Golongan muda dicabar harumkan nama negara

Golongan muda dicabar harumkan nama negara
Oleh Johari Ibrahim
joib@bharian.com.my

zahrazahra1

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak semalam, mengemukakan cabaran kepada rakyat Malaysia, khususnya golongan muda untuk tampil melakukan sesuatu kejayaan yang tidak pernah mereka fikirkan.

Perdana Menteri berkata, pada masa ini, sudah ada rakyat Malaysia yang mampu melakukan sesuatu luar biasa dan mengharumkan nama negara seperti berjaya ke puncak Gunung Everest, menjelajah Kutub Utara dan Selatan dan berenang merentas lautan sejuk Selat Inggeris.

“Biar dunia tahu bahawa rakyat Malaysia bersemangat cekal, tabah serta waja dan sudah sampai ke bumbung dunia (Gunung Everest) serta dari gurun terpanas ke dasar laut sejuk Selat Inggeris,” katanya berucap pada majlis penyerahan Jalur Gemilang kepada perenang wanita remaja negara, Zahra Masoumah Abdul Halim, 18, yang akan berenang merentas Selat Inggeris pada Julai ini.

 

Katanya, percubaan Zahra Masoumah boleh dijadikan model oleh golongan muda untuk mencuba sesuatu yang luar biasa sekali gus berupaya mengelakkan mereka daripada terpesong ke jalan lain terutama yang tidak diredai Allah.

Renangan itu adalah fasa ketiga Ekspedisi Ekstrim 7 Benua 7 Nilai (EE7B7N) yang bakal menjadikan Zahra Masoumah perenang beragama Islam termuda dunia berbuat demikian, bagi jarak antara 34 hingga 37 kilometer dan purata suhu air 15 darjah celsius.

Najib berkata, kerajaan berharap cabaran yang dilalui Zahra Masoumah menjadi pemangkin kepada golongan muda supaya cuba melakukan perkara yang mereka tidak terfikir boleh lakukan.

“Ini adalah cabaran kepada anak-anak muda supaya melakukan perkara yang luar biasa walaupun tidak semua boleh melakukan seperti Zahra tetapi biar hidup kita mencapai perkara yang difikirkan tidak mungkin kita capai,” katanya.

Majlis itu diadakan di Jabatan Perdana Menteri dan Najib adalah Penaung Kehormat EE7B7N fasa ketiga itu.

Najib berkata, usaha Zahra Masoumah adalah kali pertama membabitkan perenang wanita negara selepas kejayaan dicapai Datuk Malik Mydin sebelum ini.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: