Archive for 14 Mei 2009

Ibu Derita Rumah Musnah Dalam Kebakaran

Mei 14, 2009

P5120152P5120147P5120148P5120146Ketika rakyat Malaysia meraihkan Hari Ibu Yang penuh gembira,ceria,bahagia disamping anak-anak dan keluarga makan enak dan lazat terhidang kek sebagai tanda rasmi Selamat Hari Ibu untuk Ibu-Ibu 1Malaysia.Kegembiraan ini sebagai tanda penghargaan anak terhadap Ibu yang melahirkan mereka sejak dalam kandungan 9bulan sehingga kini.Jasa Ibu sukar untuk dilupa dan dibalas.Maka sebab itulah seorang ibu dianggap sebagai syurga bagi anak.Pepatah mengatakan “Syurga Terletak Di tapak Kaki Ibu”.Hakikatnya,sebagai seorang anak kita semua berkaya ya bahawa kita semua amat menyayangi ibu.

Dalam kita bergembira meraihkan Hari Ibu….mungkin keluarga yang lain menyambut Hari ibu penuh dengan tangisan,kesengsaraan,dukacita,sedih dan piluh.Keadaan ini bukan di ada-adakan tetapi inilah yang dinamakan takdir Illahi…ada hikmah disebalik kejadian…..

Kisah benar ini saya bawakan di kampung Batu 21 Jalan Lahad Datu menuju Ke kunak ( Sabahan ).Seorang Ibu amat menderita,sedih,pilu,trauma,menangis kerana musibah menimpa kendiri dan seisi keluarga sekian lama tinggal di rumah kini tanpa rumah yang beratap,berpapan,berdinding dan tanpa bertangga.Yang hanya tinggal debu-debu halus kerana kerakusan api menjilat papan-papan tanpa kenal manusia mahupun makhluk lain.

P5120153

Najib mahu dikenali sebagai PM Rakyat

Mei 14, 2009

pm

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak berkata beliau mahu dikenali sebagai ‘Perdana Menteri Rakyat’ yang mesra dengan rakyat dan dapat memahami kehendak rakyat.

“Saya sentiasa bersama-sama dengan rakyat dan akan terus bersama-sama dengan rakyat,” kata Perdana Menteri sambil menegaskan tidak sepatutnya wujud anggapan bahawa beliau adalah anak golongan bangsawan.

“Kita mesti lihat kepada hala tuju negara, kita mesti faham, mesti merasai denyutan nadi rakyat, nadi negara, kuasa rakyat, kita mesti merasainya,” katanya ketika menyampaikan amanat pada majlis perhimpunan Hari Pekerja Sektor Awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.
Majlis yang bertema “1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan dan Presiden Cuepacs, Omar Osman.

Sehubungan itu, Najib berkata sebaik sahaja beliau mengambil alih pentadbiran negara, agenda pertama yang dilakukan ialah “turun padang” yang disifatkannya sebagai tinjauan mesra seperti di Puduraya.

“Saya melawat Puduraya kerana sebahagian besar rakyat menggunakan Puduraya, terutama nak balik kampung, cuti raya.

“Saya tengok, dan bukan sahaja tengok dengan kepala dan mata saya sendiri keadaan di situ, tetapi juga dapat menghidu udara dan bau di situ.

“Saya katakan berbeza dengan taklimat yang diberikan oleh Datuk Bandar berbanding (apabila) turun dan melihat keadaan sebenar di Puduraya.

“Banyak bezanya, macam bumi dan langit,” kata Perdana Menteri.

Najib berkata oleh sebab itu, beliau mahu turun padang dan tidak mahu sebarang formaliti seperti hamparan merah, bunga manggar dan tanpa krew tv (media).

Katanya beliau akan tetap turun padang kerana mahu meninjau sendiri bagi menyelesaikan masalah rakyat.

Katanya kerajaan akan membuat penambahbaikan di Puduraya yang menjadi tumpuan rakyat untuk menggunakan perkhidmatan bas untuk jangka pendek dan jangka sederhana. – Bernama

Kasihan wakil wanita dalam MT UMNO di takuk lama

Mei 14, 2009

March 29, 2009 by admin 

SETIAP kali Perhimpunan Agung UMNO berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra, kelibat Wanita dan Puteri UMNO yang paling ramai.Tetapi agak menyedihkan apabila golongan Hawa ini tidak ramai berada dalam saf kepimpinan Majlis Tertinggi UMNO.

Sejak zaman Puteh Maria menjadi Ketua Kaum Ibu UMNO, kemudian diikuti Khadijah Sidek, Ibu Zain, Fatimah Hashim, Aishah Ghani, Rafidah Aziz dan Siti Zaharah Sulaiman, bilangan pemimpin Wanita UMNO dalam MT boleh dianggap ‘ada tetapi tiada suara’

Peristiwa lama kini berulang lagi. Setelah pemilihan pucuk pimpinan parti pada 2004 bagaikan memberi harapan apabila Wanita UMNO mempunyai tiga orang wakil dalam MT, kini kembali ke takuk lama.

Pada pemilihan MT kelmarin, hanya Datuk Dr. Norraesah Mohamad menjadi calon tunggal wanita.

Ini bermakna hanya tiga ’suara’ wanita akan didengar apabila MT mengadakan mesyuarat. Selain Norraesah, suara wanita akan diwakili oleh Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin yang berstatus Naib Presiden atas kapasiti masing-masing sebagai Ketua Pergerakan Wanita dan Ketua Puteri UMNO.

Jika hanya tiga suara wanita dalam MT UMNO, bagaimana ia dapat ‘melawan’ suarasuara ‘jantan’ yang lebih garau dan bertenaga ketika membincangkan pelbagai isu yang berkepentingan wanita.

Kadangkala rasa kasihan dan simpati kepada kaum wanita yang belum mendapat tempat yang sewajarnya dalam kepimpinan tertinggi UMNO.

Jika berdasarkan jumlah keahlian, Wanita UMNO sahaja iaitu 1.3 juta daripada keseluruhan 3.46 juta ahli wajar wanita diberi lebih daripada satu kerusi dalam MT.

Namun lebih 2,500 perwakilan UMNO sudah membuat pilihan. Dalam hal memberi tempat kepada calon Wanita atau Puteri dalam MT UMNO, banyak yang perlu dipelajari.

Wanita UMNO tidak patut hanya mengharapkan simpati Presiden UMNO untuk melantik wakil mereka menganggotai MT.

Agak menghairankan jika untuk penggal lalu Wanita mempunyai tiga wakil yang dipilih oleh perwakilan iaitu Shahrizat, Norraesah dan Datuk Azalina Othman Said tetapi kenapa hanya tinggal seorang sahaja yang dipilih pada pemilihan kali ini.

Jika diperhatikan lima calon wanita yang kecundang iaitu Azalina, Datuk Noraini Ahmad, Datuk Halimah Mohamed Sadique, Datuk Dr. Siti Zaharah Sulaiman dan Datuk Raja Ropiaah Raja Abdullah adalah gabungan tokoh wanita yang bukan tidak terkenal.

Sudah lama Wanita menyedari bahawa walaupun jumlah keahlian mereka adalah yang tertinggi tetapi daripada segi menjadi perwakilan bahagian, jumlah mereka adalah terkecil dibandingkan perwakilan lelaki.

Hakikatnya Wanita dan Puteri UMNO perlu bergabung tenaga dan pemikiran mencari formula dan strategi meletakkan lebih ramai wakil mereka dalam MT – sekurang-kurangnya jumlahnya tidaklah seperti sekarang.

Ini kerana sampai bila mereka hendak keadaan pembuat dasar parti hanya berlegar dalam kelompok kaum lelaki.

Jika jumlah wanita sebagai kumpulan pembuat dasar dan keputusan dalam bidang pengurusan dan pendidikan kian mengatasi kaum lelaki, tetapi kenapa dalam bidang politik, nampak begitu sukar untuk wanita kita merobohkan tembok politik kaum lelaki.

Jika di luar negara, kita sudah lama melihat kemunculan tokoh-tokoh pemimpin wanita dalam menerajui kerajaan. Tetapi di negara kita, perkara ini belum berlaku.

Sebenarnya Wanita UMNO belum cukup berani untuk memecah tembok politik dalam UMNO itu sendiri. Mereka selesa dengan status kumpulan makcik-makcik yang menjadi perayu undi dalam setiap kali diadakan pilihan raya.

Wanita kini mempunyai barisan pelapis yang berpendidikan agak tinggi yang disalurkan melalui Puteri UMNO. Kilang dari sayap itu mampu menjadikan Wanita UMNO akan datang mempunyai anggota yang mempunyai pelbagai latar belakang ilmu dan kebolehan.

Oleh itu, untuk menambah bilangan wanita dalam MT UMNO pada penggal akan datang, maka Wanita UMNO perlu menyediakan perancangan dalam melahirkan dan mengetengahkan pemimpin yang mereka fikir perlu diberi tempat dalam pucuk pimpinan parti.

Eloklah saf kepimpinan Shahrizat untuk penggal 2008-2011 mengutarakan isu-isu pengupayaan wanita.

Shahrizat kena menggerakkan usaha daripada cakap-cakap menjadi tindakan. Dalam konteks untuk menambah bilangan wakil wanita dalam MT UMNO, maka permintaan ketua wanita cawangan yang mahu secara automatik menjadi perwakilan bahagian perlu dilakukan mulai sekarang.

Rosnah tekad tarik sokongan generasi muda, elak berpecah

Mei 14, 2009

rosnah

March 29, 2009 by admin 

MERAPATKAN kembali saf dalam Puteri Umno selepas berlakunya pertandingan dan merangka gerak bagi menarik sokongan lebih ramai generasi muda kepada Umno akan menjadi keutamaan Ketua Puteri Umno yang baru, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

Rosnah, 37, yang menang dalam pertandingan enam penjuru pada pemilihan julung kali dalam sejarah Perhimpunan Agung Puteri Umno, berkata beliau akan memastikan pertandingan yang berlaku tidak akan menyebabkan sayap itu berpecah.

“Semua calon yang bertanding akan diberikan tempat dalam pergerakan ini kerana kita semua adalah sebuah keluarga,” katanya ketika ditemui selepas diumumkan memenangi jawatan itu.

Beliau juga akan menggerakkan segera jentera pilihan raya Puteri ke Parlimen Bukit Gantang dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau sebaik perhimpunan selesai.

Selain keyakinan perwakilan, beliau juga menyifatkan kemenangan itu sebagai berkat sokongan serta keredaan suaminya, Fadli Juanas, 31, pegawai Jabatan Penerangan, yang sanggup mengambil cuti tanpa gaji selama tiga bulan sejak Disember lalu untuk menyertai kempen beliau di seluruh negara.

Rosnah berkata, beliau tidak menyangka akan memenangi pemilihan kali ini apa lagi mendapat saingan sengit daripada lima calon lain, terutama tiga Exco yang lain iaitu Ketua Penerangan, Datuk Shahaniza Shamsudin; Setiausaha Puteri, Bibi Sharliza Mohd Khalid dan Exco Puteri, Datin Ismalina Ismail.

Dua lagi calon ialah Pengerusi Tetap Puteri Umno Petaling Jaya Utara, Ida Rahayu Mohd Noor dan Ketua Puteri Umno Cawangan OUG, Saarah Ali Bashah.

“Saya menerima mandat ini dengan rendah diri dan berjanji akan memberikan khidmat sebaik mungkin, demi meneruskan kelangsungan perjuangan Puteri Umno,” katanya.

Perhimpunan kali ini menyaksikan buat pertama kali jawatan tertinggi dalam Puteri Umno dipertandingkan. Pada awal penubuhannya lapan tahun lalu, Datuk Seri Azalina Othman Said dipilih menjadi Ketua, manakala pada Perhimpunan Agung 2004, Datuk Noraini Ahmad, dipilih secara kompromi.

Pemuda Berazam Kikis Dakwaan Negatif UMNO Lupa Rakyat

Mei 14, 2009

khairy

March 29, 2009 by admin 

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin berazam mahu mengikis dakwaan negatif bahawa UMNO sudah lupa pada rakyat biasa terutama generasi.

Justeru tegasnya Pemuda UMNO akan melaksanakan pendekatan pro aktif untuk mendekati rakyat sama ada di desa mahupun di kota.

“Kita kena kembalikan program mesra rakyat seperti pemuda masuk kampung, gubal program-program baru seperti pemuda masuk kampus bagi mendampingi pelajar dan juga masuk ke kawasan miskin di bandar.

“Pemuda akan pastikan kita sentiasa berada bersama rakyat. Ini untuk mengikis pandangan negatif mereka kepada kita khususnya UMNO”, katanya.

Pada masa yang sama beliau turut mengulangi janjinya untuk menyatukan dua penyokong calon yang bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO.

“Ini penting kerana kita perlu bersatu dalam berdepan cabaran. Saya mahu pastikan di bawah kepimpinan saya tiada mana-mana pihak yang dipinggirkan”, ujarnya.

Pemilihan cara sekarang sudah lapuk – Ahmad Shabery

Mei 14, 2009


KUALA LUMPUR – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mahu menggunakan pendekatan baru dalam menghasilkan atlet berpotensi tinggi dan mewujudkan impak lebih besar di peringkat antarabangsa. 

Menterinya, Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata, pendekatan baru yang mahu dilaksanakan oleh KBS itu adalah mencari bakat-bakat baru pada usia muda oleh badan tertentu.

Katanya, pendekatan yang digunapakai ketika ini adalah kaedah lama dan tidak lagi relevan dalam mencungkil atlet berbakat negara pada masa depan.

Jelasnya, jika pemilihan atlet pelapis hanya bergantung kepada kejohanan peringkat sekolah sahaja, ia sudah ketinggalan dan ia tidak akan memperbaiki tahap pencapaian sukan Malaysia di pentas antarabangsa.

“Kita tidak mahu lagi bergantung kepada kejohanan yang dianjurkan di peringkat sekolah (menengah) sebagai medan mencungkil bakat-bakat baru.

“Pemilihan atlet negara tidak seharusnya daripada cara tersebut. Ia adalah kaedah lama dan negara pasti tidak akan mencapai perubahan jika cara ini diteruskan.

“Saya melihat bahawa perlunya ada satu badan yang bertanggungjawab mengenalpasti bakat di peringkat umur muda lagi (enam atau tujuh tahun),” katanya selepas mengadakan tinjauan di Stadium Hoki Tun Razak, dekat sini semalam.

Ahmad Shabery berkata, untuk menghasilkan atlet berprestasi tinggi dan berdaya saing di peringkat dunia, golongan tersebut perlu dibentuk dan dikawal sejak dari kecil lagi.

Sebagai contoh katanya, pemain badminton Indonesia, Taufek Hidayat sudah mula mencipta kejuaraan ketika berumur 16 tahun dan mula dibentuk sejak usia muda, katanya.

Untuk itu katanya, jika Malaysia masih mengamalkan gaya pemilihan atlet kebangsaan menerusi kejohanan peringkat sekolah, ia sudah terlambat kerana golongan tersebut sudah berusia dan sukar untuk dibentuk.

Jelasnya, KBS perlu menggunakan mekanisme baru dalam menghasilkan atlet yang lebih berdaya saing dan berpotensi tinggi.

Ditanya sama ada badan tertentu itu akan diwujudkan di bawah KBS atau pihak swasta, Ahmad Shabery berkata, satu penyelidikan terperinci akan dilakukan.

Tambahnya, dia juga akan mengadakan perbincangan yang lebih mendalam bersama Kementerian Pelajaran mengenai sistem pembelajaran untuk golongan muda yang terpilih dalam pendekatan baru KBS tersebut.

 

AHMAD Shabery Cheek (bertali leher) mengambil kesempatan bergambar kenangan bersama pasukan hoki sekolah-sekolah semasa mengadakan lawatan di Stadium Hoki Tun Razak, Jalan Duta, semalam. – UTUSAN/ZULAZHAR SHEBLEE

Honouring Mothers

Mei 14, 2009

Honouring Mothers
Saturday, 09 May 2009

pm1

Mother’s Day is the day we pay respects to those most special of people. A day when we remember that who we are, our successes and very existence, is thanks only to those who brought us into the world. A day when we are thankful for those who continue to guide us, whether present or not.

I remember the guidance and supportive presence of my beloved mother while growing up as the eldest of five sons. Perhaps I was too young to fully understand the responsibilities my mother was shouldering back then as the wife of a Prime Minister. Even at my age today, I doubt I can fully comprehend the largesse and patience of my mother in standing by her sons who are now public figures themselves, constantly in the spotlight. I admire and am humbled by her grace and poise, her generosity and kindness, her wisdom and intuition throughout the years. It is our mothers who enable each of us to fulfill our potential; to fulfill the promise of our arrival; to walk the path that destiny has provided. I would like to express to my mother, Tun Rahah Mohd Noah, my eternal gratitude and love. I would not have become who I am today if not for her undying support and love for me.

 
We should recognise the importance of our origins, and the roles that commitment and loyalty play in our lives. Malaysia has provided generations the support and opportunity to become self-sufficient and successful. As we strive together to create 1Malaysia, by fulfilling the potential of our country, we are returning that spirit of giving and generosity.

So on this day, I salute those who have provided us guidance and support, love and direction. I would like to dedicate this day to the mother of every family in Malaysia. There is nothing that compares to the purity of a mother’s love.

Happy Mother’s Day.

ROMBAKAN KECIL KABINET SABAH

Mei 14, 2009

ROMBAKAN KECIL KABINET SABAH       
Written by Admin    
Wednesday, 13 May 2009 22:51 
KOTA KINABALU: Naib Presiden LDP yang juga Menteri Belia dan Sukan negeri, Datuk Peter Pang En Yin dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah menggantikan Raymond Tan Shu Kiah yang telah menyertai Gerakan.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman mengekalkan Tan dalam kabinet negeri dengan melantik beliau sebagai Menteri Pembangunan Perindustrian yang sebelum ini memegang portfolio Menteri Pembangunan Infrastruktur.

Sebelum ini Menteri Pembangunan Perindustrian, Datuk Ewon Ebin kini dilantik sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar negeri yang dahulu disandang oleh Timbalan Ketua Menteri, Datuk Joseph Pairin Kitingan.

Kitingan pula kini ialah Menteri Pembangunan Infrastruktur.

Pelantikan baru ini diumumkan oleh Musa kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat kabinet negeri di sini hari ini.

Musa turut mengumumkan pelantikan anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merotai, Pang Yuk Ming sebagai Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur menggantikan Datuk Michael Asang yang kini dilantik sebagai Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian.

Datuk Jainab Ahmad Ayid pula, yang sebelum ini memegang jawatan Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian kini dilantik sebagai Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat, menggantikan Donald Peter Mojuntin yang kini dilantik sebagai Pembantu Menteri Kewangan.

Sementara itu, menteri dan pembantu menteri yang lain mengekalkan portfolio masing-masing.

Dalam pada itu Datuk Raymond Tan mengucapkan terima kasih kepada Ketua Menteri Sabah atas kepercayaan dan keyakinannya terhadapnya bagi menjalankan tanggungjawab sebagai Menteri Pembangunan Perindustrian negeri.

Katanya beliau menghormati keputusan Musa untuk menggugurkannya sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah dengan menyatakan ianya menjadi hak Ketua Menteri untuk melantik anggota Kabinet negeri.

Menyifatkan pelantikannya sebagai tugas mencabar, Tan berjanji akan melaksanakan peranan yang diberikan dengan gigih.

“Saya bangga untuk dilantik dan pada hakikatnya, saya sudah pun menyerahkan surat peletakkan jawatan dari kabinet September lepas tetapi diminta oleh Ketua Menteri untuk terus memegang jawatan,” katanya kepada pemberita selepas Musa mengumumkan rombakan kecil kabinet negeri di sini hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Gerakan Sabah menghormati keputusan Musa yang melantik Datuk Raymond Tan sebagai Menteri Pembangunan Perindustrian Sabah.

Pengerusi Perhubungan Gerakan Sabah, Gordon Leong berkata beliau yakin pelantikan semula Tan ke dalam barisan kabinet negeri walaupun berbeza portfolio, akan memberi peluang dan landasan yang lebih untuk wakil Gerakan di Sabah berkhidmat kepada rakyat secara lebih berkesan dan cekap.

Tan sebelum ini merupakan Timbalan Ketua Menteri dan memegang portfolio Menteri Pembangunan Infrastruktur.

“Pelantikan ini membuktikan bahawa Datuk Musa mengiktiraf sumbangan Datuk Raymond selama ini kepada rakyat Sabah,” kata Gordon di sini hari ini.

Tan, bekas timbalan presiden Parti Progresif Sabah (SAPP), baru-baru ini menyertai Gerakan, parti yang berpangkalan di Semenanjung, selepas tidak menyertai mana-mana parti hampir sembilan bulan.

Gordon menyeru semua pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) agar terus memberi kerjasama dan bantuan kepada Tan bagi membolehkannya menjalankan tugas secara berkesan.

“Marilah kita terus menghulurkan kerjasama dalam semangat 1Malaysia demi pembangunan Sabah yang diiktiraf sebagai negeri contoh kepada konsep 1Malaysia,” katanya. (BERNAMA)

SELAMAT MENYAMBUT HARI JURURAWAT : Jururawat Penyayang Hospital Terbilang

Mei 14, 2009

 

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera

Saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Jururawat. Syabas dan Tahniah kerana anda telah berjaya dengan gemilang dalam menjalankan tugas bagi memastikan pesakit-pesakit dan seksyen-seksyen lain mendapat rawatan dengan terbaik dan gemilang. Pengorbanan anda dalam mengkredibiliti bagi memulih dan memberi semangat kepada yang dirawat adalah sangat besar maknanya.

Negara kita Malaysia yang di cintai dan disayangi amat prihatin kepada rakyat dengan pembinaan hospital-hospital yang canggih,dinamik,mewah dan selesa setanding dengan negara-negara lain. Saya bersyukur lahir di negara Malaysia yang amat sayang kepada rakyat sehingga mendahulukan keutamaan prasarana dan keselesaan yang optima.

Sebagai rakyat Malaysia ucapan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abd. Razak Perdana Menteri Malaysia yang merobah pemikiran rakyat ke arah bersatupadu bagi melestarikan Perpaduan 1Malaysia tanpa mengira kaum dan ethnik.

Pekerjaan dalam bidang jururawat sememangnya amat mencabar memerlukan ketahanan minda,jiwa dan penyayang kerana berhadapan dengan pesakit-pesakit yang berbagai karenah dan ragam. Apa yang paling penting senyuman dan amalan toleransi dalam menyampaikan dan menjalankan tugas akan dapat melahirkan jururawat penyayang dan berbudibahasa.

Setakat ini dianggarkan jururawat yang berkhidmat nisbah 1:300. Nisbah jururawat yang kurang ini perlu ditambah sehingga ke nisbah 1:200 orang.

Jururawat Penyayang Hospital Terbilang