Archive for 20 Mei 2009

Keputusan tak makan diri: Muhyiddin

Mei 20, 2009

 
PUTRAJAYA: Keputusan Barisan Nasional (BN) untuk tidak meletakkan calonnya bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti tidak akan memberikan kesan negatif kepada kerajaan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, BN mempunyai alasan kukuh untuk berbuat demikian iaitu untuk mengutamakan kesejahteraan rakyat sekali gus mengelak daripada terperangkap dengan dakyah pembangkang.

“Keputusan untuk tidak bertanding itu juga tidak akan memakan diri kerana apa pun, setiap lima tahun kita ada pilihan raya umum. Presiden (Umno, Datuk Seri Najib Razak) sudah bagi penjelasan mantap sebab kita tidak bertanding,” katanya.

 

Muhyiddin berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis perjumpaan dengan Sasterawan Malaysia dan melancarkan koleksi buku terjemahan siri sastera Malaysia terbitan Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM), di sini, semalam.

Mengenai kemungkinan BN akan tetap dijadikan sasaran kritikan ketika kempen sedangkan ia tidak bertanding, Muhyiddin berkata: “Tak ada pilihan raya pun mereka belasah (kritik) kita di sana sini, bukan kita tidak tahu”.

Sementara itu, beliau mengingatkan semua pihak dalam BN supaya tidak mengeluarkan kenyataan peribadi berhubung krisis politik di Perak yang bercanggah dengan pendirian yang sudah ditetapkan.

Beliau berkata, kenyataan seperti itu tidak melambangkan muafakat dalam BN kerana Perdana Menteri, sudah menyatakan apa juga keputusan mengenai politik Perak akan dibuat selepas keputusan Mahkamah Rayuan, esok.

“Seelok-eloknya kita tidak buat kenyataan yang boleh disalah tafsir, masing-masing dalam Malaysia ini ada pandangan tapi bila kita ada parti, kita bersandarkan kepada keputusan majoriti serta muafakat yang dicapai pimpinan BN.

“Sebaik mungkin, jangan ada buat pandangan peribadi (kerana) kalau nak tanya seluruh Malaysia ini ada 27 juta pandangan, jadi kita harus berpegang kepada prinsip BN (dan) muafakat , tak boleh timbul kenyataan peribadi,” katanya

Timbalan Perdana Menteri diminta mengulas laporan mengenai pertemuan di antara Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa, yang antara lain turut membincangkan kemelut politik di Perak.

Dr Chua, dalam blognya kelmarin berkata beliau dan anaknya yang juga Ahli Parlimen Labis, Chua Tee Yong, bertemu Husam untuk membincangkan perkara itu.

Peruntukan RM27j wujud Kota Buku

Mei 20, 2009

Oleh Johari Ibrahim dan Nazmi Yaakub
bhnews@bharian.com.my

TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (tiga dari kiri) melancarkan Koleksi Buku Terjemahan Siri Sastera Malaysia di Putrajaya, semalam. Hadir sama Pengerusi Terjemahan Negara Malaysia Datuk Dr. Wan Hashim Wan Teh (dua dari kanan), Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Tan Sri Dr. Zulkurnain Awang (dua dari kiri), Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Alimuddin Md Dom (kiri) serta Pengarah Urusan Institut Terjemahan Negara Malaysia Mohd Khair Ngadiron. – Foto Izhari Ariffin

 

Premis berkelompok laksana urusan lebih tersusun: TPM

PUTRAJAYA: Kerajaan memperuntukkan kira-kira RM27 juta mewujudkan Kota Buku di ibu negara sebagai premis berkelompok bagi penulis, sasterawan dan penerbit menjalankan urusan mengenai dunia buku secara lebih tersusun dan bersungguh-sungguh.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata usaha itu bertujuan menjadikan Kuala Lumpur sebagai hab industri buku selain penerbitan, pemasaran, pengedaran dan penulisan buku sekurang-kurangnya pada peringkat Asia.

“Kita berharap dengan kewujudan Kota Buku, penerbit dan penulis berpeluang menyebarluaskan hasil karya dan kerajaan akan membantu mempromosikannya.

 

“Kita berharap peminat sastera akan gembira dengan hasil ditampilkan penerbit,” katanya pada sidang media selepas majlis perjumpaan dengan sasterawan Malaysia dan pelancaran koleksi buku terjemahan siri sastera Malaysia terbitan Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) di sini, semalam.

Sebanyak 28 judul buku sastera karya penulis Malaysia dilancarkan membabitkan terjemahan ke bahasa Inggeris, Perancis dan Sepanyol dalam usaha memasarkannya ke seluruh dunia.

Turut hadir Pengerusi ITNM, Datuk Dr Wan Hashim Wan Teh; Sasterawan negara, Datuk A Samad Said; Prof Dr Mohamad Salleh dan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Md Dom.

Muhyiddin berkata, kerja menaikkan taraf bangunan bagi dijadikan Kota Buku itu akan dimulakan akhir tahun ini yang sebahagian daripada premis itu akan dijadikan Muzium Buku.

“Ia projek yang memberikan kita galakan dan insentif untuk majukan bidang penerbitan dan kesusasteraan di negara kita,” katanya.

Beliau berkata, Kota Buku itu akan diuruskan Kementerian Pelajaran dengan meletakkan pegawainya, manakala ruang pameran dan jualan buku disediakan untuk disewakan kepada pihak yang berminat.

Terdahulu, ketika mengumumkan perkara itu dalam ucapannya, Muhyiddin berkata, Kota Buku itu juga bermatlamat membawa pulangan jangka panjang bagi menarik minat pengusaha buku Asia menjadikan Kuala Lumpur sebagai pusat dagangan buku utama di rantau ini.

“Pendek kata, Kota Buku ini apabila beroperasi kelak bakal menjadi mercu tanda baru Kuala Lumpur, sekali gus tarikan pelancong dengan imej sebagai Kota Raya Ilmu,” katanya.

PENGERUSI kOMPONEN BN SILAM ? PEMBELAAN SUKU KAUM CINA

Mei 20, 2009

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

P4250001P4250224P4250237P4250255

Benarkah rakyat suku kaum lain tidak pernah menikmati hidup selesa mendapat rumah Program Pembasmian Rakyat Termiskin? Soalan ini tidak timbul dikawasan Parlimen P188 Silam apabila pemimpin yang ingin melihat 1Rakyatku menikmati kehidupan selesa dan bahagia. Kemiskinan yang berlaku bukan sahaja di alami oleh masyarakat bumiputera dan bukan bumiputera malahan masalah ini juga berlaku dikalangan masyarakat Cina.Hari ini mereka amat gembira dan terharu apabila kerajaan Barisan Nasional tidak pilih kasih dan telah menyenaraikan dan memberi peruntukan rumah PPRT kepada masyarakat Cina yang digolongkan dalam miskin tegar.Kehidupan mereka hanya makan beralas kelapa tua.Derita yang mereka tanggung selama ini telah selamat dan mereka akan menjalankan hidup seperti biasa.Terima kasih kepada Kerajaan Barisan Nasional, Terima kasih kepada YAB Dato, Seri Mohd Najib Tun Abd. Razak Perdana Menteri Malaysia,Terima Kasih Kepada Timbalan Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin, Terima kasih kepada Datuk Seri Panglima Musa Hj. Aman Ketua Menteri Sabah.

Penganalisis SilamGemilang