Pemilihan cara sekarang sudah lapuk – Ahmad Shabery


KUALA LUMPUR – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mahu menggunakan pendekatan baru dalam menghasilkan atlet berpotensi tinggi dan mewujudkan impak lebih besar di peringkat antarabangsa. 

Menterinya, Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata, pendekatan baru yang mahu dilaksanakan oleh KBS itu adalah mencari bakat-bakat baru pada usia muda oleh badan tertentu.

Katanya, pendekatan yang digunapakai ketika ini adalah kaedah lama dan tidak lagi relevan dalam mencungkil atlet berbakat negara pada masa depan.

Jelasnya, jika pemilihan atlet pelapis hanya bergantung kepada kejohanan peringkat sekolah sahaja, ia sudah ketinggalan dan ia tidak akan memperbaiki tahap pencapaian sukan Malaysia di pentas antarabangsa.

“Kita tidak mahu lagi bergantung kepada kejohanan yang dianjurkan di peringkat sekolah (menengah) sebagai medan mencungkil bakat-bakat baru.

“Pemilihan atlet negara tidak seharusnya daripada cara tersebut. Ia adalah kaedah lama dan negara pasti tidak akan mencapai perubahan jika cara ini diteruskan.

“Saya melihat bahawa perlunya ada satu badan yang bertanggungjawab mengenalpasti bakat di peringkat umur muda lagi (enam atau tujuh tahun),” katanya selepas mengadakan tinjauan di Stadium Hoki Tun Razak, dekat sini semalam.

Ahmad Shabery berkata, untuk menghasilkan atlet berprestasi tinggi dan berdaya saing di peringkat dunia, golongan tersebut perlu dibentuk dan dikawal sejak dari kecil lagi.

Sebagai contoh katanya, pemain badminton Indonesia, Taufek Hidayat sudah mula mencipta kejuaraan ketika berumur 16 tahun dan mula dibentuk sejak usia muda, katanya.

Untuk itu katanya, jika Malaysia masih mengamalkan gaya pemilihan atlet kebangsaan menerusi kejohanan peringkat sekolah, ia sudah terlambat kerana golongan tersebut sudah berusia dan sukar untuk dibentuk.

Jelasnya, KBS perlu menggunakan mekanisme baru dalam menghasilkan atlet yang lebih berdaya saing dan berpotensi tinggi.

Ditanya sama ada badan tertentu itu akan diwujudkan di bawah KBS atau pihak swasta, Ahmad Shabery berkata, satu penyelidikan terperinci akan dilakukan.

Tambahnya, dia juga akan mengadakan perbincangan yang lebih mendalam bersama Kementerian Pelajaran mengenai sistem pembelajaran untuk golongan muda yang terpilih dalam pendekatan baru KBS tersebut.

 

AHMAD Shabery Cheek (bertali leher) mengambil kesempatan bergambar kenangan bersama pasukan hoki sekolah-sekolah semasa mengadakan lawatan di Stadium Hoki Tun Razak, Jalan Duta, semalam. – UTUSAN/ZULAZHAR SHEBLEE

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: