Dato Seri Mohd Shafie bin Hj. Apdal merangkap Naib Presiden UMNO Malaysia, Ketua UMNO Bahagian P189 Semporna dan Pengerusi Perhubungan Barisan Nasional negeri Kedah.

Syabas,syabas,syabas dan tahniah kepada Dato’ Seri yang merupakan satu-satunya anak Sabah yang memegang jawatan tertinggi Naib Presiden UMNO Malaysia jawatan nombor tiga dalam parti UMNO Malaysia. Kegemilangan dalam melusuri perjuangan berani dan berwawasan jauh kehadapan ini menjadi nadi Pembangunan Mapan dan tersusun khususnya negeri Sabah amnya negeri-negeri di seluruh Malaysia.P5090009P5090024P5090029P5090004

Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah adalah amat penting bagi penyediaan kemudahan infrasturuktur Jalan Raya,Air,Elektrik,Rumah PPRT,Nelayan,Pembangunan Tanah Terbiar,Pendidikan dan lain-lain lagi. Janji 1Malaysia Dato’ Seri akan membawa kemajuan di semua peringkat bagi mengeluarkan rakyat dari kepompong kemiskinan.Peranan Risda,Felcra yang berperanan membangunkan tanah-tanah terbiar atau orang kampung yang hanya ditumbuhi (lalang Lahunai)perlu dibantu dengan nilai tambah tanaman kelapa sawit.Kalau sebelum ini hanya lahunai tiada hasil kini akan menghasilkan pendapatan dengan penanaman kelapa sawit dan sudah pasti rakyat mengecapi kesenangan limpahan hasil pendapatan sebulan seribu ke atas.Paling penting sekali pemilik tanah yang tumbuh lahunai bersetuju untuk dibangunkan dengan hasil tanaman.Tanaman yang mendatangkan hasil selain kelapa sawit ialah tanaman getah.

Kejayaan KKLW membangunkan Agropolitan bernilai 100juta dengan penanaman tanaman berhasil,pembinaan rumah akan dapat mengeluarkan rakyat dari paras kemiskinan.Rakyat akan dibantu demi amanah yang diberikan.

Dato’ Seri juga mengucapkan terima kasih di atas peralihan kuasa dengan penuh kesabaran dan tenang Pak Lah menyerahkan jawatan Perdana Menteri Malaysia yang baru untuk meneruskan kesinambungan bagi pemulihan ekonomi secara berperingkat-peringkat.YAB Dato’ Seri Najib yang membentangkan 60 Billion adalah berinisiatif memulihkan ekonomi negara yang kini melanda dunia.Pemulihan ekonomi memerlukan pemimpin yang bertransformasi baru bagi menangkis dan menangani masalah negara.

Rakyat perlu memberi sokongan bagi mencapai matlamat dan kejayaan pemulihan ekonomi.Tiada guna kita berbelanja berbillion jika rakyat tidak bersatu padu,banyak berpolitik,membuat rusuhan seperti diluar negara.Jika ini berlaku bukan sahaja kita yang rugi malahan generasi akan datang akan menerima kesannya.Negara kita merdeka 51tahun perlu dipertahankan dengan bersatupadu,hormat menghormati,dan menjauhkan persengketaan.

Barang-barang keluaran tempatan yang dipasarkan diperingkat daerah dan negeri akan diusahakan dengan membawa produk ini menembusi negara malahan peringkat dunia.Nilai dan kesenian produk tempatan yang unik dan seni akan menjadi 1kebanggaan kita semua tanpa merasa rendah diri dengan hasil tempatan.Kita perlu merasa bangga dan yakin pada kualiti yang dikeluarkan dikawasan luar bandar.

Peringatan Dato’ Seri agar Bersatu,Bersatu,Bersatu,Bersatu,Bersatu,Bersatu,Bersatu dan jangan berpecahbelah kerana ini akan merugikan khususnya kaum yang hanya ke-2 terbanyak diSabah selepas KadazanDusun.Harapan beliau agar perkara yang lepas/pemilihan UMNO sudah selesai sekarang tiba masanya tumpu pada kerja,kerja dan terus bekerja.Yang sudah lepas harus dilupakan dan kini masa untuk bersatu bagi membaw arus pembangunan dikawasan terutamanya pertama sekali akan membawa rumah PPRT kepada rakyat.Setelah rakyat selesa duduk dalam rumah yang dibina kerajaan maka tumpaun ke-2 pula dalam bidang ekonomi.Peranan MARA akan membantu rakyat untuk menyediakan sumber ekonomi kepada penduduk luar bandar.

Kepada Pengerusi JKKK perlu terus bekerja dan Dato’ Seri yang menyalurkan gaji kepada kerajaan negeri untuk diberi kepada Pengerusi JKKK.Peranan JKKK peringkat kampung penting bagi merobah dan merubah kampung ke arah yang berpotensi sebagai industri ekonomi diluar bandar.Amanah yang diberi kepada Pengerusi JKKK adalah untuk mengenalpasti masalah dan mewujudkan perpaduan.

Dato’ Seri bercerita tentang pengalaman dalam memegang jawatan dan perubahan-perubahan di setiap kementerian yang disandangnya seperti yang saya ulas sebelum ini dalam tajuk 10 ribu rakyat bersama Menteri KKLW.Antaranya Kawalan keselamatan dengan kemasukan Tentera,Perpustakaan baru,Pejabat Perdagangan,Warisan bangunan lama dibaikpulih dan lain-lain lagi.

P5090042

koir tbk kemas semporna,bimbingan Saudara Armendrah

koir tbk kemas semporna,bimbingan Saudara Armendrah

P5090048P5090063P5090066

P5090078

Ketua Pengarah KEMAS MALAYSIA Baju Biru

Ketua Pengarah KEMAS MALAYSIA Baju Biru

P5090087P5090072P5090022P5090103P5090084P5090029

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: