Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam sejahtera
Pada tahun 2010 merupakan pintu gerbang baru yang akan mencorakkan masa depan Parlimen P188 Silam dengan 1Transformasi Pelancongan Baru sebagai salah satu pusat kunjungan menarik,menguntungkan dan unik bagi memeriahkan dan menarik minat kedatangan pelancong ke Silam.Persoalannya apakah usaha dan langkah drastik bagi merencana kejayaan Silam menyediakan industri pelancongan yang sungguh luar biasa dan menarik ?
Pelbagai usaha telah dilaksanakan untuk diketengahkan bagi penyediaan maklumat tentang kemudahan-kemudahan,tempat menarik,unik dan lain-lain lagi bagi mengalu-alukan kedatangan warga pelancong.Memang benar industri ini masih kurang ditonjolkan dikawasan Silam samada dalam kalendar mahupun program-program sesuai bagi menarik minat pengunjung datang.
Beberapa bulan lepas Yang Berhormat Tuan Haji Salleh Bin Haji Kalbi Ahli Dewan Rakyat Parlimen Malaysia P188 Silam merangkap Duta Keamanan PBB dan Kolonel Kehormat Rela telah menjenama semula Silam sebagai destinasi Pelancongan utama khususnya dinegeri Sabah amnya Malaysia negara kita.
Usaha yang dilaksanakan bagi mencapai matlamat tahun melawat Silam ini ialah dengan penganjuran PESTA SILAM dijankga diadakan pada bulan oktober ini.Usaha ini akan melibatkan sektor kerajaan dan swasta,NGO dan rakyat secara menyeluruh. Diramalkan program yang diadakan ialah pameran usahawan,jabatan-jabatan kerajaan negeri dan persekutuan,pertandingan kebudayaan pelbagai kaum,ratu perpaduan P188 Silam,Sukan Rakyat,Lagu-Lagu Patriotik dan lain-lain lagi.
Kajian masih lagi dijalankan dan diusahakan bagi mengenalpasti apakah sumber utama sebagai lambang pperpaduan Silam.Kajian ini perlu memperlihatkan kepelbagaian suku kaum dan ethnik. Kini hanya tinggal lebih kurang 7bulan untuk mencapai matlamat ini.Namun saya yakin dan percaya program ini akan menjadi kenyataan demi kemaslahatan bangsa,agama dan tanahair tercinta.
Semoga berjaya dalam penganjuran Tahun Melawat Malaysia 2010.
“Akuakultur Negara Ledakan Pelancongan Bangsa”
Penganalisis SilamGemilang