Archive for 22 Mei 2009

TRANSFORMASI BLOG https://silamgemilang.wordpress.com

Mei 22, 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera

 

Saya ingin mengucapkan sekali lagi kepada pengkritik-pengkritik bebas samada secara positif mahupun negatif. Bagi saya pandangan anda adalah bernilai, bermutu dan berkualiti tinggi bagi merobah status 1Bangsa SilamGemilang di masa akan datang.

Insyallah pandangan anda untuk menaiktaraf blog ini akan dilaksanakan dalam masa terdekat setelah kajian terperinci demi kebaikan agama,bangsa dan tanahair SilamGemilang di masa akan datang.Perubahan ini adalah atas kehendak rakyat yang mahu menterjemahkan pembangunan realiti dalam semua aspek dan sudut.Pada peringkat awal ini saya telah membuat analisis blog ini akan berubah wajah menjadi “Berita SilamGemilang” atau “Persatuan SilamGemilang” yang mampu menyumbang kepada Pembangunan Menyeluruh demi generasi Bangsa dan Masa Depan Yang Lebih Cerah.

Permakluman kepada Belia-Belia di kawasan Tungku,Kunak dan Lahad Datu atas cadangan dan pandangan pengkritik blog ini , saya bersetuju agar ditubuhkan Persatuan SilamGemilang yang didaftarkan di pertubuhan ROS. Keluhan Belia-Belia yang memaklumkan kepada saya agar Pertubuhan ini ditubuhkan secepat mungkin bagi membangunkan 1Belia SilamGemilang kelak.

Jika ada pendapat dalam perubahan SilamGemilang ini saya mengalu-alukan pendapat anda dan sila hantar ke emil : karismasilam@gmail.com. Pandangan anda akan menentukan kegemilangan blog ini.Kepada anda yang berminat menjadi ahlijawatankuasa Persatuan SilamGemilang sila email Biodata anda.Terima kasih di atas komitmen anda semua.

 

Penganalisis SilamGemilang

PERBANDARAN DAERAH LAHAD DATU ? REALITI ATAU FANTASI

Mei 22, 2009

Assalamualaikum Dan salam sejahtera

Sebagai rakyat dikawasan Bandar Daerah Lahad Datu akan merasa bangga dengan nama baru iaitu Perbandaran Lahad Datu. Perbandaran akan hanya menjadi kenyataan apabila kajian secara holistik dan menyeluruh oleh Pejabat Daerah Lahad Datu selesai.Saya juga amat berbangga dan mengucapkan tahniah kepada warga Lahad Datu yang memperlihatkan dan kesungguhan untuk membangunkan Lahad Datu.Persoalannya mampukan Perbandaran Lahad Datu menjadi realiti atau fantasi semata-mata.

Berdasarkan analisis Perbandaran Lahad Datu mudah tercapai jika kepimpinan berganding bahu untuk merobah dan melaksanakan 1Transformasi Rakyat Di dahulukan dan Pencapaian Di utamakan.Semua pihak perlu insaf hasil pendapatan daerah perlu dikumpul dibawah satu tabung bagi memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam menaiktaraf Perbandaran.Jika wang kutipan hasil Lahad Datu yang mencecah 10 ribu tidak dapat di salurkan dan di kumpul dibawah satu badan khas dibawah pengawasan pejabat Daerah saya yakin kesukaran untuk mencapai matlamat akan memakan masa yang lama.

Soal kebersihan Daerah Lahad Datu juga merupakan prasyarat untuk menjadi sebuah Perbandaran.Berdasarkan analisis dalam tempoh setahun ini pemimpin tempatan banyak mengadakan kempen-kempen dan aktiviti-akitviti gotong royong bagi menggalakkan masyarakat menjaga kebersihan Bandar lahad Datu.Program ini mendapat sambutan baik dari masyarakat setempat apabila ada yang berkata bahawa langkah yang dilaksanakan pemimpin tempatan mengadakan gotong royong Perdana adalah langkah bijak bagi mendidik masyarakat dan sekaligus menjadi contoh terbaik kepada masyarakat.Sejal perlaksanaan aktiviti ini bandar Lahad Datu kian mendapat pujian rakyat.

Saya juga ingin mencadangkan agar pihak pentadbiran Daerah agar menyediakan papan tanda dengan kata-kata “anda Sedang DiPerhatikan,Jika anda membuang sampah Anda Boleh Didenda RM10ribu”.Saya berharap akan ada tindakan pertandingan poster Menjaga kebersihan yang boleh digunakan untuk Poster kempen kebersihan di Lahad Datu.

Penyediaan tong Sampah perlu melibatkan kerjasama semua kedai-kedai atau peniaga-peniaga dengan berkorban menyediakan Tong Sampah diluar kedai masing-masing.Ini sebagai satu sokongan kepada kempen Kebersihan bandar kita agar lebih cepat tercapai misi dan visi Perbandaran Lahad Datu.

Hasil atau pendapatan Lahad Datu yang kaya dengan Ladang kelapa Sawit menjadi salah satu cara untuk mengumpul maklumat kekayaan Lahad Datu bagi mencapai syarat-syarat yang telah ditetapkan.Pelbagai cara perlu dilakukan termasuk melalaui pelancongan,perniagaan,dan lain-lain lagi.

Saya yakin dalam masa terdekat ini Lahad Datu akan menjadi Majlis Perbandaran Lahad Datu jika amalan Bersepadu dan kerjasama,Menjaga Harta Kekayaan dengan kutipan yang menjurus kesasaran tepat dan kajian-kajian sumber lain yang boleh menjadi penyumbang ke arah sasar dan matlamat sebenar.

Saya berpendapat pengalaman yang luas dan pengetahuan dalam perancangan bandar yang ada pada Tuan Pegawai Daerah akan menjadi perintis,proaktif dan satu anjakan paradigma mudah  ke arah Majlis Perbandaran Lahad Datu Realiti.

Penganalisis SilamGemilang

Macam mana saya mau join agaseh nie?…pls reply tq

Mei 22, 2009

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

 

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi jutaan terima kasih kerana Tuan Agus Bin Klemen amat prihatin dengan perkembangan blog Persatuan Agasean ini. Saya mengakui apa yang Tuan katakan adalah benar dan kejayaan ini adalah milik semua.Saya lebih banyak menerbitkan Ulasan YB. Tuan Haji Salleh Haji Kalbi ahli Parlimen P188 Silam kerana YB Silam terlalu banyak menyumbang artikel dalam blog ini. Saya sebenarnya memerlukan Kajian,ILmu,dan Kepakaran Tuan dalam merobah 1Transformasi blog http://alumniagaseh.wordpress.com. Saya berharap rakyat dikawasan Kunak,Lahad Datu dan Tungku yang memiliki pengetahuan bolehlah bantu blog ini demi kegemilangan Persatuan Agasean yang telah pun ditubuhkan.

Kepada Tuan yang amat berminat dengan Persatuan ini adalah disambut baik dan dialu-alukan untuk menyertai persatuan ini.Sementara waktu ini pengurusan bagi pendaftaran ahli  boleh berhubungan dengan ahli Jawatankuasa Persatuan Agasean atau berhubung dengan Pejabat Parlimen p188 silam bagi memudahkan urusan.

Terima kasih

 

Penganalisis SilamGemilang

Komen baru bagi kiriman anda #30 “MESYUARAT KHAS PERSATUAN AGASEAN:SMK AGASEH”
Pengarang : AGUS BIN KLEMEN (IP: 61.4.106.10 , 61.4.106.10)
E-mel : klemen_agus@yahoo.com
URL    :
Whois  : http://ws.arin.net/cgi-bin/whois.pl?queryinput=61.4.106.10
Komen:
actually, ini kejayaaan semua bukan kejayaan Tuan Hj.Salleh seorang, penulis blog seperti mempromote tuan Hj.Salleh, kejayaan Agaseh kejayaan semua, dan anda kena tahu bahawa Parlimen Silan terlalu jauh untuk mengecapi kejayaan seperti yang anda war-warkan, pembangunan di Parlimen silam perlu di dahulukan. Peminmpin silih berganti, tetapi Parlimen silam masih seperti dulu jugak kalau ada pembangunan itu pun terlalu lambat dam memihak kepada pihak tertentu sahaja.
Walaubagaimanapun saya berbangga kerana ada orang yang bergelar Yang Berkhidmat dapat berkhidmat untuk Agaseh, dan harapan saya agar semua ini bukanlah wayang sahaja. Berdiri untuk agama, bangsa dan negara selaras dengan satu Malaysia dan satu Agaseh, satu Silam dan Satu Lahad Datu….Dari ku perantau setia,……..Kuala Lumpur,2009

 

Pengarang : AGUS BIN KLEMEN (IP: 61.4.106.10 , 61.4.106.10)
E-mel : klemen_agus@yahoo.com
URL    :
Whois  : http://ws.arin.net/cgi-bin/whois.pl?queryinput=61.4.106.10
Komen:
Macam mana saya mau join agaseh nie?…pls reply tq

Mahkamah Rayuan Isytihar Zambry Menteri Besar Yang Sah

Mei 22, 2009

 

 

PUTRAJAYA, 22 Mei (Bernama) — Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir hari ini diisytihar sebagai Menteri Besar Perak yang sah oleh Mahkamah Rayuan dalam satu keputusan sebulat suara.

Mahkamah mendapati keputusan Mahkamah Tinggi pada 11 Mei lepas bahawa Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar yang sah adalah salah, dan mengetepikan keputusan itu.

“Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi berkenaan telah gagal menilai dengan betul dan secukupnya kesemua keterangan yang ada padanya sehingga membuat keputusan yang salah,” kata Hakim Datuk Md Raus Shariff, yang bersidang bersama Hakim Datuk Zainun Ali dan Hakim Datuk Ahmad Maarop.

Mohammad Nizar dan Zambry tidak hadir di mahkamah hari ini.

Hakim Md Raus, dalam penghakiman lisannya, juga mendapati Sultan Perak Sultan Azlan Shah membuat keputusan yang betul bagi melantik Zambry sebagai Menteri Besar yang baru, berdasarkan Perkara 16 (2) Undang-undang Tubuh Kerajaan Perak, selepas baginda berpuas hati bahawa Zambry mempunyai sokongan majoriti Anggota Dewan Undangan Negeri.

“Kami berpendapat bahawa keputusan sama ada untuk membenarkan atau tidak permohonan pembubaran Dewan Undangan Negeri adalah dalam bidang kuasa Sultan.

“Berdasarkan keterangan dalam kes ini, permohonan membubarkan dewan dibuat mengikut Perkara 16 (6) Perlembagaan Perak dan bukannya Perkara 36 Perlembagaan itu,” kata Hakim Md Raus bagi membenarkan rayuan Zambry terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu.

Mahkamah juga mendapati Sultan Perak bertindak betul dengan bertanya sendiri untuk memuaskan hati baginda bahawa responden (Mohammad Nizar) tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti.

Hakim Md Raus berkata hakikat bahawa Mohammad Nizar tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti boleh diperoleh atau ditentukan dengan cara lain.

“Tidak ada syarat mandatori dalam Perlembagaan Perak bahawa usul undi tidak percaya perlu dibentangkan terhadap responden sebelum keputusan dibuat bahawa beliau tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti dalam Dewan Undangan Negeri,” katanya.

Zambry mengemukakan rayuan pada 12 Mei terhadap keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim yang mendapati bahawa Mohammad Nizar tidak mengosongkan kerusi Menteri Besar kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti anggota Dewan.

Pada hari yang sama, permohonan beliau agar keputusan itu ditangguhkan dibenarkan oleh Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Ramly Ali, dan ini membolehkan Zambry meneruskan tugasnya sebagai Menteri Besar.

Pada 13 Mei, Mohammad Nizar mengemukakan permohonan bagi mengetepikan perintah penangguhan itu dan memohon agar panel lima Hakim Mahkamah Rayuan mendengar kes itu tetapi ianya ditolak semalam.

Selepas keputusan Mahkamah Rayuan diumumkan petang ini, peguam utama Mohammad Nizar, Sulaiman Abdullah, memohon mendapatkan penghakiman bertulis daripada mahkamah untuk tujuan rayuan di Mahkamah Persekutuan.

“Kami sedar bahawa mahkamah ini telah meneliti keterangan kes ini dan membuat keputusan dalam masa selang sehari. Saya telah menerima arahan daripada anak guam saya supaya membuat rayuan di Mahkamah Persekutuan. Kami hargai jika mahkamah dapat memberikan penghakiman bertulis secepat mungkin,” katanya.

Hakim Md Raus menjawab : “Saya telah cuba menulisnya malam tadi. Saya akan usahakan dalam masa seminggu ini.”

Beliau juga menolak permohonan Mohammad Nizar untuk mengetepikan perintah penangguhan oleh Hakim Ramly Ali.

Lebih 50 wakil media berkumpul di hadapan mahkamah seawal 1.30 tengah hari tetapi diberitahu mereka perlu beratur untuk mendapatkan pas masuk yang dihadkan kepada 15 pemberita.

Wartawan yang lain serta juga sekumpulan penyokong Zambry dan Mohammad Nizar yang tidak dapat masuk telah membantah. Mereka tidak ada pilihan kecuali terpaksa berada di luar mahkamah.

— BERNAMA

Nama PM Diabadikan Pada Orkid

Mei 22, 2009

Nama PM Diabadikan Pada Orkid

 

Daripada Frank Julian Martin

SINGAPURA, 22 Mei (Bernama) — Sejenis orkid daripada hibrid dendrobium Ronald Imanuel dan dendrobium Jefrrey Tan Jumaat dinamakan Dendrobium Najib Rosmah, mengambil sempena lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor ke Taman Orkid Nasional di Taman Bunga Singapura di sini.

Spesies orkid tahan lasak yang menghasilkan 30 kuntum bunga pada setiap tangkai sepanjang 60sm ini, didebungakan pada Mac 2005 dan mula berbunga November tahun lepas.

Setiap kuntuman bunganya yang berwarna delima coklat, berukuran lebih kurang 5.5sm lebar dan mempunyai kelopak dan ranggi bunga yang berbentuk unik.

Dua daripada kelopak pada setiap bunganya, tumbuh menegak, manakala bahagian tepinya yang berwarna delima coklat pekat, menyerlahkan lagi keindahan spesies orkid ini.

Najib dan Rosmah diiringi dan diberi penerangan tentang taman itu oleh ketua pegawai eksekutif Lembaga Taman Nasional Singapura Ng Lang.

Perdana menteri dan isteri meluangkan masa selama 20 minit melawat taman berkenaan, sebelum menuju ke Istana bagi menghadiri upacara sambutan tetamu yang disusun oleh kerajaan Singapura.

Dalam acara berasingan, Rosmah melakukan lawatan ke Sekolah Tinggi Matematik dan Sains Universiti Nasional Singapura dengan diiringi Ho Ching, isteri perdana menteri Singapura.

Dalam kunjungan selama kira-kira dua jam itu, beliau diberi taklimat tentang sekolah berkenaan oleh pengetuanya Dr Hang Kim Hoo dan pengarah program pendidikan Sun Chee Wah.

 

— BERNAMA