Cuepacs setuju kakitangan sokongan naik pangkat

 
PUTRAJAYA: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Sektor Awam (Cuepacs) menyifatkan langkah kerajaan menimbang untuk menaikkan pangkat kakitangan sokongan dalam perkhidmatan Persekutuan sebagai suntikan semangat untuk penjawat awam meningkatkan produktiviti dan khidmat.

Presidennya, Omar Osman, berkata pihaknya menerima baik kesediaan kerajaan itu kerana ia adalah perkara yang ditunggu-tunggu oleh lebih 100,000 kakitangan dalam kumpulan itu sejak tiga tahun lalu.

“Ia adalah motivasi kepada mereka dan Cuepacs berharap sebagai balasan, kakitangan berkenaan akan bekerja bersungguh-sungguh dan meningkatkan integriti,” katanya.

 

Beliau mengulas pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, bahawa kira-kira 176,066 pegawai kumpulan sokongan bagi perkhidmatan persekutuan yang berkhidmat lebih 15 tahun akan dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat menerusi kaedah Khas Untuk Penyandang (PKU) berkuat kuasa 1 Julai ini.

Omar berkata, kerajaan bertindak adil terhadap kakitangan terbabit menerusi langkah itu kerana ada antara mereka yang sudah berkhidmat dalam gred sama antara 25 hingga 30 tahun tanpa dapat merasai nikmat kenaikan pangkat.

“Cuepacs mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri dan kerajaan terhadap langkah itu,” katanya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: