Keputusan tak makan diri: Muhyiddin

 
PUTRAJAYA: Keputusan Barisan Nasional (BN) untuk tidak meletakkan calonnya bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti tidak akan memberikan kesan negatif kepada kerajaan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, BN mempunyai alasan kukuh untuk berbuat demikian iaitu untuk mengutamakan kesejahteraan rakyat sekali gus mengelak daripada terperangkap dengan dakyah pembangkang.

“Keputusan untuk tidak bertanding itu juga tidak akan memakan diri kerana apa pun, setiap lima tahun kita ada pilihan raya umum. Presiden (Umno, Datuk Seri Najib Razak) sudah bagi penjelasan mantap sebab kita tidak bertanding,” katanya.

 

Muhyiddin berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis perjumpaan dengan Sasterawan Malaysia dan melancarkan koleksi buku terjemahan siri sastera Malaysia terbitan Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM), di sini, semalam.

Mengenai kemungkinan BN akan tetap dijadikan sasaran kritikan ketika kempen sedangkan ia tidak bertanding, Muhyiddin berkata: “Tak ada pilihan raya pun mereka belasah (kritik) kita di sana sini, bukan kita tidak tahu”.

Sementara itu, beliau mengingatkan semua pihak dalam BN supaya tidak mengeluarkan kenyataan peribadi berhubung krisis politik di Perak yang bercanggah dengan pendirian yang sudah ditetapkan.

Beliau berkata, kenyataan seperti itu tidak melambangkan muafakat dalam BN kerana Perdana Menteri, sudah menyatakan apa juga keputusan mengenai politik Perak akan dibuat selepas keputusan Mahkamah Rayuan, esok.

“Seelok-eloknya kita tidak buat kenyataan yang boleh disalah tafsir, masing-masing dalam Malaysia ini ada pandangan tapi bila kita ada parti, kita bersandarkan kepada keputusan majoriti serta muafakat yang dicapai pimpinan BN.

“Sebaik mungkin, jangan ada buat pandangan peribadi (kerana) kalau nak tanya seluruh Malaysia ini ada 27 juta pandangan, jadi kita harus berpegang kepada prinsip BN (dan) muafakat , tak boleh timbul kenyataan peribadi,” katanya

Timbalan Perdana Menteri diminta mengulas laporan mengenai pertemuan di antara Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa, yang antara lain turut membincangkan kemelut politik di Perak.

Dr Chua, dalam blognya kelmarin berkata beliau dan anaknya yang juga Ahli Parlimen Labis, Chua Tee Yong, bertemu Husam untuk membincangkan perkara itu.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: