Elak krisis dalaman BN: Zahid

 
BUKIT MERTAJAM: Semua pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) diminta menghentikan perbalahan dalaman parti masing-masing dan menumpukan usaha kepada menyelesaikan masalah rakyat.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata sebarang perbalahan atau masalah dalaman parti perlu diselesaikan segera supaya tumpuan dapat diberikan kepada rakyat.

“Saya minta setiap parti memperbaiki kelemahan masing-masing dan menjaga kampung halaman sendiri. Janganlah kita sibuk berpolitik sehingga menjejaskan kepentingan rakyat,” katanya kepada pemberita selepas menemui masyarakat Siam di Kampung Teluk Wang, di sini semalam.

 

Beliau berkata, pada masa sama kerjasama antara parti komponen perlu dieratkan dan jika ada sebarang masalah hubungan antara parti-parti itu, ia perlu diketepikan.

“Saya minta pemimpin parti komponen BN mengetepikan sebarang perbezaan dan masalah agar keserasian dijalin semula. Janganlah pemimpin sibuk menyelesaikan masalah mereka dan tidak peduli masalah yang dihadapi rakyat,” katanya.

Ahmad Zahid, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, berkata keputusan Pilihan Raya Umum 2008 bukan kerana pembangkang terlalu kuat tetapi BN berada dalam keadaan lemah kerana masalah dalamannya.

Beliau yakin BN akan kembali sebagai parti yang kuat pada pilihan raya umum akan datang jika parti komponennya dapat mengukuhkan persefahaman mereka.

Bagi Pulau Pinang, katanya Umno negeri akan mengadakan pertemuan dengan pemimpin parti komponen BN sekurang-kurangnya sebulan sekali dan setakat ini perjumpaan sudah diadakan dengan Gerakan dan MCA.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, Umno Pulau Pinang akan menggunakan sepenuhnya kekuatan jentera bagi menghadapi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, hujung bulan ini.

“Langkah itu berdasarkan pengalaman pilihan raya kecil sebelum ini yang menunjukkan penduduk tempatan lebih selesa jika kempen dilakukan jentera tempatan,” katanya sambil menambah keputusan bertanding itu akan diputuskan pada mesyuarat Dewan Tertinggi BN hari ini.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: