Archive for 16 Mei 2009

SAYA KAGUM DENGAN Y.A.B. DATO’ SERI MOHD NAJIB TUN ABD. RAZAK PERDANA MENTERI MALAYSIA

Mei 16, 2009

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Perpaduan 1Malaysia

PERSEKUTUAN

Saya amat berbangga dan terharu dengan ucapan tahniah yang penuh ikhlas daripada Presiden Amerika Syarikat Barak Obama yang ditujukan khas kepada Perdana Menteri yang kita sayangi,kagumi,hormati,berjiwa rakyat,berpandangan jauh kehadapan,anjakan paradigma,bertransformasi era baru,kreatif,dinamik,proaktif,berfikir menjenama 1Malaysia ke arah kegemilangan 1Rakyat terpancar di seanterio globalisasi.

Saya berkeyakinan besar negara kita akan dapat merencana dan mengakses pantas keunikan ekonomi yang mapan dan berdaya maju di masa hadapan.Saya berharap sebagai rakyat 1Malaysia,marilah kita letakkan minda berfokus membina sebuah negara bangsa,jatidiri menyayangi tanahair tercinta,setiakawan mewujudkan kasih sayang dalam rantaian perpaduan,insaf tanah air tercinta memerlukan rakyat bersepadu,bersatu hati,sejiwa,sederap,selangkah,sempurna proaktif melestarikan transformasi besar negara bagi meletakkan nama Malaysia di pancaran antarabangsa yang unik,dinamik dan 1hati,1matlamat 1visi 1misi merentangkan kedamaian dan kemakmuran sebuah negara yang berwawasn mencipta keterbilangan nilai 2020.

Syabas,syabas,syabas,syabas,syabas,syabas,syabas dan tahniah. Marilah kita rakyat 1Malaysia mengucapkan syabas dan tahniah kepada Y.A.B. Dato Seri Mohd Najib Bin Tun Abd. Razak Perdana Menteri Malaysia di atas salam tahniah daripada Presiden Amerika Syarikat.

Saya Bangga Sebagai Warganegara Malaysia Rakyat Sabah

Transformasi 1Malaysia

Daripada

Penganalisis SilamGemilang

Obama ucap tahniah kepada Najib atas pelantikan sebagai PM

Mei 16, 2009

pm2
KUALA LUMPUR: Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Najib Razak atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri dan menyatakan kesediaannya untuk bekerjasama dengan Najib di masa depan.

Dalam perutusan tahniah kepada Najib, Obama berkata: “Kedua-dua negara kita menjalin hubungan yang erat dan saya tahu bahawa anda sudah memainkan peranan penting dalam memupuk hubungan itu.

“Anda dan saya berpeluang untuk menerajui negara kita pada ketika sedang berdepan dengan pelbagai cabaran dan peluang. Tindakan kita akan memberikan kesan yang besar dan usaha bersama kita akan memberikan impak positif berkekalan,” katanya.

 

Obama berkata, beliau bersedia menjalin kerjasama erat dengan Najib dalam menangani cabaran berkenaan dan memanfaatkan setiap peluang yang ada.

“Saya ucapkan selamat maju kepada anda dalam menjalankan tanggungjawab baru sebagai Perdana Menteri,” katanya. – Bernama