Tanda Aras Perlu Untuk Amalan Terbaik Dalam Pendidikan – Muhyiddin

Tanda Aras Perlu Untuk Amalan Terbaik Dalam Pendidikan – Muhyiddin

 

PULAU PINANG, 25 Mei (Bernama) — Dengan Asean kini mengalami perubahan pesat dalam pembangunan ekonomi dan teknologi, maka adalah perlu bagi tokoh-tokoh dan pengamal dalam bidang pendidikan menggubal tanda aras bagi amalan terbaik dalam pendidikan di rantau ini, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata penekanan khusus perlu diberi terhadap usaha menambah baik inovasi dan kreativiti dalam sistem pendidikan, selaras dengan matlamat menghasilkan modal insan yang lebih kompetitif menerusi pendidikan.

“Ini tentu akan membantu kerajaan dan pembuat undang-undang memandu sistem pendidikan kita di laluan betul menuju kecemerlangan,” kata beliau pada majlis jamuan bersempena Konvensyen Tahunan ke 48 Pengetua-pengetua Sekolah Menengah Malaysia mengenai Pengurusan Pendidikan, di sini Isnin.

Muhyiddin berkata beliau berharap pengetua-pengetua sekolah Malaysia dan rakan sejawatan mereka dari negara-negara Asia Tenggara yang menghadiri konvensyen itu akan dapat berkongsi pengetahuan, kepakaran dan pengalaman dalam pengurusan sekolah demi meningkatkan lagi kualiti pendidikan di rantau ini.

“Saya amat yakin bahawa inisiatif ini akan mempertingkat kebolehan pengetua-pengetua sekolah kita untuk memberi respon lebih positif terhadap cabaran global dalam bidang pendidikan, dan pada masa sama mewujudkan peluang bagi kerjasama dan kolaborasi di kalangan kerajaan-kerajaan negara anggota Asean bagi mempertingkat kualiti pengurusan dan kepimpinan sekolah,” kata beliau.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran berkata, bidang pendidikan di negara ini memainkan peranan penting bukan sahaja untuk melahirkan modal insan yang berilmu pengetahuan dan berkemahiran tinggi malahan membentuk sebuah negara yang bersatu padu.

“Dengan mengikuti persekolahan dalam Sistem Pendidikan Kebangsaaan, bertutur dalam Bahasa Kebangsaan dan bergaul dengan rakan-rakan daripada pelbagai kaum dan agama, anak-anak kita diharapkan dapat menghayati semangat perpaduan dengan lebih baik. Hasrat ini selaras dengan cita-cita 1Malaysia yang digagaskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak,” katanya.

Sementara itu, dalam sidang media selepas majlis perasmian Muhyiddin berkata kementerian akan mengkaji permintaan Persidangan Kebangsaan Pendidikan Siswazah dan bukan Siswazah (PKPSM) untuk elaun tanggungjawab pengetua yang digunapakai semenjak 15 tahun lalu dinaikkan sebanyak RM600.

“Ya…kita memang sedar mengenai perkara ini dan kita akan mempertimbangkan cadangan itu seterusnya mengkajinya mengikut kemampuan kerajaan,” katanya.

— BERNAMA

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: