EPISOD KEDUA – WALAUPUN SEHELAI SEPINGGAN HIDUP PERLU DITERUSKAN

 

 

Seorang ibu rela berkorban walaupun hanya tinggal sehelai sepinggan.Namun ketabahan Ibu ini meneruskan hidup akan diteruskan bersama anak-anak dan cucunya yang hampir mati.Nasib baik seorang insan pemamndu lori Tong Len berjaya menyelamatkan cucunya.Pemuda itu rela berkorban mengharungi api ganas rakus menyala sehingga berjaya menyelamatkan cucu ibu ini.Namun pemuda ini juga berasa pilu kerana tidak berjaya menyelamatkan seorang lagi cucu ibu ini kerana api lebih pantas sepantas kilat menjilat mangsa tanpa kedengaran lagi suara tangisan,suara meminta tolong,tanpa kelihatan meronta-ronta.Hakikat,pemuda ini seorang yang berhati mulia bersifat berperikemanusian sanggup berkorban jiwa raga,bergadai nyawa ditengah-tengah wap api tsunami pemuda ini rela tanganya mengelupas dan terbakar dimamah api pedih,muka pemuda ini terkopek disambar api rakus.Baginya nyawanya rela dikorban demi kanak-kanak yang masih kecil lagi.

P5120155P5120150P5120149P5120141P5120154

 

Ibu ini sudah lama ditinggalkan suami kerana panggilan illahi yang maha esa.Ketabahan ini telah lama bersemadi dan diharungi bersama anak-anak yang ada.Kebakaran ini telah mengakibatkan kad pengenalan ibu dan anak-anak hangus terbakar dan kita boleh lihat di kawasan terbakar hanya tinggal debu-debu halus.Jika dikumpul sekalipun dan menggunakan mikrosof saintis pun amat sukar dan tidak akan menemui timbunan-timbunan cantuman semula.Doa dan air mata seorang ibu ini,mengiringi hari-hari kehidupan dengan penuh redha takdir illahi.Hari ini ibu tiada harta lagi,harta yang ada hanyalah anak-anak yang membantu ibu ini untuk meneruskan hidup seharian.

Ibu ini amat bersemangat untuk terus hidup kerana orang-orang kampung Batu 21 amat prihatin,penyayang dan rela bersama-sama berkorban membantu ibu ini.Setiap hari orang-orang kampung menjenguk ibu ini.Sehingga masa kenduri arwah cucunya telah dibantu oleh orang kampung dan doa kenduri ketiga diadakan bersama-sama.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: