Archive for 25 Mei 2009

Pusat JobsMalaysia Beroperasi Ogos Ini

Mei 25, 2009

Pusat JobsMalaysia Beroperasi Ogos Ini

 

KUANTAN, 25 Mei (Bernama) — Dua puluh dua Pusat JobsMalaysia di seluruh negara dijangka beroperasi Ogos ini untuk memudahkan pekerja dan majikan mendapatkan maklumat penempatan pekerjaan, kaunseling kerjaya dan maklumat mengenai peluang latihan yang disediakan.

Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Maznah Mazlan berkata pusat berkenaan akan memperhebatkan lagi usaha 80 Jabatan Tenaga Kerja (JTK) negeri dan daerah dalam membantu golongan penganggur dan mereka yang diberhentikan kerja ekoran krisis ekonomi global.

“Pusat JobsMalaysia akan menokok tambah kepada 80 JTK sedia ada di negeri dan daerah tertentu dan kita harap Ogos ini semua pusat akan siap dan beroperasi,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa Pembangunan Modal Insan (ICONHCD) 2009 di sini, Isnin.

Beliau berkata pusat itu, selain menjadi tumpuan pencari kerja, ia juga dijadikan tempat bagi majikan mengiklankan kekosongan jawatan di syarikat mereka dan pegawai dari kementerian akan membantu memadankan sesuatu pekerjaan itu mengikut kelayakan pemohon.

“Cara ini akan membawa JTK kepada rakyat atau pencari kerja, bukan kita duduk di pejabat saja dan tunggu rakyat datang ke pejabat untuk meminta kerja,” katanya.

Maznah berkata lokasi Pusat JobsMalaysia ialah di tempat tumpuan orang ramai seperti kompleks membeli-belah terkenal dan perhentian bas awam.

Beliau berkata sejak Oktober tahun lepas hingga hari ini, seramai 26,862 pekerja tempatan dan 19,580 pekerja asing diberhentikan manakala 7,282 pekerja berhenti secara sukarela.

Daripada jumlah itu lebih kurang 7,000 pekerja ditempatkan semula mengikut sektor kekosongan di jabatan kerajaan dan swasta, katanya.

Sementara itu, Maznah berkata seramai 200 peserta dari 15 negara, termasuk Australia, Kanada, Jepun, Algeria dan Pakisatan menyertai ICONHCD anjuran Universiti Malaysia Pahang itu.

Persidangan tiga hari mulai hari ini, antara lain akan membincangkan masalah yang dihadapi dalam membangunkan modal insan di peringkat tempatan dan global.

— BERNAMA

Malaysia Saran Negara Islam Terus Pentingkan Pendidikan

Mei 25, 2009

Malaysia Saran Negara Islam Terus Pentingkan Pendidikan

 

Daripada Abdul Muin Abdul Majid

DAMSYIK, 25 Mei (Bernama) — Malaysia mempercayai bahawa kunci kepada kemakmuran, persamaan dan kesatuan sesebuah negara ialah pertumbuhan ekonomi yang mampan, yang berdasarkan perpaduan negara dan pembangunan kapasiti nasional, khususnya pembangunan modal insan.

Bercakap di mesyuarat Menteri-Menteri Luar Negara Islam di sini, Menteri Luar Datuk Anifah Aman berkata pendidikan dan kemahiran merupakan ramuan yang tidak boleh diketepikan bagi mencapai produktiviti lebih meluas rakyat individu, yang memberikan mereka harapan masa depan yang lebih cerah.

Beliau menyeru Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) untuk mendefinasikan semula dirinya di dalam konteks keperluan masa kini dan menentukan inisiatif dan cara terbaik mempertahankan kepentingan bersama.

Dalam satu kenyataan pada sesi ke-36 mesyuarat Majlis Menteri-Menteri Luar (CFM) OIC yang dirasmikan di ibu negara Syria Sabtu, Anifah berkata: “Kita perlu jelas mengenai keperluan tersebut dan kita perlu berupaya menjana kemahuan politik yang perlu untuk bertindak secara bersama.

“Kita perlu mewujudkan konsep jelas peranan kita dan menggubal pelan dan strategi yang bersesuaian. Kita perlu juga mewujudkan jaringan yang diperlukan, hubungan dan perkongsian dengan anggota komuniti antarabangsa yang lain.”

Anifah berkata mesyuarat CFM mempunyai senarai agenda yang panjang yang termasuk ulangan resolusi yang diterima pakai dari tahun ke tahun.

“Saya merasakan kini tiba masanya kita menilai semula kedudukan kita dan hala tuju yang dihalakan dan kemudiannya melakukan penyelarasan,” katanya.

Menurutnya, Setiausaha Agung OIC dan jawatankuasa lain di dalam perkumpulan yang dianggotai 57 buah negara itu perlu diberi tanggung jawab mendefiniasaikan semula keutamaan OIC dan memastikan sumber terhadnya digunakan dengan efisien ke arah melaksanakan perkara yang boleh dilaksanakan.

“Kita akan dapat mencapai keputusan yang ketara hanya melalui usaha yang fokus itu. Kita boleh juga memastikan negara anggota memberi fokus terhadap kekuatan dan keupayaan masing-masing yang boleh memanfaatkan ummah,” katanya.

Sambil menjelaskan mengenai keperluan komuniti Islam untuk meningkatkan kehebatan ekonomi bagi mencapai kemakmuran dan kemajuan, Anifah berkata Malaysia telah memberi fokus ke atas perkara itu semasa ia mempengerusikan Persidangan Sidang Kemuncak Islam ke-10.

“Kami telah berusaha untuk meorientasikan semula fokus OIC daripada isu politik tradisi yang turut memberi fokus pada isu ekonomi melalui projek dan pendekatan praktikal bagi meningkatkan pembangunan ekonomi anggota OIC dengan mengukuhkan hubungan ekonomi dan melebarkan skop kerjasama di kalangan mereka,” katanya.

Menurut Anifah, satu contoh kemajuan dunia Islam ialah menginstitusikan Forum Ekonomi Islam Dunia yang telah berkembang dari Forum Perniagaan OIC.

Beliau turut menonjolkan kemajuan yang dicapai industri perbankan Islam Malaysia di tengah-tengah kemelesetan kewangan global semasa, dengan mencatatkan pertumbuhan dua angka sejak lapan tahun lepas, dengan pertumbuhan tahunan purata 20 peratus di segi aset.

Kini terdapat 36 institusi kewangan yang menawarkan perkhidmatan perbankan Islam di Malaysia, yang termasuk 17 bank Islam yang beroperasi sepenuhnya.

Sebagai tambahan, Malaysia kekal menjadi penerbit sukuk (bon) global terbesar yang mencatatkan 61.4 peratus daripada sukuk global keseluruhan sehingga akhir 2008.

Industri pengurusan dana Islamnya kini adalah yang terbesar di dunia di segi bilangan dana dan yang kedua di segi pengurusan aset.

“Malaysia juga merupakan negara pertama di dunia yang mempunyai sistem kewangan Islam sepenuhnya yang beroperasi selari dengan sistem perbankan konvensional,” kata Anifah.

Mengenai pendidikan, beliau berkata Malaysia akan menganjurkan Persidangan Menteri Islam Pendidikan Tinggi dan Penyelidikan Saintifik ke-lima di Kuala Lumpur pada 2010.

“Saya ingin menjemput kesemua negara anggota OIC untuk mengambil bahagian di dalam persidangan itu yang ditujukan untuk mempromosikan sistem pendidikan tinggi kami dalam usaha kami meningkatkan keupayaan kami di dalam sains dan teknologi,” katanya.

— BERNAMA

TRANSFORMASI PENDIDIKAN : OPTIMISTIK MAJU SETANDING DENGAN NEGARA MAJU

Mei 25, 2009

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Dan Salam Sejahtera

sekolahsekolah1sekolah2sekolah3

Pendidikan merupakan faktor utama bagi menentukan maju dan mundur sesebuah negara. Aset paling berharga adalah dengan penyediaan modal insan yang gemilang sebagai 1generasi negara bagi mewarna masa hadapan dengan penyediaan pelapis-pelapis mentaliti kelas pertama.Persoalannya mampukan anak bangsa dibina ke arah Transformasi Pendidikan yang mampu berdayasaing dengan negara-negara maju ?

Saya masih ingat lagi ketika bersekolah bersama rakan-rakan tanpa menikmati erti kemajuan dan pembangunan yang sempurna. Ketika itu pelajar-pelajar sekolah lain terpaksa menumpang dengan sekolah-sekolah lain untuk menduduki peperiksaan UPSR. Prasarana Sekolah boleh dikatakan adalah terlalu terhad sehingga pelajar-pelajar yang datang dari daerah jauh melanjutkan pelajaran ke tingkatan 6 bawah dan atas berhijrah ke sekolah daerah lain.

Hari ini saya sebagai ibubapa amat kagum dan bangga kerana sekolah yang canggih dan moden bukan hanya terdapat dikawasan bandar malahan dikawasan luar bandar telah pun wujud hatta sehingga jauh ke pedalaman pun sudah tersedia sehingga boleh berhubung secara online menggunakan kemudahan rangkaian talian tanpa sempadan (INTERNET). Sekalung penghargaan SYABAS,SYABAS,SYABAS DAN TAHNIAH saya ucap kepada kerajaan Malaysia khsususnya Yang amat Berhormat Dato Seri Mohd Najib Bin Tun Abd. Razak Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan Malaysia, YAB Tan Sri Muhyiddin bin Yassin Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pelajaran Malaysia dan Ketua Menteri Sabah YAB Datuk Seri Musa bin Haji Aman di atas komitmen dan komited membangunkan Modal Insan yang berilmu,berketrampilan,dinamik,berpersatuan,memupuk perpaduan nasional,berwawasan demi agama,bangsa dan tanahair tercinta.

 

Saya juga ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada guru-guru gemilang di negara kita ini kerana sentiasa menabur jasa kepada anak bangsa sekalung penghargaan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia yang sentiasa proaktif menyediakan prasarana selesa,moden,canggih sehingga tidak wujud lagi jurang perbezaan antara sekolah bandar dan luar bandar dan pedalaman.

Saya juga ingin mencadangkan agar pihak ibubapa berganding bahu bersama pihak sekolah melalui Persatuan IbuBapa dan Guru (PIBG) bagi menyelesaikan dan mencadangkan penambahbaikan sekolah tanpa memberi gambaran tidak baik kepada sekolah sehingga boleh menjejaskan imej pendidikan negara di mata dunia. Janganlah kerana 1sekolah musnah semua sekolah dalam negara kita akan menerima tempiasnya. Saluran betul dan benar yang disediakan perlu digunakan bagi meningkatkan dan menaiktaraf sekolah supaya kegemilangan dan pemodenan sekolah dapat dicapai dengan jayanya.

Sebagai rakyat Malaysia kita perlu menyayangi masa depan negara kita dengan membantu menyalurkan maklumat berlandaskan saluran yang disediakan pihak kerajaan supaya pembangunan yang mungkin mengikut giliran akan dapat dilaksanakan. Rancangan Malaysia ke 9 dan ke 10 bertujuan menyediakan prasarana Pendidikan Negera secara berperingkat-peringkat bagi membangunkan sekolah setaraf dengan sekolah-sekolah negara maju di dunia.

Marilah kita bekerja sebagai 1setiakawan yang akhirnya kita dapat menterjemahkan slogan erti sayangi anak bangsa, sayangi jasa guru-guru, sayangi ibubapa, sayangi kerajaan yang prihatin dan sayangi nama baik tanahair yang tercina.

 

Penganalisis silamGemilang