‘Desak bubar DUN Perak muslihat kempen Husam’

 
KUALA LUMPUR: Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa cuba mempergunakan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dan Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek demi kepentingan politiknya menjelang Muktamar Tahunan Pas, bulan depan.

Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Ahmad Atory Hussain, berkata tindakan Husam yang mahu dua tokoh Barisan Nasional (BN) itu menasihatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bagi membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak tidak wajar.

“Bagi saya usaha ini ada agenda politiknya di tengah kekalutan berlaku di Perak untuk meraih simpati serta mendapatkan perhatian, malah beliau dilihat begitu bersungguh-sungguh untuk merealisasikan perkara ini.

 

“Kemelut politik di Perak tidak perlu kepada campur tangan mana-mana pihak, ia adalah kuasa Sultan Perak. Dalam soal ini kita perlu biarkan Sultan dan mahkamah membuat keputusan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Husam yang mengadakan pertemuan dengan Tengku Razaliegh dan bercadang untuk bertemu Dr Chua bagi menasihati Perdana Menteri.

Sebelum ini, Husam yang turut dicalonkan bagi merebut jawatan Timbalan Presiden Pas pada muktamar bulan depan, turut mendakwa ada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Umno akan melompat parti dalam masa terdekat ini, namun sehingga kini apa yang didakwanya itu tidak berlaku .

Dr Ahmad Atory berpendapat, sekiranya Husam terus mengeluarkan kenyataan bersifat kontroversi, beliau dilihat lebih kepada usaha untuk meraih undi perwakilan pada muktamar akan datang.

Sementara itu, penganalisis politik, Prof Madya Shamsuddin Abd Rahman, berkata tindakan Pakatan Rakyat seolah-olah tidak boleh menerima kenyataan apabila kerajaan pemerintahan mereka tidak mampu bertahan lama.

“Undi tidak percaya adalah penyelesaian kepada kemelut politik di Perak, biar pun Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menjadi Menteri Besar, dengan syarat semua Adun BN termasuk tiga Adun lompat parti tidak digantung daripada Sidang Dewan,” katanya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: