Archive for 15 Mei 2009

Najib nafi punca kemelut politik di Perak

Mei 15, 2009

Daripada Ahmad Zaini Kamaruzzaman

MANADO: Datuk Seri Najib Razak menafikan beliau punca kemelut politik di Perak dan meminta rakyat tidak menyalahkan Sultan Perak kerana pelantikan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar mematuhi undang-undang.

Perdana Menteri berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Sidang Kemuncak Segi Tiga Terumbu Karang (CTI) di sini, hari ini.

Najib berkata, beliau akan menetapkan tarikh pertemuan dengan pemimpin Pakatan Rakyat bagi membincangkan kemelut politik di negeri itu.

 

Bagaimanapun, katanya pemimpin pembangkang tidak harus menetapkan sebarang syarat bagi pertemuan itu.

ANDA SEORANG GURU ? SILA HANTAR UCAPAN : http://alumniagaseh.wordpress.com

Mei 15, 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera

muhyiddin

Sempena sambutan Hari Guru yang diadakan peringkat kebangsaan ini,saya mengalu-alukan kepada guru-guru untuk menghantar ucapan kepada kawan-kawan dan kenalan atau sahabat.Ucapan anda akan diterbitkan di muka hadapan blog seperti alamat di URL : http://alumniagaseh.wordpress.com  .  Selamat Menyambut Hari Guru.Guru Pembina Negara Bangsa.

Teachers’ Day

Mei 15, 2009

Teachers’ Day

 najib

Early last month  an article in the newspaper highlighted one of my former teachers, Mr. Vincent Fernandez. In the article, he gave what I can only describe as a glowing report card of my time as a secondary school student at St John’s Institution, Kuala Lumpur. I was overwhelmed that he remembers me in such a good light; as a boy, I committed my share of pranks back then.

I believe that teachers are some of the most unsung heroes in our nation, at occasions being stationed in the most remote villages in the country. These are people who spend most of their lives nurturing and shaping the offspring of others, as the future human capital to spur the growth of our beloved Malaysia. Too often, their work calls for personal sacrifices, which sometimes go unnoticed and unappreciated by the people they serve.

Once every year, we celebrate their sacrifices and contributions, but we must remember and value them every other day of the year as well.

As parents, we all desire the best education for our children, and hope that they develop into productive members of society.

Teachers are there not just to teach us how to add or subtract numbers, or to read and write in different languages, or to memorise historical dates of our history. They are there to teach us how to be creative, articulate our thoughts well, and understand our role and potential in our community.

Today, I ask everyone to join me in honouring and giving thanks to the educators in Malaysia who have toiled to enlighten the minds of generations of Malaysians, and hope that this venerable fraternity continues to do so with dedication for many more generations.

Happy Teachers’ Day!

 

Hari Guru

Mei 15, 2009
copy dari 1Malaysia

Awal bulan lalu satu artikel di dalam akhbar telah mengenengahkan Encik Vincent Fernandez, salah seorang bekas guru saya. Di dalam artikel tersebut, beliau telah memberikan satu laporan yang boleh saya sifatkan sebagai kad laporan kecemerlangan waktu persekolahan saya sebagai seorang murid sekolah menengah di Saint John Institution, Kuala Lumpur. Saya sangat berbesar hati kerana beliau mengingati saya sebagai seorang murid yang baik, memandangkan sebagai budak lelaki, saya juga terlibat dengan kenakalan pada  waktu persekolahan.

Pada saya guru adalah antara wira yang paling terabai di dalam negara kita, hinggakan adakalanya di tempatkan di kawasan perkampungan yang jauh di pedalaman negara. Mereka ini  menghabiskan sebahagian besar daripada kehidupan mereka mengasuh dan membentuk anak-anak orang lain menjadi bakal modal insan yang akan mendorong  pertumbuhan negara…

EPISOD KETIGA- HATI SEORANG IBU

Mei 15, 2009

Alhamdulillah Syukur Kehadrat Allah SWT,Selawat Ke atas Junjungan Nabi Muhammad SAW,Para Sahabat Kaum Muslimin dan Muslimat.

P4250461

Muslimin yang dirahmati Allah,Islam amat memuliakan seorang IBU sehingga Allah SWT meletakkan IBU di tempat yang kedua selepasnya.Allah SWT mengharamkan penderhakaan ke atas seorang IBU.Ibu mempunyai kedudukan paling mulia dan tinggi berbanding bapa.

Jika seorang anak sakit,makan disuap,tidur mendodoi,berkahwin malahan saat-saat hendak matipun nama ibu yang akan disebut.Ibu yang mengandung,menyusu,menyuap,membersihkan najis kotoran kita.Ketika ibubapa telah tua,kabur penglihatan,pendengaran mereka amat sensitif dan memerlukan kasih sayang antara anak dan ibubapa.Jasa mereka amat besar.Kisah benar ketika seorang lelaki Yaman mendoakan ibunya semasa tawaf.Apakah Rasulullah perbuatan lelaki itu akan menghapuskan dan dapat membalas jasa ibunya.Jawab Rasulullah SAW Apa yang dilakukan tidak dapat menebus kasih sayang dan pengorbanan ibubapa.

Hari ini kita dapat menyaksikan dengan mata kasar mahupun pendengeran dukacita dimaklumkan apabila masyarakat yang melakukan penderhakaan apabila seorang ibubapa dibiarkan sakit,meminggirkan tanpa belas kasihan,dilayan seperti orang gaji,memukul ibu dan sebagainya.Jika perhatikan zaman kini orang ramai berebut-rebut mencium tangan orang lain tapi jarang mencium tangan ibubapa sendiri. Percayalah didunia akan menerima giliran sebagai anak derhaka.Apabila diakhirat kelak akan menerima kemurkaan Allah SWT.

Marilah kita mengubati hati orang tua dengan memperbanyakkan doa untuk mereka.Hormati orang tua adalah amalan mulia yang dapat melahirkan manusia yang saling hormat menghormati antara satu dengan lain.

GURU CERMIN KEGEMILANGAN BANGSA

Mei 15, 2009

P5090122

Guru Pendidik,

Mewarnai Hidup Insan Dengan Kata-Kata,

Menerangi Cahaya Minda Dan Jiwa,

Beralas Ilmu Di dada,

Ikhlas, Amanah Merentangi generasi negara.

 

1Malaysia generasi pelajar dibina,

Bersalut Permata Iman,Ilmu,IT dan Paradigma,

Menerangi 1generasi pelajar jaya,

Yang Dinamik,Proaktif,Optimistik,Kreatif,Informasi baru,

Mewangi Bumi Tanah air Tercinta.

 

Selamat Hari Guru,

Guru Pembina Negara Bangsa,

Bersepadu Mengorak Langkah Gemilang,

Mengakses Medan Ledakan Teknologi Canggih,

Bersalut Budibahasa Budaya Kita,

Gah Diufuk Keterbilangan Bangsa 1Malaysia.

 

Marilah Kita Bersama,

Bina Kekuatan Minda Kelas Pertama,

Fokus Generasi Pelajar Sayang Budaya,

Eratkan Ukhwah Berbilang Bangsa,

Serumpun,Seia Sekata taat perintah,

Setiakawan Menjenama 1Bangsa,

Di Era Globalisasi.

Terima Kasih GuruCermin Kegemilangan,

Tanpa Guru Siapalah 1Rakyat Hari Ini,

Tanpa Guru Tidak Lahir pemimpin Berkalibar,

Tanpa Guru Tidak Lahir generasi pelajar Gemilang,

Tanpa Guru Siapa Kita Hari Ini,

Tanpa Guru Kemana arah Kita.

 

Sayangi…Sayangi…Sayangi GURU..GURU..GURU

Hadiah ini amat kecil maknanya,

Jasamu Tidak Dapat Dibalas,

Walaupun Sejuta kemewahan Diberi,

Namun GURU inspirasasiku sepanjang hayat.

Terima…Kasih..Cikgu…..

SELAMAT HARI GURU 1MALAYSIA 1DUNIA

MAJLIS PENGAJIAN INTENSIF KITAB TURATH I’TIQAD ASWJ [Siri 2] [23 – 24 Mei 2009 / 24-25 Jamadilawwal 1429H]

Mei 15, 2009

 

 

 

Anjuran :
PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM),
&
Kolej Dar Hikmah,
Jalan Sungai Ramal Dalam,
43000, Kajang, Selangor Darul Ehsan

 
OBJEKTIF :

* Menimbulkan kesedaran terhadap kepentingan aqidah dan iman di kalangan belia.
* Mendedahkan umat Islam mengenai kewajiban beramal dengan ilmu daripada ahli agama Islam yang faqih.
* Menghidupkan budaya bertalaqqi secara berkitab.
* Memberi kefahaman tentang konsep dan perlaksanaan nilai-nilai Islam.

TEMA :
Menghidupkan Ruhaniah Berlandaskan Pemantapan Akidah.

TARIKH :
23 – 24 Mei 2009 / 24-25 Jamadilawwal 1429H

TEMPAT :
Kolej Dar Hikmah,
Jalan Sungai Ramal Dalam,
43000, Kajang, Selangor Darul Ehsan
TENAGA PENGAJAR :

1. Al-Fadhil Ustaz Hj. Zamihan Mat Zin Al-Ghari
2. Al-Fadhil Ustaz Ahmad Faidzurrahim
3. Al-Fadhil Ustaz Mohd Rasyiq Alwi

SASARAN :
Seramai 150 orang yang terdiri dari:
* Ahli Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
* Orang Awam
* Pelajar IPTA dan IPTS di Lembah Kelang

YURAN MURAH :
RM 15 [INDIVIDU]

MODUS OPERANDI :
Program diadakan selama 2 hari 1 malam. Mengikut kaedah pengajaran kulit ke kulit menggunkan Kitab I’tiqad Ahlussunnah Wal Jamaah; Kiyai Haji Siradjuddin Abbas. Terbitan PUSTAKA TARBIYYAH Jakarta, Kitab Mukhtasor dan Kitab Aqidah Ibnu ‘Asakir (Aqidah Mursyidah).

(Talaqqi kitab/Pembentangan/)

TENTATIF PROGRAM

Sabtu (23/05/2009)

7:30 pagi : Sarapan dan Pendaftaran

8:30 pagi : Taklimat & Aluan oleh ;

Saudara Abd. Muntaqqim Bin Zulkifli

Timbalan Presiden PKPIM

9: 15 pagi : Slot 1 : Al-Fadhil Ustaz Ahmad Faidzurrahim

Syarah Kitab Aqidah Muslimin (Diiktiraf Universiti Al-Azhar).

10:45 pagi : Minum pagi

11:00 pagi : Slot 2 : Al-Fadhil Ustaz Ahmad Faidzurrahim

Penjelasan Ajaran Bertentangan Dengan Ahli Sunnah Wal Jama’ah.

12:30 tghari : Makan Tengahari & solat Zohor

2:00 petang : Slot 3 : Al-Fadhil Ustaz Mohd Rasyiq Alwi

Kitab Mukhtasor (1).

4:00 petang : Slot 4 : Al-Fadhil Ustaz Mohd Rasyiq Alwi

Kitab Mukhtasor (2).

6:00 petang : Makan Malam

7:00 malam : Solat Maghrib & Kuliah/Tazkirah & solat Isya’

9:00 malam : Slot 5 : Al-Fadhil Ustaz Mohd Rasyiq Alwi

Penjelasan Bid’ah & Ancaman Terhadap Aqidah Ahli Sunnah Wal Jama’ah.

9:45 malam: Slot 6 : Al-Fadhil Ustaz Mohd Rasyiq Alwi

Talaqqi & Ijazah Kitab Aqidah Ibnu ‘Asakir (Aqidah Mursyidah).

10:00 malam : Minum malam & Berehat
Ahad (24/05/2009)

4:00 pagi : Qiamullail

6:00 pagi : Solat Subuh /Tazkirah /Sarapan pagi

8:30 pagi : Slot 7 : Al-Fadhil Ustaz Hj. Zamihan Mat Zin Al-Ghari

Syarah Kitab I’tiqad Ahlus Sunnah Wal Jamaah

10:30 pagi : Minum pagi

11:00 pagi : Slot 8 : Al-Fadhil Ustaz Hj. Zamihan Mat Zin Al-Ghari

Syarah Kitab I’tiqad Ahlus Sunnah Wal Jamaah

12:00 tghari : Ulasan & Penutup oleh;

Saudara Mohd Hilmi B. Ramli

Presiden PKPIM

1:00 tghari : Makan Tengahari

2:00 petang : (Check-out)

 

Sebarang Pertanyaan, Sila Hubungi ;

Saudara Ikhram Husin [019-3731744]
Saudari Izzah Khanani [013-2197192]

 

 

…MOHON SEBARAN…
‘DEMI ALLAH UNTUK ISLAM’

” ALLAH ADA TANPA BERTEMPAT

Cuepacs setuju kakitangan sokongan naik pangkat

Mei 15, 2009

 
PUTRAJAYA: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Sektor Awam (Cuepacs) menyifatkan langkah kerajaan menimbang untuk menaikkan pangkat kakitangan sokongan dalam perkhidmatan Persekutuan sebagai suntikan semangat untuk penjawat awam meningkatkan produktiviti dan khidmat.

Presidennya, Omar Osman, berkata pihaknya menerima baik kesediaan kerajaan itu kerana ia adalah perkara yang ditunggu-tunggu oleh lebih 100,000 kakitangan dalam kumpulan itu sejak tiga tahun lalu.

“Ia adalah motivasi kepada mereka dan Cuepacs berharap sebagai balasan, kakitangan berkenaan akan bekerja bersungguh-sungguh dan meningkatkan integriti,” katanya.

 

Beliau mengulas pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, bahawa kira-kira 176,066 pegawai kumpulan sokongan bagi perkhidmatan persekutuan yang berkhidmat lebih 15 tahun akan dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat menerusi kaedah Khas Untuk Penyandang (PKU) berkuat kuasa 1 Julai ini.

Omar berkata, kerajaan bertindak adil terhadap kakitangan terbabit menerusi langkah itu kerana ada antara mereka yang sudah berkhidmat dalam gred sama antara 25 hingga 30 tahun tanpa dapat merasai nikmat kenaikan pangkat.

“Cuepacs mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri dan kerajaan terhadap langkah itu,” katanya.

200,000 kakitangan awam naik gaji

Mei 15, 2009

 
PUTRAJAYA: Lebih 200,000 kakitangan awam mendapat durian runtuh apabila kerajaan bersetuju memberi kenaikan pangkat Khas Untuk Penyandang (KUP) bagi pegawai kumpulan sokongan yang berkhidmat lebih 15 tahun serta menggubal dua skim baru dan menaik taraf lapan skim perkhidmatan, mulai 1 Julai ini.

Kenaikan pangkat secara KUP itu turut meliputi kakitangan Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun Persekutuan dan Negeri serta Pihak Berkuasa Tempatan, manakala skim baru membabitkan Pegawai Penyediaan Makanan dan Pembantu Laut.

Lapan skim perkhidmatan yang akan dinaik taraf pula termasuk Operator Mesin Prosesan Data, Pembantu Tadbir Rendah dan Jaga.

 

Mengumumkannya pada Perhimpunan Hari Pekerja Sektor Awam di sini semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata langkah itu sebagai penghargaan kerajaan terhadap sumbangan kakitangan awam selama ini.

Beliau berkata, 176,066 pegawai kumpulan sokongan dalam perkhidmatan Persekutuan yang berkhidmat lebih 15 tahun akan dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat secara KUP, manakala 20,637 lagi penjawat awam terbabit dalam pelaksanaan dua skim baru dan lapan skim yang akan dinaik taraf.

“Keputusan kerajaan ini akan membabitkan kos sebanyak RM170.4 juta,” katanya pada majlis anjuran Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs).

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta menteri Kabinet dan Presiden Cuepacs, Omar Osman.

Sementara itu, surat edaran Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam menjelaskan, kenaikan pangkat secara KUP itu turut diperluaskan kepada kakitangan Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun Persekutuan dan Negeri serta Pihak Berkuasa Tempatan.

“Bagaimanapun, keputusan ini tidak menjejaskan urusan kenaikan pangkat bagi mengisi kekosongan hakiki yang telah ditetapkan dalam skim perkhidmatan,” katanya.

Ismail berkata, kenaikan pangkat bagi kumpulan berkenaan juga mempunyai lima syarat lain termasuk memperoleh markah 80 peratus ke atas bagi Laporan Penilaian Prestasi Tahunan tiga tahun terkini serta lulus Penilaian Tahap Kecekapan (PTK).

Bagaimanapun, kenaikan pangkat itu tidak membabitkan pegawai dalam Skim Lepasan Diploma yang mempunyai kaedah kenaikan pangkat lain.

Terdahulu, Perdana Menteri dalam ucapannya, mahu kakitangan awam menumpukan usaha meningkatkan produktiviti berasaskan inovasi dan ekonomi pengetahuan, sekali gus mampu menambah hasil negara.

Beliau berkata peningkatan hasil negara juga membolehkan pendapatan pekerja ditingkatkan secara lonjakan berganda.

“Saya bukanlah orang yang tidak prihatin terhadap pekerja. Rekod saya selama ini di Kementerian Pertahanan, tanyalah perajurit kita. Di Kementerian Pelajaran, tanyalah guru-guru apa yang saya telah buat, tak pernah dalam sejarah ada kenaikan pangkat berasaskan tempoh.

“Sayalah orang pertama memperkenalkan ‘time-based promotion’. Bermakna kita sentiasa (memikirkan) bagaimana untuk mempertingkatkan (pendapatan) tetapi pokoknya, produktiviti dan hasil negara juga mesti ditingkatkan,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan boleh menjadi popular jika menaikkan gaji kakitangan awam setiap tahun, tetapi langkah itu tidak boleh dilakukan.

“Bagaimanapun, jika hasil negara meningkat, kerajaan tentu tidak akan melupakan pekerja. Cuepacs minta (kenaikan gaji), pejam mata pun saya boleh luluskan, tak payah dia nak lambung (puji) saya katakan saya Perdana menteri yang segak dan ceria,” katanya berseloroh.

Perdana Menteri juga berkata, penjawat awam dan anggota pentadbiran perlu bekerjasama secara dua hala dengan masing-masing saling menjaga kepentingan.

“Kita perlu melihat keseluruhan hala tuju negara dan perlu sama-sama faham. Kerajaan perlu faham denyutan nadi rakyat,” katanya.

SELAMAT HARI GURU : GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Mei 15, 2009

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Dan salam sejahtera,salam perpaduan salam transformasi ke arah keterbilangan.

Setelah 1Rakyat Malaysia meraihkan Hari Ibu,Hari Jururawat kini tiba masanya khas untuk GURU-GURU 1Malaysia diraihkan.Guru sebagai pembimbing kepada pelajar-pelajar bermula dari A hingga Z bagi memberi kefahaman,kepiintaran,berilmu,berwawasan dan melahirkan manusia yang berpengetahuan dan berakhlak mulia.Guru sebagai contoh kepada semua pelajar-pelajar bagi mengharungi kehidupan serba modenaisasi dan informasi IT. Untuk mempersiapkan generasi pelajar menangani cabaran-cabaran baru sejajar dengan tuntutan era informasi ledakan teknologi canggih, kita berpendapat tidak dapat tidak kita perlu memperbaharui transformasi azam baru yang melangkah pembinaan generasi pelajara yang menyumbang pemikiran,peluang-peluang pekerjaan,saintis negara,para intelektual,teknokrat,pakar doktor,jurutera,proffesional IT dan lain-lain lagi.Disamping guru-guru hebat dalam negara mendidik pelajar-pelajar dalam negara guru-guru juga perlu proaktif,dinamik,kreatif dan berinovatif mewarnai dunia baru pelajar-pelajar masa kini.

Sistem pembelajaran dan pengajaran yang serba canggih kini menuntut guru-guru berkemahiran dalam penguasan ilmu IT secara komprehensif dan sistematik digital.Dengan ini, kita tidak akan terperangkap dan tenggelam dalam ledakan dan kecepatan maklumat yang begitu sukar hendak dikawal.Selain daripada itu, kajian ini juga boleh menunjukkan impak teknologi tersebut ke atas anak didik kita dan bagaimana kita boleh mengawal kesan-kesan negatif dan pengaruh sampingan daripada liberalisasi informasi ini.

Dalam zaman informasi di mana kita berada sekarang, masyarakat Malaysia mesti kaya dengan informasi. Bukanlah suatu pada hari ini di mana tidak ada negara yang kaya dan maju tetapi miskin informasi dan tidak ada negar yang kaya informasi tetapi miskin dan tidak membangun…Literasi komputer merupakan satu kemestian jika kita ingin maju dan berkembang.Alvin Toffler dalam buku bestseller beliau Powershift juga pernah menegaskan bahawa ilmu pengetahuan (informasi) itu adalah kuasa dan sesiapa yang menguasainya pada masa depan akan menguasai dunia.

Bahasa jiwa bangsa perlu dipertahankan dan menjadi bahasa rasmi dalam sistem pembelajaran dan pengajaran.Jika bahasa ini berakar dan tumbuh subur rakyat akan meletakkan asas perpaduan bangsa 1Malaysia sebagai tonggak kegemilangan negara kita.Disamping kita hebat dalam bahasa melayu pelajar-pelajar kita juga perlu menguasai pelbagai bahasa bagi menembusi pasaran pembelajaran peringkat antarabangsa dan hubungan baik dengan negara-negara di dunia.Bahasa english adalah amat penting di ajar dan dijadikan teras dalam pengajaran khususnya bermula diperingkat tabika/tadika/taska bagi menimbulkan minat dan kemahiran dalam berbahasa dalam pelbagai bahasa.

Sekolah-sekolah masa kini disetiap daerah semakin canggih dan moden.Jauh berbeza dahulu dengan prasarana yang hanya menyediakan bangunan-bangunan kayu,kerusi kayu,meja kayu dan segala-galanya ala kampung.Tetapi hari ini kita dapat menyaksikan sendiri samada di kawasan bandar mahupun luar bandar sekolah-sekolah moden telah tumbuh dibina oleh kerajaan Malaysia dibawah pentadbiran Kerajaan Barisan Nasioanl.Ini menunjukkan kerajaan sekarang amat prihatin,mengkaji dan anjakan paradigma melahirkan generasi pelapis yang berpengetahuan tinggi peringkat GLOKAL.Guru-guru siapsiaga sepanjang masa dalam menerima kemasukan perubahan demi perubahan bagi peningkatan kualiti terbaik.

Sempena hari guru ini di ucapkan selamat hari guru.Harapan 1rakyat Malaysia kepada guru-guru terus membimbing,mendidik,mengakses IT,proaktif,bersifat penyayang dan dedikasi dalam melahirkan generasi pelajar-pelajar 1Malaysia ke arah Transformasi pelajar cemerlang,gemilang dan terbilang.