Nama PM Diabadikan Pada Orkid

Nama PM Diabadikan Pada Orkid

 

Daripada Frank Julian Martin

SINGAPURA, 22 Mei (Bernama) — Sejenis orkid daripada hibrid dendrobium Ronald Imanuel dan dendrobium Jefrrey Tan Jumaat dinamakan Dendrobium Najib Rosmah, mengambil sempena lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor ke Taman Orkid Nasional di Taman Bunga Singapura di sini.

Spesies orkid tahan lasak yang menghasilkan 30 kuntum bunga pada setiap tangkai sepanjang 60sm ini, didebungakan pada Mac 2005 dan mula berbunga November tahun lepas.

Setiap kuntuman bunganya yang berwarna delima coklat, berukuran lebih kurang 5.5sm lebar dan mempunyai kelopak dan ranggi bunga yang berbentuk unik.

Dua daripada kelopak pada setiap bunganya, tumbuh menegak, manakala bahagian tepinya yang berwarna delima coklat pekat, menyerlahkan lagi keindahan spesies orkid ini.

Najib dan Rosmah diiringi dan diberi penerangan tentang taman itu oleh ketua pegawai eksekutif Lembaga Taman Nasional Singapura Ng Lang.

Perdana menteri dan isteri meluangkan masa selama 20 minit melawat taman berkenaan, sebelum menuju ke Istana bagi menghadiri upacara sambutan tetamu yang disusun oleh kerajaan Singapura.

Dalam acara berasingan, Rosmah melakukan lawatan ke Sekolah Tinggi Matematik dan Sains Universiti Nasional Singapura dengan diiringi Ho Ching, isteri perdana menteri Singapura.

Dalam kunjungan selama kira-kira dua jam itu, beliau diberi taklimat tentang sekolah berkenaan oleh pengetuanya Dr Hang Kim Hoo dan pengarah program pendidikan Sun Chee Wah.

 

— BERNAMA

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: