Archive for 12 Mei 2009

Mencari Redha

Mei 12, 2009

 

Sekolah Agama Rakyat Samalah Pentingnya dengan Pembinaan Rumah Allah,

Mencari Redha Meletakkan Ilmu Agama Sebagai Pra Syarat Membangun Ummah,

Sebagai Benteng Dan Senjata Transformasi Modal Insan Ukhwah,

Merakyatkan Kekuatan Agama Islam Di Seanterio Ummah.

 

Islam Mashyur Dibumi Suci Tanah Arab Mulia,

Nabi Muhammad SAW Sebar Syiar Islam Demi Agama,

7 Lapis Petala Langit Saksi Kehidupan Nyata,

Bergerak Sederap Seru Manusia Jihad Takwa.

 

Generasi Hari Ini,

Bertuah Hidup Di Dunia Aman Damai,

Limpahan Kekayaan Negara Kini,

Kesenangan Dan Kebahagiaan Selimuti,

Mencari Damai Abadi.

 

Terima Kasih KerajaanKu,

Di Atas Bahu ini Terpikul Amanahmu,

Khabar Gembira Rakyatku Di Dahulu,

Membangun Prasarana Sayangi Rakyatku.

 

Jadilah Insan Bersyukur Kehadrat Allah,

Limpahan Kekayaan Negara Mencurah-Curah

Menjenama 1Malaysia Di Perkasa Bumi Merdeka,

Di Peta Dunia Namamu Malaysia Gah.

 

Marilah Bersatu-Bersatu-Bersatu,

Eratkan Perpaduan Sesama Manusia,

Senyuman Anak Malaysia Harum DiDunia,

Sahut Wawasan Yang Kian Tiba.

 

Jadilah Manusia Bersyukur,Bersyukur,Bersyukur,

Alhamdulillah Iman Dan Takwa Suci Kendiri,

Mentaliti Kelas Pertama Bersalut Akhlak Sejati,

Memantul Cahaya Merentasi Budaya Bangsa Malaysia Tradisi.