Archive for 19 Mei 2009

Golongan muda dicabar harumkan nama negara

Mei 19, 2009

Golongan muda dicabar harumkan nama negara
Oleh Johari Ibrahim
joib@bharian.com.my

zahrazahra1

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak semalam, mengemukakan cabaran kepada rakyat Malaysia, khususnya golongan muda untuk tampil melakukan sesuatu kejayaan yang tidak pernah mereka fikirkan.

Perdana Menteri berkata, pada masa ini, sudah ada rakyat Malaysia yang mampu melakukan sesuatu luar biasa dan mengharumkan nama negara seperti berjaya ke puncak Gunung Everest, menjelajah Kutub Utara dan Selatan dan berenang merentas lautan sejuk Selat Inggeris.

“Biar dunia tahu bahawa rakyat Malaysia bersemangat cekal, tabah serta waja dan sudah sampai ke bumbung dunia (Gunung Everest) serta dari gurun terpanas ke dasar laut sejuk Selat Inggeris,” katanya berucap pada majlis penyerahan Jalur Gemilang kepada perenang wanita remaja negara, Zahra Masoumah Abdul Halim, 18, yang akan berenang merentas Selat Inggeris pada Julai ini.

 

Katanya, percubaan Zahra Masoumah boleh dijadikan model oleh golongan muda untuk mencuba sesuatu yang luar biasa sekali gus berupaya mengelakkan mereka daripada terpesong ke jalan lain terutama yang tidak diredai Allah.

Renangan itu adalah fasa ketiga Ekspedisi Ekstrim 7 Benua 7 Nilai (EE7B7N) yang bakal menjadikan Zahra Masoumah perenang beragama Islam termuda dunia berbuat demikian, bagi jarak antara 34 hingga 37 kilometer dan purata suhu air 15 darjah celsius.

Najib berkata, kerajaan berharap cabaran yang dilalui Zahra Masoumah menjadi pemangkin kepada golongan muda supaya cuba melakukan perkara yang mereka tidak terfikir boleh lakukan.

“Ini adalah cabaran kepada anak-anak muda supaya melakukan perkara yang luar biasa walaupun tidak semua boleh melakukan seperti Zahra tetapi biar hidup kita mencapai perkara yang difikirkan tidak mungkin kita capai,” katanya.

Majlis itu diadakan di Jabatan Perdana Menteri dan Najib adalah Penaung Kehormat EE7B7N fasa ketiga itu.

Najib berkata, usaha Zahra Masoumah adalah kali pertama membabitkan perenang wanita negara selepas kejayaan dicapai Datuk Malik Mydin sebelum ini.

PENGERUSI BN BAHAGIAN SILAM ? ANAK MUDA DIKAGUMI RAKYAT BERBILANG SUKU KAUM AMAT DI PERLUKAN

Mei 19, 2009

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Dan Salam Perpaduan

 

P1021048P1020945

Saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada YAB Dato Seri Mohd Najib Tun Abd. Razak Perdana Menteri Malaysia kerana telah membuat Transformasi Baru dalam Barisan Nasional. Tahniah diucapkan depada Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, dilantik sebagai Ketua Penyelaras Barisan Nasional (BN) di negeri yang dikuasai pembangkang.

YAB Dato’ Seri telah mengumumkan perubahan dalam BN antaranyan Jawatan baru yang diwujudkan Ketua Penerangan BN, Puteri BN,Ketua Puteri BN Dijemput terus dalam mesyuarat. YAB Dato’ Seri Najib mengumumkan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor Sebagai Setiausaha Agung BN, manakala Bendahari ialah Datuk Ahmad Husni Hanadzlah yang juga Bendahari UMNO.

 P1020925

Pengerusi BN peringkat Bahagian akan ditentukan dalam masa terdekat ini.Saya yakin pemilihan Pengerusi Komponen Barisan Nasional peringkat Bahagian di seluruh negeri di Malaysia termasuk Bahagian Silam,Sabah akan menerima Pengerusi BN yang menjadi perbualan hangat selama ini.Parlimen Silam memerlukan seorang pemimpin yang berlandaskan MERIT dan hubungan baik antara masyarakat UMNO,MCA,MIC,PBS,PBRS,UPKO,LDP,GERAKAN.

P1021060

Berdasarkan MERIT di kawasan Silam, seorang pemimpin yang berjiwa rakyat sentiasa mendampingi suku kaum Cina,India,KadazanDusun,Bajau,Idahan,Elanun,Suluk dan lain-lain lagi.Berdasarkan kajian terhadap orang ramai pemimpin yang amat sesuai dan layak adalah seorang anak muda yang berstatus dan bertugas di kawasan Parlimen P188 Silam. Kehebatan anak muda ini telah terbukti apabila khususnya masyarakat Komponen Barisan Nasional menganggap luar biasa,suka berkawan,hadir program walaupun secara kecil-kecilan,rajin melawat ke kawasan,suka berdamping dengan semua kaum,mudah melemparkan senyuman,jujur,amanah,ikhlas dan lain-lain lagi.Mungkin selama ini kita tidak pernah mendenger,melihat dan menyaksikan perhatian terhadap masyarakat kaum lain mendapat pembelaan dan perhatian daripada pemimpin yang sayang kepada rakyat Malaysia. Rakyat di kawasan Silam terkejut dengan seorang anak muda ini kerana lebih awal,proaktif,penyayang,masuk kampung jauh terpencil sehingga ke Tambisan dan gading-gading berjaya membangunkan masyarakat yang hidup tanpa menikmati kehidupan di alam nyata.Hari ini baginya satu keajaiban apabila seorang anak muda melayu rela,prihatin dan berhati baik memberi bantuan makanan kepadanya.

P1021005

Saya teringat kata-kata Samy Vellu;

Samy Vellu berkata, beliau boleh meletakkan jawatan pada bila-bila masa sekiranya pihak yang membuat desakan itu berupaya menjadi `bomoh’ untuk menjadikan MIC stabil dan kukuh dalam sekelip mata.

“Saya sudah membuat keputusan dan menetapkan masa untuk saya pergi (mengundurkan diri). Bukan kerana usia saya (nak undur), tetapi saya mahu menyerahkannya kepada pemimpin lebih muda. Namun ingat ‘old is gold’.

“Pemimpin MIC pada masa depan harus bertumpu kepada usaha memajukan masyarakat (India) dan mesti sentiasa mendekati golongan miskin. Banyak perancangan harus dilaksanakan orang baru itu untuk meneruskan usaha yang sudah dibuat sejak 29 tahun lalu.

“(Mesti) seorang lelaki (pemimpin) yang berjiwa rakyat,” katanya sambil tidak menafikan ada perancangan untuk menggantikan pemimpin veteran di beberapa negeri dengan generasi muda pada pemilihan MIC September ini.

 

Penganalisis SilamGemilang

Dr Chua ketua penyelaras BN

Mei 19, 2009

Oleh Norfatimah Ahmad, Anwar Hussin dan Anwar Patho Rohman
bhnews@bharian.com.my
KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, dilantik sebagai Ketua Penyelaras Barisan Nasional (BN) di negeri yang dikuasai pembangkang.

Pelantikan bekas Menteri Kesihatan itu, diumumkan Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, semalam.

Najib berkata, jawatan yang baru diwujudkan itu bertujuan memberi tumpuan kepada negeri yang tidak dikuasai BN.

 

“Dewan Tertinggi juga memutuskan untuk mewujudkan jawatan Ketua Penerangan BN, bagaimanapun penyandang akan ditentukan dalam mesyuarat akan datang.

“Selain itu, Puteri BN akan diwujudkan secara rasmi dan semua parti komponen akan ambil tindakan susulan mengikut cara masing-masing untuk menubuhkan sayap berkenaan. Ketua Puteri BN juga secara rasmi dijemput untuk menghadiri mesyuarat BN,” katanya.

Najib juga mengumumkan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sebagai Setiausaha Agung BN, manakala Bendahari ialah Datuk Ahmad Husni Hanadzlah yang juga Bendahari Umno.

Bagaimanapun, katanya, pelantikan Pengerusi BN di peringkat bahagian pula akan ditetapkan pada masa terdekat.

Beliau juga menyenaraikan pelantikan Pengerusi BN negeri termasuk beliau di Selangor,

Tan Sri Muhyiddin Yassin menerajui BN Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shafie Apdal (Kedah); Datuk Mustapa Mohamad (Kelantan); Datuk Seri Hishammuddin Hussein (Terengganu) dan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (Pulau Pinang).

Selain itu, katanya, BN di Perlis, Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor serta Sabah dan Sarawak pula akan dipengerusikan Menteri Besar dan Ketua Menteri negeri masing-masing.

Sementara itu, Perdana Menteri berkata, kerajaan tidak akan tunduk kepada ugutan Barisan Bertindak Hak-hak Hindu (Hindraf) supaya pemimpinnya, P Utahayakumar tidak dihadapkan ke lembaga penasihat Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

“Tiada sesiapa boleh memberi kata dua kepada kerajaan dan setiap pihak perlu hormati undang-undang.

“Kita sudah buktikan kerajaan sekarang adalah kerajaan bertimbang rasa dan tidak zalim atau menekan mana-mana pihak.

“Jika beliau (Hindraf) menghormati undang-undang, kerajaan juga akan menguatkuasa undang-undang dengan cara paling berhemah,” katanya.

Sebelum ini Pengerusi Hindraf, P Waythamoorthy dilaporkan memberi kata dua kepada kerajaan supaya menarik balik arahan kepada abangnya, Uthayakumar, supaya bertemu dengan lembaga penasihat ISA.

Waythamoorthy yang tinggal di London mengeluarkan ugutan yang Hindraf akan melakukan perhimpunan jalanan di seluruh negara pada bulan depan.