Archive for 23 Mei 2009

ISU NAMA SMK TERUSAN, LAHAD DATU.SABAH ? KERAJAAN MALAYSIA TELAH LULUSKAN UNTUK PROJEK 2006-2010 PENDIDIKAN LUAR BANDAR

Mei 23, 2009

Saya masih ingat lagi pada 15hb Februari tahun 2007 bersamaan 27 Muharram 1428H , Tun Abdullah Bin Hj. Ahmad Badawi Mantan Perdana Menteri Malaysia telah turun padang ke Sekolah Berpusat SK BUM-BUM di Daerah Semporna.Sabah. Majlis Pelancaran Lonjakan Perdana Pendidikan Luar Bandar Peringkat Kebangsaan bertema “MERINTIS PEMBAHARUAN : SATU MISI NASIONAL” Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006 – 2010 Kementerian Pendidikan Malaysia.

DSC00426DSC00432DSC00491DSC00493DSC00521DSC00534DSC00412

 

 

 

 

 

 

Syabas dan tahniah kepada Sekolah Berpusat SK Bum-BUm Semporna kerana terpilih dalam pelancaran bangunan sekolah berpusat. Saya juga sempat mengambil gambar pelan sekolah SMK TERUSAN, Lahad Datu yang diletakkan di dalam cermin lengkap dengan bangunan dan pelan.Khabar ini akhirnya sampai kepada penduduk kampung Terusan yang dianggarkan lebih kurang 700 orang tidak termasuk yang tinggal diluar kawasan yang dianggarkan lebih kurang 3,000 orang. Perasaan gembira kerana kampung Terusan merupakan satu-satunya kampung yang tertua diberi pengiktirafan dengan nama sekolah SMK Terusan ini. Nama SMK Terusan memang tepat pada masanya kerana terdapat sebuah sekolah rendah iaiatu SK TERUSAN.

Baru-baru ini timbul isu yang digembur-gemburkan oleh pihak tertentu yang mahu nama sekolah menengah ini ditukar kepada nama lain.Sedangkan pihak kerajaan telah meluluskan nama ini dibawah NAMA SMK TERUSAN. Berdasarkan analisis isu ini,masyarakat di kawasan kampung Terusan tidak berpuashati dengan tindakan sesetengah golongan yang mahu nama sekolah ini ditukar kepada nama lain.Berdasarkan maklumat pihak kampung,cadangan ini telah ditimbulkan oleh pihak kakitangan kerajaan yang berpangkat tinggi.Persoalannya mengapa seorang kakitangan kerajaan yany FAHAM,TAHU,BERILMU beria-ia menukar nama sekolah SMK TERUSAN sedangkan ia faham telah diluluskan oleh Kerajaan Malaysia semasa pentadbiran Tun Abdullah Bin Hj. Ahmad Badawi.

Aduan pihak kampung Terusan yang tidak berpuashati dengan tindakan seorang kakitangan kerajaan ini amat mendukacitakan kerana caranya ini telah menyebabkan orang kampung merasa TERTIPU,DIHINA,DIBOHONG jika nama asal sekolah ini diubah kepada nama lain.Namun penduduk kampung Terusan YAKIN,PERCAYA dengan kepimpinan YAB Dato’ Seri Mohd Najib Bin Tun abd. Razak Perdana Menteri Malaysia yang mengutamakan 1Malaysia Rakyat Didahulukan,Pencapaian Diutamakan akan mengekalkan nama sekolah SMK TERUSAN,Lahad Datu.Sabah.

DSC00434

PELAN SMK TERUSAN,LAHAD DATU.SABAH.

PELAN SMK TERUSAN,LAHAD DATU.SABAH.

DSC00529Sebagai penganalisis isu ini, harapan agar pihak yang sengaja menimbulkan kekeliruan kepada rakyat khususnya penduduk kampung Terusan dan sekolah rendah Terusan,rakyat di kawasan lahad Datu agar tidak menyebarkan khabar kepada orang lain untuk meminta nama sekolah ini diubah namanya.

Penduduk kampung Terusan samaada yang tinggal dikawasan mahupun luar kawasan dan masyarakat Lahad Datu memohon dan merayu kepada YAB Dato’ Seri Mohd Najib Bin Tun Abd. Razak Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan, YAB Tan Sri Muhyiddin Bin Yassin Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pelajaran Malaysia,YAB Datuk Seri Panglima Hj. Musa Bin Aman Ketua Menteri Sabah agar dapat mengekalkan nama sekolah SMK TERUSAN,LAHAD DATU.SABAH DIKEKALKAN.Penduduk kampung juga merayu agar tidak melayan pihak tertentu yang cuba menukar nama sekolah ini kerana Kerajaan Malaysia Bahagian Menteri Pendidikan masa itu telah meluluskan projek dan nama sekolah SMK TERUSAN,Lahad Datu.

SK.

YAB DATO’ SERI MOHD NAJIB BIN  TUN ABD. RAZAK

PERDANA MENTERI MALAYSIA MERANGKAP MENTERI KEWANGAN

YAB TAN SRI MUHYIDDIN BIN YASSIN

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA MERANGKAP MENTERI PELAJARAN MALAYSIA

YAB DATUK SERI PANGLIMA HJ. MUSA BIN AMAN

KETUA MENTERI SABAH

YB. TUAN HAJI SALLEH BIN HAJI KALBI

AHLI DEWAN RAKYAT MALAYSIA P188 SILAM MERANGKAP DUTA KEAMANAN PBB, KOLONEL KEHORMAT RELA

BN Akan Letak Calon Di Manik Urai, Kata Muhyiddin

Mei 23, 2009

BN Akan Letak Calon Di Manik Urai, Kata Muhyiddin
KUALA LUMPUR, 22 Mei (Bernama) — Barisan Nasional (BN) akan meletakkan calon pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai, Kelantan, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Jumaat.

Beliau berkata ini kerana kekosongan itu berlaku disebabkan oleh kematian dan bukannya kerana wakil rakyat sengaja meletakkan jawatan.

“Saya berpendapat walaupun agak awal, kita akan bertanding di kawasan itu (Manik Urai) apabila telah diumumkan kekosongannya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Kalau di (pilihan raya kecil DUN) Penanti, kita tidak bertanding atas sebab yang kita dah sebutkan, yang ini kematian telah menyebabkan kekosongan berlaku,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan yang berlangsung selama tiga jam di sini.

Kerusi DUN Manik Urai menjadi kosong berikutan penyandangnya Ismail Yaacob, 60, meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Baharu pada pukul 5.55 pagi ini kerana sakit jantung selepas dimasukkan ke hospital itu untuk menerima rawatan sejak bulan lepas.

Ismail yang mewakii PAS mula memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai pada pilihan raya umum 1985.

Bagaimanapun pada pilihan raya umum 2004, beliau tidak mempertahankan kerusi itu, sebaliknya Zamzuri Mat Lazim dinamakan calon PAS tetapi beliau tewas kepada calon BN Mohamed Zulkepli Omar dengan majoriti 53 undi.

Ismail dipilih semula bertanding kerusi Manik Urai pada pilihan raya umum tahun lalu dan menewaskan calon BN Mohamed Zulkepli dengan majoriti 1,352 undi.

Ketika ditanya pandangan PAS bahawa Umno dan BN tidak perlu bertanding di Manik Urai untuk menjimatkan duit rakyat, Muhyiddin berkata BN tidak akan memberi laluan mudah kepada parti lawan terutamanya PAS.

“Kita tidak akan beri laluan mudah untuk PAS kerana pada pilihan raya umum lepas, kita hanya kalah dengan majoriti 1,352 undi,” kata Muhyiddin, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan.

Beliau berkata ini merupakan peluang kepada para pengundi di kawasan itu untuk meneliti dan menilai apa yang dilakukan oleh BN di Kelantan.

“Kita harap PAS jangan terlalu yakin bahawa ini kawasan mereka dan akan menang seperti biasa. Kita akan bertanding, insyaAllah,” kata Timbalan Perdana Menteri sambil mengucapkan takziah kepada keluarga allahyarham Ismail.

 

— BERNAMA

Hubungan Malaysia, Singapura Boleh Berkembang – Najib

Mei 23, 2009

Hubungan Malaysia, Singapura Boleh Berkembang – Najib

 

Oleh Zakaria Abdul Wahab

SINGAPURA, 23 Mei (Bernama) — Hubungan dua hala antara Malaysia dan Singapura boleh berkembang dengan baik jika ia dapat dipupuk dan dipelihara seperti menanam pokok orkid, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib berkata hubungan antara kedua buah negara itu boleh menjadi seperti hibrid pokok orkid yang cantik yang dinamakan sempena nama beliau dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, “Dendrobium Najib Rosmah”, sempena lawatan imereka ke Taman Orkid Nasionaldi Taman Botani Singapura di sini semalam.

Perdana Menteri membuat perbandingan hubungan antara kedua buah negara berjiran itu semasa berucap pada majlis bankuet rasmi yang dihoskan Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong sempena lawatan rasmi dua harinya ke republik itu di Istana malam tadi.

Najib berkata beliau berpendapat bahawa kecantikan orkid lebih daripada itu bahawa “kecantikannya melambangkan mengenai hubungan itu yang jika ia dipupuk dan jika dipelihara, ia boleh berkembang menjadi sesuatu yang cantik seperti orkid”.

Menyifatkan diri beliau sebagai “a new kid around the block”, Perdana Menteri berkata kedua buah negara itu perlu memulakan hubungan mereka pada suatu permulaan yang positif memandangkan hubungan mereka merupakan sesuatu yang amat penting.

“Suatu hubungan itu tidak boleh diumpamakan sebagai menaiki roller coaster,” kata Najib sambil menambah bahawa kedua buah negara telah melalui pelbagai fasa dan “saya tidak fikir kita mahu menuruni laluan itu semula”.

Perdana Menteri berkata Malaysia dan Singapura mahu bergerak ke depan, melihat ke depan dan ingin melihat apa kedua buah negara itu boleh lakukan jika mereka sama-sama berkongsi akal fikiran mereka.

Najib berkata beliau dan Lee, kedua-duanya masih muda dan merupakan generasi muda dan bukan sebahagian daripada generasi terdahulu dan oleh itu mereka tidak perlu dibebani dengan sejarah.

“Kita perlu cukup berani, lebih berimaginasi dan bersemangat untuk mewakili sebuah generasi rakyat Malaysia dan Singapura yang mahukan sebuah hubungan yang kukuh, produktif dan yang bertahan lama,” kata Najib.

Najib berkata untuk membolehkan kedua-dua negara itu bekerjasama, para pemimpinnya perlu berkeyakinan, percaya dan selesa antara sesama mereka.

Najib berkata idea Lee supaya kedua-dua mereka berjumpa secara tetap, para menteri mereka kunjung mengunjung antara satu sama lain bukan semestinya melalui kapasiti rasmi “seperti melalui permainan golf, kita duduk bersama menikmati sepinggan nasi kandar dan mengakhirinya dengan hidangan durian”, boleh membantu ke arah mencapai matlamat itu.

Perdana Menteri berkata semua itu merupakan beberapa contoh bagi melahirkan lebih banyak sikap relaks yang ada antara kedua belah pihak dan ia merupakan satu permulaan yang baik bagi satu era baru berhubung hubungan dua hala antara Malaysia dan Singapura.

“Saya harap kita akan dapat membina hubungan ke arah itu sama seperti pokok orkid dan ia patut menjadi lambang kepada suburnya sikap percaya dan yakinan antara kedua buah negara,” kata Najib.

— BERNAMA

1Malaysia Realiti Sebenar Rakyat Negara Ini – Najib

Mei 23, 2009

1Malaysia Realiti Sebenar Rakyat Negara Ini – Najib

 

PEKAN, 23 Mei (Bernama) — Konsep 1Malaysia merupakan konsep yang berpaksikan bumi nyata dan realiti sebenar rakyat pelbagai kaum di negara ini, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata secara realitinya masyarakat berbilang keturunan dan agama di negara ini perlu bersatu bagi menjadikan Malaysia sebuah negara yang kukuh.

“Kalau kita dapat menyatukan masyarakat menjadi satu rakyat dengan satu impian, kita jadikan Malaysia sebuah negara lebih kuat, gagah perkasa dan berjaya,” katanya ketika merasmikan mesyuarat agung/perwakilan tahunan ke-15 Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia (PKKM) bahagian negeri Pahang di sini, hari ini.

Bagaimanapun, Najib menegaskan konsep 1Malaysia tetap akan mempertahankan Perlembagaan Negara.

“Menerusi konsep 1Malaysia ini, tidak ada kumpulan besar atau kecil yang akan terpinggir dan tidak diberi perhatian oleh kerajaan, sama ada di kampung, bandar atau rumah panjang, semua dapat perhatian kerajaan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Najib mengingatkan golongan pesara supaya sentiasa menyuburkan minda melalui aktiviti pembacaan.

Beliau berkata aktiviti membaca bukan hanya dapat menguatkan minda dan fizikal pesara malah membolehkan golongan itu membabitkan diri dalam mencurah khidmat terhadap masyarakat dan negara.

“Apabila minda diisi dengan pengisian yang segar dan sesuai, badan akan turut menjadi sihat dan cergas,” katanya.

Sementara itu, Najib berkata segala tuntutan PKKM perlu dikemukakan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) terlebih dahulu sebelum dibincangkan oleh Kabinet.

Terdahulu, Yang Dipertua PPKM Pahang Datuk Abdul Ghani Sulaiman ketika berucap pada majlis itu mengemukakan beberapa tuntutan berkaitan pesara.

Ini termasuk memohon kerajaan mempertimbangkan untuk memberikan pencen minimum berjumlah RM720 terhadap kakitangan awam yang berkhidmat kurang daripada 25 tahun, memberikan wang ehsan setiap kali kerajaan mengumumkan bonus kepada kakitangan awam, memberikan pencen terbitan kepada suami/isteri pesara yang dikahwininya selepas bersara dan melantik seorang Senator bagi menjaga hal ehwal golongan pesara.

— BERNAMA